Ad

Wednesday 7 July 2021

COPA: Jesus terlepas aksi final Brazil-Argentina

Julai 7, 2021 @ 11:14am



Penyerang Brazil Gabriel Jesus (kanan) dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Chile Eugenio Mena. - Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Penyerang Brazil Gabriel Jesus tidak dapat beraksi pada final Copa America bertemu Argentina Sabtu ini selepas digantung dua perlawanan oleh badan induk bola sepak Amerika Selatan CONMEBOL.

Pemain Manchester City itu dilayangkan kad merah kerana mengasari Eugenio Mena dalam kemenangan 1-0 Brazil ke atas Chile pada aksi suku akhir Jumaat lalu.

Dia sudah mengharungi penggantungan satu perlawanan ketika kemenangan 1-0 tuan rumah ke atas Peru di separuh akhir, tetapi kini turut terlepas aksi final susulan keputusan CONMEBOL itu.

Brazil akan bertemu Argentina, yang menewaskan Colombia menerusi sepakan penalti, pada final di Stadium Maracana.1

____________________________

1https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/07/836419/copa-jesus-terlepas-aksi-final-brazil-argentina

No comments:

Post a Comment