Ad

Showing posts with label HOKI MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label HOKI MALAYSIA. Show all posts

Monday, 2 June 2014

Malaysia alami kekalahan kedua

Oleh AIZAWATI AHMAD
aizawati.ahmad@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Malaysia mengalami kekalahan kedua pada kejohanan hoki Piala Dunia, kali ini kecundang kepada pasukan No. 4 dunia, Belgium 6-2 dalam perlawanan kedua Kumpulan A di Stadium GreenFields, The Hague, Belanda, semalam.

Skuad bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah itu, bagaimanapun, terlebih dahulu membolosi gawang lawan apabila berjaya meledakkan gol pembukaan perlawanan yang disempurnakan oleh Razie Abd. Rahim menerusi pukulan sudut penalti seawal minit kelima untuk mendahului 1-0.

Namun, kegembiraan Malaysia tidak kekal lama apabila Belgium menyamakan kedudukan 1-1 selepas pasukan yang menyarung jersi serba merah itu dihadiahkan pukulan penalti .

Jaringan disempurnakan dengan baik oleh Tom Boon pada minit ke-14, setelah bola mengenai tangan pemain pertahanan pasukan negara.

Malaysia menghangatkan persaingan apabila kembali berada di depan setelah pengadil memberi pukulan sudut penalti yang dimanfaatkan dengan baik oleh Razie untuk mendahului 2-1 pada minit ke-19.

Bagaimanapun, selang empat minit berikutnya, Belgium sekali lagi menyamakan kedudukan 2-2 menerusi Boon hasil pukulan sudut penalti, dan pemain sama menjadi duri dalam daging buat skuad kebangsaan apabila meledakkan hatrik hasil jaringan padang pada minit ke-31 untuk menjadikan kedudukan 3-2 sehingga babak pertama berakhir.

Sebaik perlawanan dimulakan selepas rehat, bermulalah detik ngeri buat Malaysia apabila menyaksikan gawang mereka yang dikawal S. Kumar dibolosi sebanyak tiga kali.

Belgium tidak mengambil masa lama untuk merobek pintu gol pasukan negara buat kali keempat apabila pukulan sudut penalti yang dihadiahkan kepada mereka berjaya disempurnakan dengan kemas oleh Tanguy Cosyns untuk gol keempat pada minit ke-37.

Benteng pertahanan Malaysia yang beraksi longlai dihukum buat kali kelima apabila Boon menggegarkan gawang Malaysia untuk gol keempat peribadinya di Piala Dunia pada minit ke-45, sekali gus menjadikan kedudukan semakin menjarak kepada 5-2.

Serangan Belgium tidak terhenti setakat itu sahaja, setelah memastikan kemenangan mutlak menjadi milik mereka dengan gol keenam hasil jaringan padang John-John Dohmen pada minit ke-56.
RUJUKAN-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140603/su_03/Malaysia-alami-kekalahan-kedua#ixzz33WoQxfvC © Utusan Melayu (M) Bhd

Senarai 18 pemain Malaysia ke Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014


1973 – 11th, 1975 – 4th, 1978 – 10th, 1982 – 10th, 1998 – 11th, 2002 – 8th
Ketua Jurulatih: Muhammad Dhaarma Raj
No. Jersey
Nama
Tarikh Lahir
Perlawanan Antarabangsa
1
Roslan Jamaluddin
18/12/1978 (36)
204
30
Izat Hakimi Jamaluddin
02/11/1992 (22)
-
6
Muhammad Marhan Mohd Jalil
05/03/1990 (24)
136
7
Mohd Fitri Saari
04/03/1993 (21)
140
9
Hafifi Hafiz Hanafi
02/03/1986 (28)
57
10
Faizal Saari
13/01/1991 (23)
144
11
Mohd Shahrun Nabil Abdullah
21/09/1985 (29)
212
12
Mohamad Shukri Abdul Mutalib
24/02/1986 (28)
212
13
Muhammad Firhan Ashari
09/03/1993 (21)
27
14
Azlan Misron (C)
21/05/1983 (31)
336
15
Nabil Fiqri Mohd Noor
14/04/1987 (27)
211
16
Kumar Subramaniam (GK)
26/11/1979 (35)
213
17
Muhammad Razie Abdul Rahim
25/08/1987 (27)
205
18
Faiz Helmi Jali
18/02/1992 (22)
49
23
Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil
05/01/1986 (28)
73
26
Muhammad Shahril Saabah
28/03/1994 (20)
13
28
Muhammad Ramadahan Rosli
01/04/1991 (23)
14
31
Ismail Abu
28/03/1984 (30)
54

sumber-http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2009/11/world-hockey.html