Ad

Tuesday, 13 July 2021

Kane selar tindakan penyokong rasis

Agensi



RASHFORD, Sancho dan Saka terus jadi mangsa kecaman perkauman. FOTO Agensi

London: Harry Kane memaklumkan kepada sesiapa yang menyerang pemain England dengan kata-kata berbaur perkauman selepas kekalahan mereka di final Euro 2020 kepada Itali 'kami tidak inginkan anda' sementara bos Gareth Southgate menyifatkan kesalahan kata-kata itu sebagai "tidak boleh dimaafkan".

Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka menjadi mangsa serangan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Tokoh sukan, pemerintah bahkan Duke of Cambridge bersatu menyelar tindakan itu dan kapten Three Lions, Kane dalam Twitternya berkata: "Tiga pemain itu cemerlang sepanjang musim dan memiliki keberanian untuk mengambil penalti ketika dalam keadaan tegang.

"Mereka berhak mendapat sokongan dan bukan dikecam dengan perkauman yang diterima mereka sejak malam semalam. Jika anda mengutuk sesiapa dalam media sosial anda bukan penyokong England dan kami tidak mahukan anda."

Pengendali England, Southgate pada sidang media berkata, "Bagi mereka yang dianiaya perkara itu tidak boleh dimaafkan.

"Saya tahu banyak yang datang dari luar negara, bagi mereka yang dapat dikesan perlu menjelaskan perkara itu, tapi tidak semuanya.

"Tapi itu bukan yang kami perjuangkan. Kami menjadi cahaya yang mengumpul semua orang bersama dalam skuad kebangsaan dan penyatuan akan diteruskan.

"Kami menunjukkan kekuatan yang dimiliki oleh negara kita ketika kita bersatu dan mempunyai tenaga dan positif bersama-sama.

Disiarkan pada: Julai 13, 2021 @ 11:53am.1

____________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/729982/kane-selar-tindakan-penyokong-rasis

No comments:

Post a Comment