Ad

Tuesday 6 July 2021

Dominasi Rice, Phillips kunci kekuatan The Three Lions

 SUKAN



Rice (kiri) berjaya membentuk gandingan yang cemerlang bersama Phillips untuk mendominasi bahagian tengah England dalam setiap perlawanan. – AFP

Dominasi Rice, Phillips kunci kekuatan The Three Lions

Oleh KOSMO!

7 Julai 2021, 12:45 pm

LONDON – Pemain legenda England, Alan Shearer percaya kunci kejayaan pasukan The Three Lions sekiranya berhasrat untuk mara ke final kempen Euro 2020 kali ini terletak pada dua gan­dingan tengah berpengaruh yang terdiri daripada Kalvin Phillips dan Declan Rice.

Sebagai rekod, England yang dikendalikan oleh Gareth Southgate berjaya mara ke pentas separuh akhir dan akan menentang Denmark awal pagi esok selepas Phillips dan Rice mempamerkan aksi cemerlang ketika diletakkan dalam kesebelasan utama sejak lima perlawanan lepas.

Kata Shearer, Phillips yang mewakili pasukan Leeds United dan Rice daripada kelab West Ham telah memberikan impak besar buat pasukan khususnya di benteng pertahanan yang masih belum dibolosi sebarang gol ketika ini.

Bukan itu sahaja, penyerang legenda Newcastle United turut percaya kestabilan yang dipamerkan oleh Phillips dan Rice dalam mengemudi jentera tengah membolehkan barisan sera­ngan lebih kreatif serta bebas bergerak dalam memburu gol.

Saya tidak tahu sama ada penyokong menghargai kedua-dua pemain ini tetapi pada saya, Phillips dan Rice adalah nadi utama kepada kejayaan pasukan England ketika ini dan memberikan aksi konsisten sejak lima perlawanan lepas.

Impak yang diberikan oleh mereka membolehkan Southgate tidak perlu pening kepala untuk meletakkan siapa di jentera serangan kerana tidak kira Jadon Sancho, Harry Kane, atau Raheem Sterling, semua pemain ini bebas dengan peranan masing-masing tanpa perlu risau untuk mengawal benteng pertahanan.

Situasi ini sekali gus membuktikan bahawa betapa besarnya pengaruh Rice dan Phillips buat pasukan dan saya harap mereka dapat meneruskan momentum pada aksi paling penting menentang Denmark nanti,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemain legenda The Three Lions, Frank Lampard mahu pasukan memfokuskan aspek mentaliti dan tidak terbuai dengan pujian yang diberikan selepas mempamerkan aksi cukup positif sejak aksi pertama bulan lalu.

Secara jujur, saya lihat apa yang skuad kebangsaan pamerkan sepanjang kempen Euro 2020 ini sebagai sesuatu yang sempurna. Mereka ada resepi untuk bergelar juara tetapi perlu kuatkan juga aspek mentaliti kerana apa sahaja boleh berlaku sekiranya terlalu yakin di atas padang,” katanya. – AGENSI.1

_____________________________________

1https://www.kosmo.com.my/2021/07/07/dominasi-rice-phillips-kunci-kekuatan-the-three-lions/

No comments:

Post a Comment