Ad

Saturday, 10 July 2021

Sterling dulu dibenci, sekarang disanjung

AFP



STERLING menjadi tonggak penting England. FOTO AFP

London: Raheem Sterling akan melengkapkan perjalanan luar biasa daripada menjadi kambing hitam kepada legenda England jika penyerang sensasi itu membantu Three Lions muncul juara Euro 2020 dengan menewaskan Itali pada aksi final awal pagi Isnin.

Sterling menjadi watak penting England dalam merakam sejarah melangkah ke pentas final kali pertama selepas 55 tahun.

Skuad bimbingan Gareth Southgate hanya tinggal satu lagi perlawanan untuk memenangi Kejuaraan Eropah buat kali pertama dan kejuaraan utama kedua selepas Piala Dunia 1966.

Jika England mahu melakar sejarah awal pagi Isnin nanti di Wembley, mereka memerlukan sentuhan Sterling untuk merobek gawang Itali.

Pemain berusia 26 tahun itu adalah tonggak penting England ketika melakar kemenangan 2-1 ke atas Denmark pada aksi separuh akhir.

Sterling sudah menjaringkan tiga gol pertama England selain menjadi arkitek kepada jaringan Kane pada aksi suku akhir menentang Ukraine sekali gus membalas kepercayaan Gareth Southgate kepadanya selepas melalui musim sukar bersama juara Liga Perdana, Manchester City.

Ketika Sterling berada dalam kesebelasan utama bertemu Croatia, ada yang mendakwa ia adalah keputusan silap menyenaraikannya berbanding Jack Grealish.

Kritikan itu hadir selepas melihat Sterling tidak menyerlah ketika tewas aksi final Liga Juara-Juara di tangan Chelsea selain sering memanaskan bangku simpanan di bawah bimbingan Pep Guardiola.

Bagaimanapun Southgate kekal percaya kepada kemampuan Sterling dan penyerang itu membalasnya dengan prestasi cemerlang di Euro setakat ini.

Disiarkan pada: Julai 10, 2021 @ 10:55am.1

______________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/728798/sterling-dulu-dibenci-sekarang-disanjung

No comments:

Post a Comment