RABU, 10 JUN 2015 @ 7:44 PM
Oleh Khairil S Iswan
mkhairil@bh.com.my MUSLIM (dua dari kiri) ketika menjalani sesi latihan skuad
kebangsaan di Bukit Jalil, dekat sini, hari ini. –
Foto Hasriyasyah Sabudin KUALA
LUMPUR: Ketika tumpuan lebih terarah kepada jentera serangan Harimau Malaya
yang dikatakan sedikit tumpul, situasi itu tidak seharusnya merencatkan fokus
pemain terutama di jentera pertahanan, kata tonggak pertahanan negara, Muslim
Ahmad. Menyifatkan aksi pembukaan kelayakan Piala Dunia 2019/ Piala Asia 2019
menentang Timor Leste, malam esok sebagai amat penting, dia yang kembali
menguatkan jentera pertahanan selepas agak lama tersisih, yakin kemenangan
mampu diraih. Begitupun ia bersyarat dengan semua pemain akan diturunkan nanti
bersedia memberikan 100 peratus dan kekal dengan perancangan yang direncanakan
jurulatih oleh Dollah Salleh.
"Bagi saya bukan
pertahanan saja, malah semua pemain perlu fokus dan bersatu hati supaya kita
mampu mencatat kemenangan esok," katanya ketika ditemui pada sesi latihan
skuad kebangsaan di Bukit Jalil, dekat sini, hari ini. Mengulas persiapan
jentera pertahanan untuk mengekang serangan Timor Leste yang dikuatkan dengan
pemain naturalisasi, Muslim berkata ia bukanlah satu masalah kerana situasi
sama turut dilalui dalam saingan Liga Malaysia.
"Bagi saya ia bukan sesuatu yang asing
kerana pemain asing turut beraksi dalam saingan tempatan. Bagi saya sendiri,
saya mahu membuktikan sesuatu kepada negara dan jurulatih bagi membalas
kepercayaan ini," katanya. Ketua jurulatih negara, Dollah Salleh,
dilaporkan media sedikit buntu dengan pemilihan jentera serangan selepas aksi
persahabatan menentang Hong Kong, minggu lalu berakhir tanpa jaringan. Ia
perlawanan persahabatan kedua dilalui pasukan kebangsaan tahun ini selepas aksi
pertama menentang Oman yang berakhir dengan kekalahan 6-0. Ketika menentang
Tottenham Hotspurs, jaringan Pilihan Malaysia pula dijaringkan pemain import.
SUMBER: http://www.bharian.com.my/node/60514
No comments:
Post a Comment