Ad

Tuesday 16 June 2015

Harimau Malaya tagih sokongan peminat

13 Jun 2015
Dollah Salleh
 Dollah Salleh Dollah Salleh
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh yakin skuad kendaliannya mempunyai peluang seimbang apabila bertemu Palestin pada perlawanan kedua kempen kelayakan Piala Dunia 2018, Selasa ini.

Beliau berkata pasukan kebangsaan mampu mencatat kemenangan sekiranya pemain dapat menerapkan segala aspek yang mereka pelajari semasa latihan, pada perlawanan itu.

Dollah turut mengharapkan peminat bola sepak negara datang beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan suntikan semangat kepada skuad bimbingannya itu.

"Pasukan Palestin bukan calang-calang pasukan, mereka hanya tewas 2-3 pada perlawanan pertama menentang Arab Saudi," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis skuad Harimau Malaya bertemu peminat di sebuah pusat membeli-belah di Klang, hari ini.  

Pada perlawanan pertama kempen kelayakan itu Khamis lepas, pasukan negara sekadar seri 1-1 berdepan Timor Leste.

Sementara itu, penyerang kebangsaan Mohd Safee Mohd Sali turut meminta  peminat pasukan kebangsaan memenuhi stadium bagi meningkatkan lagi semangat mereka dalam perlawanan itu.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Timor Leste, Palestin dan Arab Saudi.

Malaysia dijadual bertemu UAE pada 3 Sept dan Arab Saudi (8 Sept).


Kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia itu juga menjadi pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 di UAE. – Bernama SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 13 Jun 2015

No comments:

Post a Comment