Ad

Tuesday 30 June 2015

Harga runcit petrol RON95, RON97 naik


30 Jun 2015
minyak
KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa tengah malam ini.

"Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata harga baharu RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Julai ini," katanya. - Bernama

2.3.2 : Pengubahsuaian Ekonomi

Unit 2.3 : Pengubahsuaian dalam pentadbiran, ekonomi dan pendidikan
oleh- Ahmad bin Yaakob
Calon dapat menghuraikan perubahan perkembanagn ekonomi di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.
Perubahan Ekonomi
Pembentukan Ekonomi Moden
Kegiatan Melombong Bahan Galian
a)Perusahaan bijih timah
Sebelum campur tangan British di negeri Melayu, kegiatan melombong bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara kecil-kecilan.Mereka menggunakan cara mendulang dan melampan.[1] Sebelum kedatangan orang Cina, sultan dan pembesar Melayu  menguasai perlombongan bijih timah.Kebanyakan pekerja lombong bijih timah terdiri daripada hamba berhutang dan hamba abdi.[2]

      Pada awal tahun 1820-an, kegiatan melombong bijih timah mulai berubah apabila orang Cina mula dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah.Permintaan bijih timah meningkat akibat Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke-19, menyebabkan orang Cina membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar Melayu. Lombong bijih timah dibuka di Larut, Klang, Lukut dan Sungai Ujong. Pada peringkat awal pelombong Cina dikawal oleh pembesar Melayu dengan memastikan hasil bijih timah yang dilombong dijual semula kepada mereka. Penglibatan orang Cina menyebabkan perusahaan bijih timah berkembang pesat di Tanah Melayu. Lombong-lombong bijih timah dibuka di Ampang, Kuala  Lumpur dan Lemba Kinta, Perak. Menjelan tahun 1820-an  terdapat 1200 orang pelombongbangsa  Cina di Lukut. Pada tahun 1848, bijih timah dijumpai dalam longgokan yang besar di Larut oleh Long Jaafar. Dengan sokongan pemodal dari Pulau Pinang, beliau membuka lombong pertama di Kelian Pauh dan kemudiannya di Kelian Bharu.   [3]


     Terdapatnya pelaburan modal saudagar di Negeri-negeri Selat dan pengenalan teknik melombong yang baharu.Orang Cina menggunakan kaedah lombong dedah dan pam kelikir dengan menggunakan air untuk memisahkan bijih daripada tanah.[4] Mereka juga menggunakan saluran air dan pam rantai yang berenjin untuk mengeringkan lombong bagi mengatasi masalah banjir atau mengawal  bekalan air.[5]

      Perusahaan bijih timah semakin berkembang pesat selepas kilang melebur bijih timah dibuka di Singapura apada tahun 1887. Pembukaan kilang itu memudahkan bijih timah diproses di dalam negeri.[6]
Setelah orang Eropah mula melabur dalam perusahaan bijih timah, maka uasaha mencari gali semakin diperluskan. Mereka ( orang Eropah) menggunakan peralatan yang lebih moden seperti kapal korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah.Akibatnya merekadapat memonopoli perusahaan bijih timah pada tahun 1930-an.Permintaan yang tinggi terhadap bijih timah menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar timah yang terbesar di dunia pada akhir abad ke-I9.[7]

2. Kemelesetan Ekonomi Dunia, 1929-1932
Harga bijih timah bijih timah dikuasai oleh pasaran dunia dan tidak tetap. Ini disebabkan oleh keanjalan yang rendah dalam pembekalan dan permintaan bahan itu.[8] Industri mengetin mengalami kemerosotan dan Kejatuhan pasaran saham di London dan New York menyebabkan kejatuhan dalam permintaan bijih timah. Harga bijih timah di Tanah Melayu menjunam sehingga ke paras yang rendah disebabkan kekurangan permintaan di pasaran Eropah.

      British mengambil beberapa langkah untuk menghadapi kemelesetan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Pada tahun 1929, permohonan untuk membuka lombong-lombong baharu dibekukan. Pengeluaran bijih timah secara sukarela juga dihadkan tetapi tidak berkesan.

'Skim Kawalan Timah'  diperkenalkan untuk mengurangkan lebihan penawaran. Pada tahun 1931, Tanah Melayu, Bolivia, Indonesia dan Nigeria menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai ‘Skim Kawalan Timah’.[9]
Perjanjian Timah Antarabangsa bagi menghadkan pengeluaran dan menstabilkan harga timah.[10]Melalui perjanjian ini, negara-negara pengeluar diberi kuota pengeluaran tertentu berpandukan angka pengeluaran.

      Majlis Tanah Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1934 untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah. Majlis ini menetapkan kuota pengeluaran berdasarkan angka keluaran tahun 1929 bagi setiap negara pengeluar. Harga timah meningkat ke $1 185 satu tan pada tahun 1935.Syarikat tempatan mengalami kerugian besar, mankala syarikat Eropah yang mempuntai lombong di negara lain masih boleh bertahan. Kuota yang rendah merugikan Tanah Melayu kerana dengan kos yang rendah, Tanah Melayu masih boleh mengeluarkan lebih daripada yang dihadkan oleh kuota itu.[11]    




[1]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 42 .   
[2]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),105.
[3] Ibid,106
[4]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 42 . 
[5]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,116.
[6] Ibid, 116.
[7]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,  43 .    
[8]Zainal Abidin Abdul Wahid et al, Malaysia Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996)  ,228.
[9]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini,117.  
[10]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 43 .   
[11] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),106.

Pemain terbaik Teong Kim dihantar ke luar negara

Oleh Khairil S Iswan mkhairil@bh.com.my SKUAD Bawah 13 Tahun (B-13) Malaysia muncul juara apabila mengalahkan Sporting CP dari Portugal 2-1 pada final di Sepanyol. –
 
Foto Gambar Ihsan NFDP Malaysia KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan pemain terbaik Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) perlu dihantar beraksi di luar negara.

     Begitupun katanya, buat masa ini masih terlalu awal untuk mereka ini dihantar ke luar kerana perlu dididik dengan sebaiknya dulu sehingga mencapai usia 16 atau 17 tahun. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejayaan skuad bawah 13 (B-13) tahun negara yang menjuarai Ibercup Costa del Sol di Sepanyol, baru-baru ini yang dikatakan berjaya memikat ejen luar negara terhadap skuad bimbingan Lim Teong Kim itu.

      "Saya akan merancang satu laluan kerjaya buat pemain terbaik program PPBN ini supaya mereka dapat pengalaman bermain di liga antarabangsa di luar negara. "Begitupun, saya rasa ketika ini umur mereka 13 tahun terlalu awal untuk kita nak kekalkan di Akademi Mokhtar Dahari yang dijadual dibuka pada 2017. "Apabila mereka baharu mencecah umur 16 atau 17 tahun nanti, baharulah kita akan lihat untuk memberi pengalaman untuk mereka dihantar ke luar negara.

       "Apa yang pasti, saya tidak mahu mereka berada di sini, yang terbaik dari PPBN perlu bermain di luar," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka di ibu negara malam tadi.. Menyifatkan kejayaan yang diraih skuad B-13 negara itu sebagai kejayaan yang kecil, Khairy berkata keberkesanan program itu hanya muncul seandainya mereka berjaya layak beraksi di Piala Dunia B-17 dan B-19 terlebih dulu. "Ini adalah permulaan dan jangan kita terlalu terbawa-bawa dengan kejayaan ini. Kita bangga, namun jalan mereka masih jauh dan tugas saya dan Teong Kim adalah untuk bimbing mereka supaya tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang boleh menyimpangkan fokus mereka. "Apapun, ini permulaan begitu baik. PPBN baru setahun dilaksanakan dan ia membuahkan hasil. "Namun bagi saya dan Teong Kim, sebenarnya keputusan itu tidak begitu penting. Apa yang penting ialah persediaan dan pembangunan. Kita mahu corak permainan kita lebih teratur dan kemas dan persembahan mereka dikekalkan," katanya.

SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/64593

Copa America: Vargas wira Chile ke final

SELASA, 30 JUN 2015 @ 11:12 AM

JARINGAN Eduardo Vargas membantu Chile menundukkan Peru, 2-1. - Foto AFP SANTIAGO: Dua jaringan Eduardo Vargas membantu Chile menundukkan Peru, 2-1, untuk layak ke final Copa America di sini, sekali gus kian hampir mencapai impian menjuarai kejuaraan Amerika Selatan itu. Vargas, yang melalui musim suram secara pinjaman bersama bekas pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Queens Park Rangers, meledak gol kemenangan pada minit ke-64 bagi membawa negaranya layak ke final kejohanan buat pertama kali sejak 1987.

       Dia sebelum itu, meletakkan Chile di depan pada minit ke-42 menerusi rembatan kencang kontroversi berikutan penolong pengadil gagal mengesan kedudukan ofsaid pemain itu. Peru yang bermain dengan 10 pemain hampir sepanjang aksi selepas Carlos Zambrano dibuang padang gara-gara membuat terjahan keras ke atas Charles Aranguiz pada minit ke-20, kembali menyamakan kedudukan menerusi jaringan Gary Medel pada minit ke-60.

     Namun, Vargas yang sebelum itu turut kecewa selepas jaringannya dibatalkan gara-gara ofsaid pada awal babak kedua, kembali mengukuhkan kedudukan Chile menerusi gol yang dianggap terbaik setakat ini sepanjang temasya empat minit kemudian. Pemain berusia 25 tahun itu berjaya mendapat bola dari kawasan tengah, sebelum melakukan sepakan tinggi yang kemudian menerjah ke sudut gawang, cukup untuk menewaskan penjaga Peru, Pedro Gallese. Chile bakal bertemu antara pemenang antara Argentina-Paraguay dalam satu lagi aksi separuh akhir awal pagi esok. - AFP

SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/64549

Monday 29 June 2015

Sokong skuad hoki Malaysia Rabu ini - Khairy

ISNIN, 29 JUN 2015 @ 12:59 PM 

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memberi sokongan 100 peratus kepada pasukan hoki negara yang dijadual menentang India pada perlawanan suku akhir kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, Rabu ini. Menerusi Twitter, Khairy menulis; "Seluruh negara harus menyaksikan perlawanan pasukan hoki negara, Rabu ini. Kita menang menentang India, kita pergi ke Olimpik!." 

Pertembungan menentang India, Rabu ini dianggap perjalanan 'hidup mati' buat skuad negara yang sedang berkampung di Antwerp, Belgium seandainya ingin layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil. Selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam aksi Kumpulan B, Malaysia gagal meneruskan rentak cemerlang itu apabila tewas kepada tuan rumah, Belgium pada aksi ketiga. Kebangkitan yang diharapkan skuad Tai Beng Hai itu pada perlawanan keempat dan terakhir peringkat kumpulan menentang Great Britain juga tidak kesampaian apabila tumpang 1-3. Berdasarkan rekod, India yang dianggap antara gergasi hoki dunia mempunyai rekod kemenangan lebih baik ketika berdepan The Speedy Tigers.


Sumber : http://www.bharian.com.my/node/64359

Chong Wei tawan Terbuka Kanada

ISNIN, 29 JUN 2015 @ 8:43 AM 

PEMAIN badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim 
KUALA LUMPUR: Selepas merangkul kejuaraan Amerika Syarikat (AS) dua minggu lalu, Datuk Lee Chong Wei membuktikan dia memang atlet terbaik negara. Sebentar tadi di Calgary, Kanada, dia berjaya menakluk mahkota kejuaraan badminton terbuka negara itu. Pada saingan final, Chong Wei menjinakkan pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long, 21-17, 21-13 untuk raih gelaran juara perseorangan lelaki Terbuka Kanada. Minggu lalu, dia menjuarai Grand Prix Emas Terbuka AS, mahkota kejuaraan pertama dimenanginya selepas selesai jalani hukuman penggantungan selama lapan bulan akibat kesalahan doping. - Agensi

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/64318

Sunday 28 June 2015

Malaysia tak cukup bagus

Britain beri kekalahan kedua buat negara
29 Jun 2015 1:06 AM
PEMAIN negara, Izad Hakimi Jamaluddin (kanan) menyekat pemain Britain, Nick Catlin dalam perlawanan
PEMAIN negara, Izad Hakimi Jamaluddin (kanan) menyekat pemain Britain, Nick Catlin dalam perlawanan
PEMAIN negara, Izad Hakimi Jamaluddin (kanan) menyekat pemain Britain, Nick Catlin dalam perlawanan Kumpulan B Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Stadium KHC Dragon, Antwerp, Belgium semalam.
KUALA LUMPUR - Malaysia sudah memberikan segalanya untuk mencari keputusan terbaik ketika berdepan Britain semalam, namun pasukan No. 5 dunia itu nyata jauh lebih baik apabila menundukkan The Speedy Tigers 3-1 dalam saingan terakhir Kumpulan B Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Stadium KHC Dragon, Antwerp, Belgium, semalam.
Ini adalah kekalahan kedua buat anak-anak buah Tai Beng Hai di Belgium selepas tumpas 0-2 kepada Belgium, Jumaat lalu.
Kekalahan ini menyebabkan Malaysia terlepas peluang untuk menamatkan kempen peringkat kumpulan dalam kedudukan dua terbaik dan berisiko berdepan Australia atau India pada suku akhir, Rabu ini.
Malaysia, yang sudah pun mengesahkan tiket suku akhir sejak awal menamatkan Kumpulan B dengan enam mata selepas meraih dua kemenangan ke atas China 3-2 dan menewaskan Ireland 4-2 minggu lepas.
Pengurus skuad kebangsaan, Stephan van Huizen mengakui, pasukannya tidak bermain de­ngan baik, terutama pada suku ketiga dan keempat perlawanan yang menyebabkan lawan mudah membolosi kawasan D negara.
“Kami kini hanya menunggu sama ada menentang India atau Australia pada aksi suku akhir dan dalam masa sama pasukan perlu bersedia.
“Pada perlawanan tadi (semalam) ada beberapa kawasan yang tidak dijaga dengan baik hingga membolehkan lawan meraih peluang mendapatkan jari­ngan,” kata Stephan.
Dalam aksi tersebut Malaysia bermula baik apabila mendahului 1-0 menerusi gol padang dijaringkan Muhammad Haziq Shamsul selepas menewaskan penjaga gol Britain, George Pinner minit ke-14 dalam kawasan D lawan.
Malaysia juga perlu berterima kasih kepada pemain pertahanan, Baljit Singh dan penjaga gol, Roslan Jamaluddin yang beraksi cemerlang.
Bagaimanapun, taktikal Malaysia yang beraksi dengan dua penyerang pada suku ketiga dan keempat tidak menjadi apabila sukar menyerap serangan bertali arus Britain, sekali gus memboleh­kan lawan meraih gol penyamaan minit ke-31 hasil pukulan sudut penalti David Condon.
Britain terus mendominasi perlawanan dengan menambah dua lagi gol pada minit ke-49 menerusi Ashley Jackson hasil pukulan sudut penalti dan gol padang daripada Sam Ward minit ke-50.
Misi Malaysia untuk memburu slot ke Sukan Olimpik 2016 diteruskan dengan syarat pasukan berjaya melepasi aksi suku akhir.

- Sumber http://www.utusan.com.my/sukan/hoki/malaysia-tak-cukup-bagus-1.108306#sthash.9rHviXEt.dpuf

INSTITUSI MAHARAJA DI CHINA ABAD KE-16-20 (1500-1999)

TAJUK 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Menjelaskan  kedudukan dan peranan Maharaja China dalam pemerintahan.
a)Konsep raja dan Maharaja
Sekitar abad ke-16-20 China diperintah oleh Dinasti Ming (1368-1644) dan kemudiannya oleh Dinasti Ching (1644-1911) Pemerintahan yang diamalkan oleh kedua-dua dinasti ini bercorak autokrasi. Sistem petandbiran yang diamalkan merupakan warisan daripada dinasti yang terdahulu.[1]Dalam sistem pemerintahan beraja, Maharaja China menduduki hierarki teratas dalam struktur sosial. Maharaja mempunyai kuasa yangcukup besar.Konsep beraja menjadi penentu kepada maharaja dalam mempertahankan pemerintahannya.[2]

b)Kedudukan Maharaja
Konsep mandate of heaven atau mandat dari syurga menerangkan Maharaja sebagai wakil dari syurga atau anak syurga dan memberi kuasa spritual yang tidak terhingga kepada seseorang raja atau maharaja.Konsep mandat ini menjelaskan Tuhan telah menganugerahkan ke atas raja  atau maharaja satu kuasa untuk memerintah dan sehingga kuasa tersebut ditarik balik, tiada kuasa lain yang boleh mendakwa baginda atas segala tindakan baginda.[3] Melalui konsep ini Maharaja menduduki hierarki tertas dan paling berkuasa dalam kerajaan. Maharaja juga mendapat penghormatan tertinggi.[4]

c)Peranan Maharaja
1.Politik
a)Ketua pemerintah berkuasa mutlak.
Maharaja China berkuasa mutlak dan berperanan penting dalam urusan dasar luar negara, ketua perundangan, eksekutifdan kehakiman dan dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis Tertinggi Jabatan Penapis (pasukan perisikan raja) memutuskan dasar kerajaan.

b)Melantik pembesar
Maharaja berperanan melantikdan melucutkan jawaan pegawai-pegawai kerajaan dan melantik pembesar diperingkat pusat dan wilayah.
c)Ketua tentera
Maharaja bertanggugjawab memastikan keamanan negara, mengetuai angkatan tentera dalam medan peperangan meluaskan emapayar semasa peringkat awal Dinasti Ming.
d)Ketua hakim/perundangan .
Setiap rahan Maharaja menjadi undang-undang.

2.Ekonomi
a)Memajukan ekonomidengan mengamalkan Dasar Tutup Pintu serta menguasai semua sumber ekonomi negara seperti pungutan cukai/ufti dan menetukan sistem sukatan dan timbangan.
b)Berkuasa ke atas tanah kerana merupakan hak raja.
3.Sosial
a)Ketua adat-istiadat.
Adat kow-tow dan memastikan alat-alat kebesaran Diraja sentiasa dijaga.
b)Pemimpin inteletual
Maharaja merupakan pemimpin intelektual istana sebagai pusat perkembangan ilmu dan istana sebagai pusat peperiksaan awam kerajaan.
4.Agama
a)Ketua agama
Maharaja ketua agama Buddha, Taoismedan Confucius dan memastikan rakyat patuh ajaran agama serta mematikan agama tidak dicemari dengan pengaruh agama luar seperti agama Kristian.[5]




[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi Kedua 2015),hlm.63.  
[2]“InstitusiPemerintahan Raja/Maharaja”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)50 .
[3]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2015),72.
[4]InstitusiPemerintahan Raja/Maharaja”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,50.  
[5]Ibid,51. 

Remaja Malaysia rangkul gelaran Piala Iber


28 Jun 2015 12:30 AM
 PEMAIN Bawah 13 Tahun Malaysia meraikan kejayaan muncul juara
PEMAIN Bawah 13 Tahun Malaysia meraikan kejayaan muncul juara
PEMAIN Bawah 13 Tahun Malaysia meraikan kejayaan muncul juara Piala Iber di Costa Del Sol, Sepanyol semalam.
KUALA LUMPUR – Malaysia menutup kempen kejohanan bola sepak antarabangsa Piala Iber dengan cemerlang apabila merangkul kejua­raan Bawah 13 tahun di Costa Del Sol, Sepanyol semalam.
Pasukan bawah 13 Tahun (B-13) negara yang dibimbing Lim Teong Kim itu menamatkan cabaran de­ngan menundukkan wakil Portugal, Sporting Lisbon B-13 2-1 dalam perlawanan akhir.
Malaysia sebelum itu menum­paskan wakil Sepanyol, Sevilla FC menerusi penentuan sepakan penalti 7-6.
Kemenangan itu sesuatu yang cukup membanggakan buat pasukan muda negara kerana kejohanan tersebut disertai akademi-akademi bola sepak di seluruh Eropah.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah ke atas skuad muda Malaysia yang merupakan produk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) dan menyifatkan kemenangan itu sesuatu yang hebat.
“Alhamdulillah, Tahniah. Wow,” kata Khairy dalam Twitter.
PPBN merupakan kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), yang bertujuan mencungkil bakat pemain muda di seluruh negara dari peringkat akar umbi.
Khairy dalam Twitter sebelum ini turut berkata, pemain terbaik daripada PPBN akan dihantar berlatih di Eropah atau Liga Jepun dan Korea.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/remaja-malaysia-rangkul-gelaran-piala-iber-1.107822#sthash.cEcgmTlv.dpuf

Saturday 27 June 2015

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 27.6.2015


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

SARAWAK   0-2  FELDA UNITED
                            m-12 Christie Jayaselan
                            m- 58  Thiago Augusto
PAHANG  0-0 JOHOR DT

SIME DARBY            1-3 PERAK
m- 20 Marko Perovic   m- 31′ Horace James
                                     m-45 Chad Souza
                                     m- 74 Nasir Basharuddin
SELANGOR      2-0 TERENGGANU
m-4 Abdul Hadi

m-22 Robert Corntwaite

TERKINI MASA KEDUA PAHANG 0-1 JOHOR DT


OLEH AHMAD BIN YAAKOB
Pahang                   0-1 Johor DT
                                 m-66 Amri yahya
PEMAIN PAHANG
01 KHAIRUL AZHAN KHALID
41 MATTHEW THOMAS DAVID
13 RAZMAN ROSLAN
04 DAMION STEWART
03 SAIFUL NIZAM MISWAN
12 AZAMUDDIN AKIL
06 ZESHAN REHMAN
21 HAFIZ KAMAL
09 MATIAS CONTI
10 DICKSON NWAKAEME
PEMAIN GANTIAN
08 AZIDAN SARUDIN
33 MD NORAZAM AZIH
PEMAIN JOHOR
O1 FARIZAL MARLIAS
12 S.KUNALAN
06 MARCOS ANTONIO
27 FADHLI SHAS
04 ASRARUDDIN PUTRA
18 MAHALI JASULI
21 JASAZRIN JAMALUDIN
13 GARY STEVEN ROBART
20 NAZRIN NAWI
08 SAFIQ RAHIM
19 LUCIANO FIGUROA
PEMAIN GANTIAN

17 AMRI YAHYA

KEPUTUSAN MASA PERTAMA LIGA SUPER 27.6.2015


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

SARAWAK   0-1  FELDA UNITED
                            M-12 Christie Jayaselan
PAHANG  0-0 JOHOR DT

SIME DARBY            1-2 PERAK
m- 20 Marko Perovic   m- 31′ Horace James
                                     m-45 Chad Souza

SELANGOR      2-0 TERENGGANU
m-4 Abdul Hadi
m-22 Robert Corntwaite


TERKINI PERLAWANAN LIGA SUPER 27.6.2015


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

SARAWAK   0-1  FELDA UNITED

PAHANG  0-0 JOHOR DT

SIME DARBY  0-0 PERAK


SELANGOR   2-0 TERENGGANU

PAHANG 0-0 JOHOR DT


OLEH AHMAD BIN YAAKOB
Pahang        0-0 Johor DT
PEMAIN PAHANG
01 KHAIRUL AZHAN KHALID
41 MATTHEW THOMAS DAVID
13 RAZMAN ROSLAN
04 DAMION STEWART
03 SAIFUL NIZAM MISWAN
12 AZAMUDDIN AKIL
06 ZESHAN REHMAN
21 HAFIZ KAMAL
09 MATIAS CONTI
10 DICKSON NWAKAEME


PEMAIN JOHOR
O1 FARIZAL MARLIAS
12 S.KUNALAN
06 MARCOS ANTONIO
27 FADHLI SHAS
04 ASRARUDDIN PUTRA
18 MAHALI JASULI
21 JASAZRIN JAMALUDIN
13 GARY STEVEN ROBART
20 NAZRIN NAWI
08 SAFIQ RAHIM

19 LUCIANO FIGUROA

Pertembungan dua gergasi


 
ZESH (kiri) akan kembali dalam kesebelasan Pahang pada aksi menentang Johor DT malam ini selepas tempoh penggantungannya berakhir.


STADIUM Darul Makmur, Kuantan akan menjadi tumpuan malam ini.

Dua pasukan teratas Liga Super, Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) akan membuat perhitungan dan pemenang perlawanan ini sudah pastinya akan memegang status selaku pendahulu carta.

Pahang yang kini berada di puncak liga dilihat memiliki kelebihan kerana mereka akan turun selaku tuan rumah dan Johor DT pula menanam tekad untuk meraih kemenangan dalam misi mereka memintas kedudukan pasukan lawan mereka itu.

Pahang kini sudah mengumpul 26 mata selepas mengharungi 12 perlawanan manakala gergasi Harimau Selatan berada di kedudukan kedua dengan 24 mata.

Menyedari perlawanan tersebut akan berlangsung sengit, kapten Johor DT, Safiq Rahim mengakui bahawa mereka bakal berdepan laluan sukar kerana Pahang bukan sebuah pasukan yang mudah untuk dijinakkan di gelanggang sendiri.

Memburukkan lagi keadaan, beberapa pemain utama Johor DT hampir pasti tidak dapat beraksi pada perlawanan getir itu gara-gara masalah kecederaan.

“Patito Rodriguez mungkin tidak dapat beraksi kerana belum pulih daripada kecederaan, namun saya berharap pemain yang akan mengisi kekosongan itu nanti mampu menampilkan permainan cemerlang.

“Saya berharap semua pemain mampu mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam misi memburu tangga teratas liga,” jelas Safiq.

Dalam pada itu, Pahang tidak akan membiarkan Johor DT pulang dengan kemenangan.

Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan berkata, perlawanan malam ini dijangka sengit kerana kedua-dua pasukan berhasrat untuk merebut mata penuh.

“Johor DT pastinya mengharapkan kemenangan untuk memintas Pahang, kami juga tidak akan membiarkan ia berlaku kerana kami juga memerlukan tiga mata untuk mengukuhkan kedudukan di puncak liga,” jelas Zainal yang menerima khabar gembira selepas pemain pertahanannya, Zesh Rehman akan kembali berada dalam kesebelasan utama selepas tempoh penggantungannya berakhir.

Pahang juga akan turun dengan barisan terbaik malam ini kerana semua pemainnya bebas daripada sebarang kecederaan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3eGA4ZXVE Hakcipta terpelihara

JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 27.6.2015


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

SARAWAK LAWAN     FELDA UNITED
STADIUM NEGERI KUCHING
JAM  9.45 MALAM

PAHANG   JOHOR DT
STADIUM  DARUL MAKMUR
JAM 10.00 MALAM

SIME DARBY  PERAK
STADIUM SELAYANG
JAM 10.00 MALAM

SELANGOR   TERENGGANU
STADIUM SHAH ALAM
JAM 10.00 MALAM


Friday 26 June 2015

Malaysia akhirnya terkulai

Beri tentangan hebat sebelum tewas 2-0, tiket suku akhir tidak terjejas
27 Jun 2015 2:35 AM 
KUALA LUMPUR - Rekod bersih Malaysia dalam Separuh Akhir Liga Hoki Dunia akhirnya lebur apabila tumpas 2-0 kepada pasukan tuan rumah, Belgium dalam perlawanan ketiga Kumpulan B di Stadium KHC Dragon, Antwerp, semalam.
Kekalahan itu turut menyaksikan Belgium memintas Malaysia untuk muncul pendahulu baharu kumpulan dengan tujuh mata, satu mata mengatasi The Speedy Tigers.
Pasukan negara masih mampu mengekalkan kedudukan dua terbaik seandainya berjaya melakar kejutan ke atas pasukan No. 5 du­nia, Great Britain dalam perlawanan terakhir Kumpulan B esok.
Biarpun gagal melakar kemenangan ketiga berturut-turut, namun anak-anak buah Tai Beng Hai memberi tentangan sengit kepada pasukan tuan rumah yang mendapat sokongan padu penyokong mereka sebelum terpaksa akur menerusi dua gol padang lawan.
Selepas saling berbalas sera­ngan dalam 30 minit pertama permainan, Belgium akhirnya membolosi gawang Malaysia pada minit ke-38 menerusi Dorian Thierry, yang menerima hantaran Amaury Keusters sebelum menewaskan Roslan Jamaluddin.
Aksi pantas tuan rumah sekali lagi memerangkap pertahanan Malaysia selepas giliran Simon Gougnard mengukuhkan kedudukan 2-0 selang seminit kemudian, juga menerusi gol padang.
Anak-anak buah Beng Hai tidak berputus asa, malah cuba melakukan beberapa gerakan bahaya di hadapan gawang lawan, namun percubaan Tengku Ahmad Tajudin Tengku Abd. Jalil berjaya ditepis penjaga gol Belgium.
Kedua-dua pasukan dilihat saling menyerang antara satu sama lain pada suku keempat, namun tiada sebarang gol berjaya dihasilkan dan keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat ditiup.
Kekalahan tersebut bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan Malaysia di suku akhir kerana tiket mereka sudah terjamin selepas menewaskan China 3-2 dalam aksi pembukaan, diikuti Ireland 4-2 pada perlawanan kedua kelmarin.
Belgium yang berada di kedudukan keempat terbaik dunia bukanlah lawan seimbang buat Malaysia yang menghuni ranking ke-12 dunia.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/hoki/malaysia-akhirnya-terkulai-1.107683#sthash.tJhiOobC.dpuf