Ad

Sunday, 4 July 2021

Lawan Ukraine boleh la, tunggu Denmark nanti - Mourinho

Agensi



MOURINHO beri amaran kepada England agar berhati-hati jumpa Denmark di separuh akhir Euro 2020. FOTO EPA

Rom: Jose Mourinho memberi amaran kepada England bahawa mereka akan berdepan kesukaran apabila menentang Denmark selepas skuad bimbingan Gareth Southgate itu membelasah Ukraine untuk menempah slot ke separuh akhir Euro 2020.

The Three Lions mempamerkan persembahan terbaik di Rom pagi tadi dengan menyingkirkan Ukraine dan mara ke separuh akhir Euro buat kali pertama sejak 1996.

Harry Kane memberikan gol awal buat England selepas menerima hantaran dari Raheem Sterling dan tandukan Harry Maguire pada awal separuh masa kedua menyaksikan anak buah Southgate terus menguasai permainan.

Kane menambah gol ketiga buat England dan ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson mengesahkan kemenangan Three Lions juga jaringan ketiga melalui tandukan.

Mourinho ternyata kagum dengan kemenangan England dan berkata pasukan bimbingan Southgate itu mencatat kemenangan mudah namun memberi amaran lawan mereka di separuh akhir, Denmark akan mendatangkan kesukaran.

Sebelum itu, Denmark meneruskan aksi memberangsangkan mereka dengan menumpaskan Republik Czech 2-1 di Baku.

"Denmark sangat mantap. Mereka juga sudah menemui corak permainan baru berbanding aksi permulaan.

"Mereka memulakan aksi ketika mempunyai Christian Eriksen dan menggunakan empat pertahanan.

"Sekarang mereka menggunakan tiga pertahanan, ia sebuah pasukan yang padu, pemain yang bagus beraksi di liga terbaik dan kaya dengan pengalaman.

"Mereka sangat positif walaupun apa yang berlaku terhadap Christian dan lihat mereka begitu emosional.

"Saya rasa sudah tentu akan memberi kesukaran buat England walaupun beraksi baik dan bermain di tempat sendiri," kata Mourinho.

Disiarkan pada: Julai 4, 2021 @ 2:16pm.1

___________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/726287/lawan-ukraine-boleh-la-tunggu-denmark-nanti-mourinho

No comments:

Post a Comment