Ad

Sunday 28 June 2015

Malaysia tak cukup bagus

Britain beri kekalahan kedua buat negara
29 Jun 2015 1:06 AM
PEMAIN negara, Izad Hakimi Jamaluddin (kanan) menyekat pemain Britain, Nick Catlin dalam perlawanan
PEMAIN negara, Izad Hakimi Jamaluddin (kanan) menyekat pemain Britain, Nick Catlin dalam perlawanan
PEMAIN negara, Izad Hakimi Jamaluddin (kanan) menyekat pemain Britain, Nick Catlin dalam perlawanan Kumpulan B Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Stadium KHC Dragon, Antwerp, Belgium semalam.
KUALA LUMPUR - Malaysia sudah memberikan segalanya untuk mencari keputusan terbaik ketika berdepan Britain semalam, namun pasukan No. 5 dunia itu nyata jauh lebih baik apabila menundukkan The Speedy Tigers 3-1 dalam saingan terakhir Kumpulan B Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Stadium KHC Dragon, Antwerp, Belgium, semalam.
Ini adalah kekalahan kedua buat anak-anak buah Tai Beng Hai di Belgium selepas tumpas 0-2 kepada Belgium, Jumaat lalu.
Kekalahan ini menyebabkan Malaysia terlepas peluang untuk menamatkan kempen peringkat kumpulan dalam kedudukan dua terbaik dan berisiko berdepan Australia atau India pada suku akhir, Rabu ini.
Malaysia, yang sudah pun mengesahkan tiket suku akhir sejak awal menamatkan Kumpulan B dengan enam mata selepas meraih dua kemenangan ke atas China 3-2 dan menewaskan Ireland 4-2 minggu lepas.
Pengurus skuad kebangsaan, Stephan van Huizen mengakui, pasukannya tidak bermain de­ngan baik, terutama pada suku ketiga dan keempat perlawanan yang menyebabkan lawan mudah membolosi kawasan D negara.
“Kami kini hanya menunggu sama ada menentang India atau Australia pada aksi suku akhir dan dalam masa sama pasukan perlu bersedia.
“Pada perlawanan tadi (semalam) ada beberapa kawasan yang tidak dijaga dengan baik hingga membolehkan lawan meraih peluang mendapatkan jari­ngan,” kata Stephan.
Dalam aksi tersebut Malaysia bermula baik apabila mendahului 1-0 menerusi gol padang dijaringkan Muhammad Haziq Shamsul selepas menewaskan penjaga gol Britain, George Pinner minit ke-14 dalam kawasan D lawan.
Malaysia juga perlu berterima kasih kepada pemain pertahanan, Baljit Singh dan penjaga gol, Roslan Jamaluddin yang beraksi cemerlang.
Bagaimanapun, taktikal Malaysia yang beraksi dengan dua penyerang pada suku ketiga dan keempat tidak menjadi apabila sukar menyerap serangan bertali arus Britain, sekali gus memboleh­kan lawan meraih gol penyamaan minit ke-31 hasil pukulan sudut penalti David Condon.
Britain terus mendominasi perlawanan dengan menambah dua lagi gol pada minit ke-49 menerusi Ashley Jackson hasil pukulan sudut penalti dan gol padang daripada Sam Ward minit ke-50.
Misi Malaysia untuk memburu slot ke Sukan Olimpik 2016 diteruskan dengan syarat pasukan berjaya melepasi aksi suku akhir.

- Sumber http://www.utusan.com.my/sukan/hoki/malaysia-tak-cukup-bagus-1.108306#sthash.9rHviXEt.dpuf

No comments:

Post a Comment