Ad

Tuesday, 6 July 2021

JDT mahu rebut tiga mata terakhir

Rizar Mohd Noor

rizar@mediaprima.com.my



Pengendali JDT, Benjamin Mora berazam untuk melakar kemenangan ke atas Ratchaburi FC pada aksi Kumpulan G, ACL malam esok. FOTO Ihsan Johor Southern Tigers.

Johor Bahru: Mengakhiri kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan melakar kemenangan menjadi misi utama Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila menentang Ratchaburi FC pada aksi Kumpulan G di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand malam esok.

Kemenangan 1-0 ke atas kelab dari Thailand itu pada aksi pusingan pertama, 25 Jun lalu pasti ingin diulangi pengendali JDT, Benjamin Mora yang menaruh harapan tinggi terhadap kesebelasan utama untuk memburu tiga mata terakhir dalam kempen ACL.

Malah Mora tampak berpuas hati dengan semangat juang setiap pemain termasuk pemain simpanan dan menghargai kesungguhan mereka yang tampil dengan karektor positif sepanjang lima aksi lalu tatkala mampu menyaingi kelab yang memiliki reputasi dalam kancah Liga 1 Jepun (J1 League), Liga 1 Korea (K1 League) dan Liga 1 Thailand (Thai 1 League).

Aksi pemain JDT, Akhyar Rashid (tengah) ketika berdepan asakan pemain Nagoya Grampus pada saingan ACL, Ahad lalu. FOTO Ihsan Johor Southern Tigers.

Aksi pemain JDT, Akhyar Rashid (tengah) ketika berdepan asakan pemain Nagoya Grampus pada saingan ACL, Ahad lalu. FOTO Ihsan Johor Southern Tigers.

"Kami teruja akan mengakhiri saingan ACL namun agak terkilan kerana gagal ke pusingan kedua. Apapun ia pengalaman terbaik buat JDT untuk bersaing di pentas Asia dan ia cukup bernilai buat setiap pemain terutama pemain muda beraksi menentang kelab ternama Jepun, Thailand dan Korea Selatan.

"Menentang Ratchaburi FC sudah tentu kami mahukan kemenangan tapi perlu waspada dengan pasukan itu yang tampak menunjukkan peningkatan selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Pohang Steelers, Ahad lalu.

"Saya melihat Ratchaburi FC beraksi dan apa yang saya nampak mereka juga enggan tewas pada aksi terakhir menentang JDT malah mereka tampil dengan corak permainan berbeza ketika menentang kelab dari Korea Selatan," katanya.

Mora juga tampak lega tatkala bakal mempertaruhkan kesebelasan terbaik selepas pemain skuad Harimau Selatan bebas daripada penggantungan namun mengingat barisan pemain supaya mengelak terperangkap dengan helah skuad kendalian Sek-san Siripong.

Beliau berkata, tiada perubahan ketara dilakukan pada aspek taktikal sebaliknya apa yang penting adalah mengawal perlawanan dengan tenang dan berusaha untuk memburu gol awal yang akan beri lebih keyakinan buat setiap pemain bagi mengelak berada dalam situasi tertekan."Kami akan bermain seperti biasa tiada apa yang istimewa dan pemain tahu apa yang mereka perlu lakukan apabila berada di padang dan mereka perlu fokus sepanjang perlawanan untuk elak daripada hilang konsentrasi kerana pasukan lawan bijak hidu peluang untuk memadam impian tiga mata," kata Mora.

Disiarkan pada: Julai 6, 2021 @ 6:07pm.1

___________________________________

1http://matbadmintonmalaysia.blogspot.com/2021/07/zii-jia-bawa-jalur-gemilang-di-tokyo.html

No comments:

Post a Comment