Jun 15 2015 6:28PM 4498 Views
Emas sudah dalam genggaman
Perseorangan lelaki dan beregu
wanita akhir esok bakal menyaksikan pertemuan diantara empat wakil Malaysia
setelah mereka berjaya menumpaskan lawan masing-masing di peringkat separuh
akhir.
Chong Wei Feng bakal berdepan
Arif Latif manakala Vivian/Khe Wei akan bertemu Amelia/Soong Fie Cho.
Wei Feng mara selepas berhempas
pulas dalam aksi tiga set unutk menewaskan wakil Thailand Saesoombonsuk 13-21,
21-18, 21-14.
Arif yang mempamerkan aksi
mantap disuku akhir berdepan jaguh Thailand Boonsak Poonsana berjaya mengatasi
wakil Singapura Yew Loh Kean.
Beregu wanita negara, Vivian
Hoo/Woon Khe Wei dan Amelia/Soong Fie Choo menempah slot ke final setelah
keduanya menewaskan wakil dari Indonesia.
Beregu campuran negara terlebih
dahulu melayakan diri ke final badminton selepas menundukan wakil Indonesia
dalam aksi tiga set.
Gandingan Peng Soon dan Yiu
Ling yang ketika ini berada di ranking 49 dunia menewaskan pasangan Riky
Widianto dan Puspita Dili Richi yang merupakn beregu campuran kedua Indonesia
selepas beregu campuran no.3 dunia Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir.
Mereka akan bertemu seorang
lagi wakil Indonesia Jordan/Susanto.
Walaubagaimanapun, perseorangan
wanita 15 tahun Goh Jin Wei gagal mengikut jejak rakan senegara lain setelah
terkandas berdepan Hanna Ramadini dari Indonesia sekaligus terpaksa berpuas
hati dengan pingat gangsa.
Jadual akhir:
Perseorangan Lelaki
Chong Wei Feng (MAS) lwn Arif
Latif (MAS)
Beregu Wanita
Vivian/Khe Wei (MAS) lwn
Amelia/Soong Fie Cho (MAS)
Beregu campuran
Jordan/Susanto (INA) lwn Peng
Soon/Yiu Ling (MAS)
sumber-http://www.stadiumastro.com/Arena/Sukan-SEA-2015/Berita-Terkini/Artikel.aspx?id=160322&title=emas-sudah-dalam-genggaman
No comments:
Post a Comment