Ad

Tuesday, 9 June 2015

Dollah janji skuad negara akan bangkit

7 Jun 2015
Dollah Salleh
Dollah Salleh Dollah Salleh

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berjanji anak didiknya akan bangkit semula dengan persiapan lebih mantap‎ bagi mengharungi kempen pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 pada 11 dan 16 Jun ini.

Beliau mengakui kecewa dengan persembahan hambar skuad tersebut selepas seri tanpa jaringan dengan Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A di Stadium Shah Alam, di sini malam ini.

Perlawanan tersebut merupakan perlawanan pemanas badan sebelum berdepan dengan Timor Leste dan Palestin, masing-masing pada 11 dan 16 Jun dalam kempen pra-Piala Dunia dan Piala Asia nanti.

Kedua-dua perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini.

Mengulas perlawanan dengan Hong Kong, Dollah berkata, penyerang skuad negara perlu melakukan sesuatu yang lebih baik untuk menjaringkan gol dan masalah ketumpulan barisan depan akan diperbaiki dalam sesi latihan sebelum pusingan kelayakan bermula minggu depan.

"Saya tidak dapat beri tumpuan kepada persiapan pasukan menghadapi perlawanan persahabatan ini kerana lebih terarah kepada pemilihan pemain sejak minggu lepas.


"Bagaimanapun, selepas ini kita perlu berlatih sebagai satu pasukan," katanya. - Bernama
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 7 jun 2015

No comments:

Post a Comment