Julai 11, 2021 @ 11:56am
Kapten Argentina, Lionel Messi meraikan kejayaan memenangi anugerah penjaring terbanyak atau Kasut Emas Copa America 2021 selepas aksi final menentang Brazil di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, Brazil. - Foto AFP.
RIO DE JANEIRO: Bintang Argentina Lionel Messi mengatasi Neymar untuk memenangi anugerah penjaring terbanyak atau Kasut Emas Copa America 2021.
Messi menamatkan kejohanan dengan empat gol ketika Argentina memenangi aksi final 1-0 ke atas Brazil di Stadium Maracana di sini, sebentar tadi.
Kapten Argentina itu tidak menemui sasaran pada aksi final, tetapi rakan sepasukannya menampilkan persembahan mantap di benteng pertahanan bagi mematahkan setiap gerakan jentera serangan Brazil yang diterajui Neymar.
Messi meledak empat gol manakala Neymar dua sebelum aksi final dan peluang peledak Brazil itu untuk menambah jaringan tidak kesampaian.
Pemain Colombia, Luis Diaz turut menjaringkan empat gol dalam kejohanan itu tetapi Kasut Emas menjadi milik Messi kerana jumlah bantuan gol lebih banyak.
Pemain Peru, Gianluca Lapadula dan Lautaro Martinez dari Argentina masing-masing meledak tiga gol. Messi melakukan lima umpan gol sepanjang kejohanan dan memecahkan rekod untuk bantuan gol paling banyak dalam satu edisi Copa America.1
___________________________________
1https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/07/838096/copa-messi-menang-anugerah-kasut-emas
No comments:
Post a Comment