PEMAIN England akan memakai jersi putih, seluar biru dan stokin putih dalam final Euro 2020.
Oleh Meja Sukan
11 Julai 2021, 11:27 am
LONDON: Badan bola sepak Eropah, UEFA mengesahkan, England akan memakai jersi putih dalam final Euro 2020 awal pagi esok, manakala Itali memakai jersi biru.
Skuad Azzurri juga akan memakai seluar putih dan stokin biru, manakala Three Lions dengan seluar biru gelap dan stokin putih.
Biarpun perlawanan diadakan di London, secara ‘teknikalnya’, Itali menjadi tuan rumah berdasarkan undian.
Itali hanya berpeluang memakai jersi tradisi biru-putih-biru sekali dalam kejohanan ini iaitu ketika menewaskan Wales 1-0 di peringkat kumpulan.
England pula memakai jersi putih-biru-putih dalam dua aksi terakhir peringkat kalah mati menentang Ukraine dan Denmark. Mereka sebelum ini memakai jersi serba putih dalam empat perlawanan lain.
INI kali kedua Itali akan memakai jersi tradisi biru-putih-biru dalam Euro 2020.
Jersi putih dianggap membawa tuah buat England kerana semua pasukan yang memakai jersi putih dalam sembilan perlawanan Euro 2020 telah melakar kemenangan.
Penjaga gol England, Jordan Pickford yang memenangi anugerah Sarung Tangan Emas akan memakai jersi hijau, manakala penjaga gawang Itali, Gianluigi Donnarumma memakai baju kuning.
Pickford memakai jersi serba hijau ketika menentang Republik Czech dalam aksi terakhir peringkat kumpulan, manakala Donnarumma mengenakan baju kuning bertemu Switzerland dan Sepanyol.
Itali juga bersetuju untuk sama-sama melutut dengan England sebelum sepak mula sebagai simbol terhadap menentang diskriminasi perkauman. – AGENSI1
________________________________
1https://www.utusan.com.my/sukan/2021/07/england-pakai-jersi-bertuah-putih-itali-berbaju-biru/
No comments:
Post a Comment