Ad

Sunday, 4 July 2021

England berpesta di Rom

2021-07-05T00:30:01+08:00



Maguire (kanan) menanduk masuk bola pada perlawanan Euro 2020 di antara Ukraine dan England di Stadium Olimpik di Rom, kelmarin. — Gambar AFP

BOLOS: Maguire (kanan) menanduk masuk bola pada perlawanan Euro 2020 di antara Ukraine dan England di Stadium Olimpik di Rom, kelmarin. — Gambar AFP

ROM: England bersemangat menjelang perlawanan suku akhir Euro 2020 di hadapan 60,000 penyokong mereka sendiri di Stadium Wembley selepas Harry Kane menjaringkan dua gol ketika membelasah Ukraine 4-0 di Rom semasa perlawanan suku akhir pada Sabtu.

Kane menamatkan kemarau gol antarabangsa beliau dengan menjaringkan satu gol ketika England menewaskan Jerman 2-0 di pusingan kedua kejohanan dan beliau meletakkan England di hadapan seawal minit keempat perlawanan suku akhir ini.

Anak buah Gareth Southgate kemudian menamatkan saingan dengan dua gol awal dalam separuh masa kedua, satu dari Harry Maguire sebelum Kane menambah gol kedua beliau.

Pemain gantian, Jordan Henderson, melengkapkan jaringan dan ketika Denmark menunggu di separuh akhir pada Rabu ini, England pastinya berasa yakin untuk melangkah ke final pertama mereka di Euro dan malah sekarang boleh juga mengintai kejuaraan antarabangsa yang pertama sejak 1966.

Apa yang pasti kami berada di landasan yang betul, tetapi kami masih belum memenangi apa-apa. Kami mempunyai perlawanan separuh akhir yang penting di Wembley nanti. Pastinya perlawanan hebat dan saat yang kita semua mahu terlibat,” kata Kane.

Undian kejohanan kelihatan memihak kepada England, dengan Ukraine jelas dilihat sebagai lawan yang lemah yang mereka hadapi di peringkat suku akhir, satu peringkat di mana England pernah tewas kepada Itali dan Portugal pada kejohanan ini sebelum ini.

Bagaimanapun, statistik semasa amat mengagumkan, dengan England mengharungi lima perlawanan pada kejohanan ini tanpa bolos gol.

Beberapa aksi menarik di bahagian sayap juga mencuri tumpuan, dengan Raheem Sterling dan Jadon Sancho ternyata terlalu sukar untuk dikawal oleh pemain Ukraine.

Kapten pasukan, Kane, mengharungi hampir lapan jam tanpa menjaringkan gol sebelum menamatkan kemarau dengan gol kedua ketika menewaskan Jerman.

Ia adalah prestasi hebat dari semua pemain, malam yang sempurna bagi kami,” tambah Kane.

Aksi cemerlang mereka di Stadio Olimpico akan meletakkan England sebagai pilihan menjelang pertemuan menentang Denmark, yang menewaskan Republik Czech 2-1 di Baku pada awal hari yang sama.

Perlawanan suku akhir di Rom adalah satu-satu perlawanan di mana England bermain di tempat lawan pada kejohanan ini, dengan Itali ketika ini melaksanakan kuarantin wajib lima hari untuk kemasukan dari Britannia Raya (UK), menyebabkan jumlah kehadiran penyokong England di Rom adalah terhad.

Bagaimanapun, masih ada kedengaran sorakan penyokong England di antara kurang 12,000 penonton yang hadir menyaksikan perlawanan ini.

Mereka juga berpesta sakan, tidak seperti penyokong Ukraine ketika skuad kendalian Andriy Shevchenko gagal membawa negara itu ke peringkat separuh akhir yang pertama mereka pada satu kejohanan besar.

Kami boleh berasa bangga. Sememangnya kami tidak mendapat keputusan yang kami mahukan tetapi kami berada di landasan yang betul,” tegas Shevchenko.

Peluang Ukraine untuk mengejutkan England berakhir apabila ketinggalan awal apabila Sterling mengumpan cantik bola kepada Kane, yang menolak bola dari jarak dekat melepasi penjaga gol Georgiy Bushchan.

Penyerang Ukraine, Roman Yaremchuk kemudian menguji penjaga gol England, Jordan Pickford dan satu rembatan kencang Declan Rice berjaya ditepis Bushchan ketika England mulai mengawal permainan.

Bagaimanapun, rentak permainan Ukraine berubah selepas pemain pertahanannya, Serhiy Kryvtsov mengalami kecederaan dan diganti dengan Viktor Tsygankov pada minit ke-36.

Mereka bagaimanapun menamatkan separuh masa pertama dengan lebih memberangsangkan, dengan penyokong England mulai ragu selepas tersingkir di pusingan kedua Euro 2016 walaupun mendahului pada awal permainan.

Bagaimanapun, keraguan itu berakhir apabila England kembali di hadapan kurang seminit selepas rehat apabila Luke Shaw mengumpan cantik bola yang ditanduk masuk oleh Maguire.

Empat minit selepas itu, Sterling melakukan hantaran yang disempurnakan oleh Kane untuk gol ketiga.

Kane hampir menjaringkan hatrik tetapi rembatannya ditepis Bushchan tidak lama selepas itu.

Dari satu tendangan sudut Mason Mount, Henderson melengkapkan jaringan. — AFP.1

____________________________________________________________________-

1https://www.utusanborneo.com.my/2021/07/05/england-berpesta-di-rom

No comments:

Post a Comment