AFP
AKSI Shaw (tengah) ketika bertemu Ukraine. FOTO EPA
London: Luke Shaw membalas kritikan bekas pengurusnya, Jose Mourinho terhadapnya apabila membantu England melakar kemenangan 4-0 ke atas Ukraine pada aksi separuh akhir Euro 2020 di Stadio Olimpico awal pagi tadi.
Shaw berdepan tiga musim mengecewakan di Manchester United ketika di bawah bimbingan Mourinho.
Shaw mengalami kecederaan patah kedua-dua tulang kaki pada September 2015 dan kariernya semakin malap sepanjang di bawah bimbingan Mourinho.
"Saya rasa anda tidak akan dapat bayangkan betapa sukar dan teruknya tempoh dua atau tiga tahun saya bersamanya," kata Shaw.
"Apa yang diperkatakannya kini tidak jauh berbeza berbanding dahulu. Saya sudah biasa dengannya dan semakin matang."
Mourinho yang baru dilantik selaku bos Roma namun bertugas sebagai pengkritik di saingan Euro, mengkritik hantaran set piece Shaw ketika England seri 0-0 dengan Scotland.
"Nama saya jelas berada dalam ingatannya," kata Shaw yang bersikap terbuka mengkritik bekas pengurusnya itu.
Shaw menjawab kritikan Mourinho apabila menjadi perancang utama kepada dua gol England menerusi Harry Maguire dan Harry Kane ketika bertemu Ukraine.
Dia juga menjadi watak penting gol pembukaan yang dijaringkan oleh Raheem Sterling ketika menewaskan Jerman 2-0 di pusingan kedua.
Disiarkan pada: Julai 4, 2021 @ 8:44pm.1
________________________________________
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/726459/shaw-tutup-mulut-mourinho
No comments:
Post a Comment