Ad

Sunday, 11 July 2021

Siapa pemenang Kasut Emas

Agensi



DUA pemain England, Kane dan Sterling berentap dengan Ronaldo. FOTO Getty

London: Walaupun Portugal tersingkir di pusingan kedua, Cristiano Ronaldo masih berpeluang memenangi Kasut Emas Euro 2020 namun Harry Kane atau Raheem Sterling masih boleh memintasnya pada final awal pagi esok.

Ronaldo meledak jaringan pada setiap perlawanan di Euro 2020 untuk keseluruhan lima gol dan mengatasi Patrick Schick yang turut mengumpul jumlah sama tetapi kurang satu bantuan jaringan.

Manakala Kane dan Sterling masing-masing mencetak empat dan tiga jaringan.

Wembley menjadi venue penampilan final pertama England sejak 1966. Justeru Sterling dan Kane boleh menambahkan lagi pesta tuan rumah dengan memenangi Kasut Emas.

Kane paling hampir selepas meledak jaringan ketika menentang Jerman, Denmark dan dua lagi ketika menentang Ukraine pada suku akhir. Dia hanya perlukan satu lagi ketika menentang Itali esok.

Malah dia juga boleh muncul penjaring terbanyak England sepanjang zaman dengan memintas rekod 10 gol milik Gary Lineker.

Sterling pula menjadi nadi jentera serangan Three Lions. Walaupun jumlah jaringannya kurang satu berbanding Kane, sumbangannya tidak dapat dinafikan.

Tetapi untuk memenangi Kasut Emas mungkin agak sukar buat pemain Manchester City itu apabila perlu mencari dua gol lagi selepas menggegar gawang Croatia, Jerman dan Republik Czech.

Lagi berita berkaitan Euro 2020

Disiarkan pada: Julai 11, 2021 @ 12:54pm.1

______________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/729244/siapa-pemenang-kasut-emas

No comments:

Post a Comment