Ad

Monday, 5 July 2021

England terlalu kuat - Allardyce

Agensi



Sam Allardyce (kanan) bersama pembantunya memberi arahan ketika pernah membimbing England pada kempen kelayakan Piala Dunia 2018. FOTO Agensi

London: Sam Allardyce percaya pandemik Covid-19 membantu memastikan England mempunyai pasukan kuat di Euro 2020 dan menyeru Gareth Southgate untuk kekal memilih pemain tepat menjelang aksi separuh akhir menentang Denmark, Khamis ini.

Kemenangan 4-0 ke atas Ukraine semalam menerusi aksi menyinar Harry Kane serta jaringan Harry Maguire dan Jordan Henderson membolehkan Three Lions mara dalam kelompok empat terakhir kejohanan Eropah untuk hanya kali kedua.

Pertembungan menentang Denmark di Wembley dalam kejohanan yang tertangguh setahun berikutan penularan Covid-19 di seluruh dunia pada 2020, kini memasuki minggu akhir.

Bercakap kepada ITV's, Allardyce yang juga bekas bos England memberitahu: "Sepanjang kejohanan, jika anda lihat skuad England adalah antara yang terkuat.

"Saya fikir pastinya penangguhan Euro pada tahun lalu memberikan kelegaan buat England dalam membuat persediaan lebih setahun di mana pemain muda ini menunjukkan peningkatan yang lebih banyak.

"Mereka mempunyai banyak pengalaman dalam bola sepak Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris, jadi saya rasa ia membuahkan hasil. Saiz skuad dan bakat adalah segala-galanya malah Gareth menggunakan bakat skuad ini dengan sepenuhnya serta diakui sangat berkesan.

"Dia melakukan banyak pilihan yang besar yang mungkin dikritik tetapi buat masa ini setiap pilihan yang dilakukan berbaloi dan saya berharap ia akan berterusan."

Selepas hanya menjaringkan dua gol di peringkat kumpulan, kedua-duanya menerusi Raheem Sterling, England bangkit pada peringkat kalah mati dengan kemenangan 2-0 ke atas Jerman diikuti kejayaan membelasah Ukraine.

Lagi berita berkaitan Euro 2020

Disiarkan pada: Julai 5, 2021 @ 8:18pm.1

__________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/726857/england-terlalu-kuat-allardyce

No comments:

Post a Comment