Ad

Sunday 11 July 2021

COPA: Messi, Neymar pemain terbaik bersama kejohanan

Julai 11, 2021 @ 12:04pm



Neymar (kiri) dan Lionel Messi - Foto AFP.

RIO DE JANEIRO: Persekutuan Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) memilih kapten Argentina, Lionel Messi dan bintang Brazil, Neymar sebagai pemenang bersama anugerah Pemain Terbaik Copa America 2021.

Keputusan itu dibua t sebelum aksi final di Stadium Maracana yang menyaksikan Argentina muncul juara dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Angel Di Maria pada minit ke-22.

Messi turut dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas atau penjaring terbanyak pada edisi kali ini selepas meledak empat gol berbanding dua oleh Neymar.

"Mustahil untuk memilih hanya seorang pemain, kerana kejohanan ini mempunyai dua pemain terbaik.

"Mereka mempamerkan kualiti berbeza di setiap perlawanan yang menjadikan mereka pemain berintegriti, dengan kualiti teknikal dan taktikal, kepintaran ketika tidak memegang bola, dan cara membuat keputusan yang sentiasa memberikan hasil.

"Kedua-duanya mara ke final bersama pasukan masing-masing. Mereka beraksi di peringkat tertinggi, menjadi penyumbang kepada carta jaringan di kejohanan ini," kata CONMEBOL. - AGENSI1

_____________________________-

1https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/07/838107/copa-messi-neymar-pemain-terbaik-bersama-kejohanan

No comments:

Post a Comment