Ad

Monday 29 June 2015

Sokong skuad hoki Malaysia Rabu ini - Khairy

ISNIN, 29 JUN 2015 @ 12:59 PM 

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memberi sokongan 100 peratus kepada pasukan hoki negara yang dijadual menentang India pada perlawanan suku akhir kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, Rabu ini. Menerusi Twitter, Khairy menulis; "Seluruh negara harus menyaksikan perlawanan pasukan hoki negara, Rabu ini. Kita menang menentang India, kita pergi ke Olimpik!." 

Pertembungan menentang India, Rabu ini dianggap perjalanan 'hidup mati' buat skuad negara yang sedang berkampung di Antwerp, Belgium seandainya ingin layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil. Selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam aksi Kumpulan B, Malaysia gagal meneruskan rentak cemerlang itu apabila tewas kepada tuan rumah, Belgium pada aksi ketiga. Kebangkitan yang diharapkan skuad Tai Beng Hai itu pada perlawanan keempat dan terakhir peringkat kumpulan menentang Great Britain juga tidak kesampaian apabila tumpang 1-3. Berdasarkan rekod, India yang dianggap antara gergasi hoki dunia mempunyai rekod kemenangan lebih baik ketika berdepan The Speedy Tigers.


Sumber : http://www.bharian.com.my/node/64359

No comments:

Post a Comment