Ad

Sunday 28 June 2015

Remaja Malaysia rangkul gelaran Piala Iber


28 Jun 2015 12:30 AM
 PEMAIN Bawah 13 Tahun Malaysia meraikan kejayaan muncul juara
PEMAIN Bawah 13 Tahun Malaysia meraikan kejayaan muncul juara
PEMAIN Bawah 13 Tahun Malaysia meraikan kejayaan muncul juara Piala Iber di Costa Del Sol, Sepanyol semalam.
KUALA LUMPUR – Malaysia menutup kempen kejohanan bola sepak antarabangsa Piala Iber dengan cemerlang apabila merangkul kejua­raan Bawah 13 tahun di Costa Del Sol, Sepanyol semalam.
Pasukan bawah 13 Tahun (B-13) negara yang dibimbing Lim Teong Kim itu menamatkan cabaran de­ngan menundukkan wakil Portugal, Sporting Lisbon B-13 2-1 dalam perlawanan akhir.
Malaysia sebelum itu menum­paskan wakil Sepanyol, Sevilla FC menerusi penentuan sepakan penalti 7-6.
Kemenangan itu sesuatu yang cukup membanggakan buat pasukan muda negara kerana kejohanan tersebut disertai akademi-akademi bola sepak di seluruh Eropah.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah ke atas skuad muda Malaysia yang merupakan produk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) dan menyifatkan kemenangan itu sesuatu yang hebat.
“Alhamdulillah, Tahniah. Wow,” kata Khairy dalam Twitter.
PPBN merupakan kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), yang bertujuan mencungkil bakat pemain muda di seluruh negara dari peringkat akar umbi.
Khairy dalam Twitter sebelum ini turut berkata, pemain terbaik daripada PPBN akan dihantar berlatih di Eropah atau Liga Jepun dan Korea.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/remaja-malaysia-rangkul-gelaran-piala-iber-1.107822#sthash.cEcgmTlv.dpuf

No comments:

Post a Comment