Ad

Thursday 8 July 2021

Sterling wajar dipuji

Agensi



INSIDEN Sterling dijatuhkan seterusnya England dihadiahkan sepakan penalti yang memberi kemenangan kepada England. FOTO AFP

London: Gary Lineker memuji prestasi Raheem Sterling ketika menentang Denmark yang menyaksikan England melakarkan kemenangan dramatik 2-1 di Euro 2020 sebagai 'salah satu persembahan terhebat' dari pemain Three Lions.

Suasana riuh di Wembley tiba-tiba terhenti apabila Mikkel Damsgaard meletakkan pelawat di hadapan hasil rembatan tajam menerusi sepakan percuma dari jarak 25 kaki, setengah jam beraksi.

Namun gol sendiri dari Simon Kjaer menyamakan kedudukan buat England sebelum Harry Kane menyumbat semula bola lantunan dari sepakan penaltinya untuk membawa pasukan itu ke final bertemu Itali awal pagi Ahad ini.

Sterling yang diturunkan sepanjang kejohanan itu setakat ini, mempamerkan prestasi penuh sensasi terus menerus memberi tekanan kepada barisan pertahanan Denmark dan diberikan penalti yang membawa kepada gol penentu kemenangan.

Lineker selepas tamat perlawanan memuat naik status di laman Twitter untuk menunjukkan penghargaan kepada pemain Manchester City itu dengan memberi kata-kata pujian.

"Persembahan yang sungguh hebat," kata penyampai BBC itu.

"Kesemua empat pemain di pertahanan dan termasuk @sterling7 beraksi dengan cemerlang, itu adalah salah satu persembahan hebat yang pernah saya lihat dari pemain yang menyarung jersi @England. Menakjubkan."

Lineker turut memuji Denmark atas usaha mereka dengan berkata: "Pasukan Denmark bermain dengan baik. Anda memberi segalanya malah lebih lagi. Negara anda patut berbangga dengan anda.

"Satu yang sukar dipercayai. Akhirnya selepas beberapa tahun. Semua ini sangat luar biasa.

Sterling sendiri selepas diwawancara oleh ITV selepas perlawanan, kelihatan gembira dengan kekuatan mental pasukan apabila bangkit daripada ketinggalan seterusnya menang.

"Ia satu persembahan yang sukar hari ini, kami berusaha sehingga ke penghabisan. Ia adalah kali pertama kami melepaskan gol di kejohanan ini dan saya fikir kami dapat mengatasi, menunjukkan semangat berpasukan yang baik untuk kembali memenangi perlawanan," kata Sterling.

Lagi berita berkaitan Euro 2020

Disiarkan pada: Julai 8, 2021 @ 11:22am.1

_____________________________________

1http://matbtj.blogspot.com/2021/07/kandas-di-acl-tmj-pertahan-mora.html

No comments:

Post a Comment