Ad

Wednesday 7 July 2021

EURO: Petugas sangka Bonucci penyokong

Julai 7, 2021 @ 12:34pm



Pertahanan Itali Leonardo Bonucci dihalang untuk kembali ke padang selepas meraikan kejayaan ke final bersama penyokong di Wembley. - Foto AGENSI

LONDON: Pertahanan Itali Leonardo Bonucci dihalang untuk kembali ke padang selepas meraikan kejayaan ke final bersama penyokong di Wembley.

Itali menewaskan Sepanyol menerusi sepakan penalti sekali gus menempah tiket ke final Kejuaraan Eropah 2020 - bakal bertemu sama ada England ataupun Denmark.

Susulan itu, Bonucci menuju ke arah penyokong Itali untuk meraikan kejayaan namun dihalang daripada kembali ke padang oleh petugas yang keliru apabila menyangkakan dia adalah penyokong Itali.

Petugas itu memegang Bonucci apabila pertahanan itu cuba menyertai rakan sepasukannya dan mengarahkan supaya dia kembali ke tempat duduk penyokong.

Pertahanan berusia 34 tahun itu nyata terkejut dengan insiden berkenaan dan penyokong membincangkan mengenai perkara lucu itu di laman media sosial.

Seorang penyokong di Twitter menulis 'petugas Wembley yang klasik" sementara seorang lagi menambah 'Bukankah itu Giorgio Chiellini?'

Majoriti penyokong turut berkongsi klip video terbabit sambil menyifatkan ia sebagai 'salah satu detik yang janggal di Kejuaraan Eropah 2020.' - AGENSI.1

______________________________________

1https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/07/836475/euro-petugas-sangka-bonucci-penyokong

No comments:

Post a Comment