Unit 1.4 Masyarakat Industri
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Menerangkan definisi dan
ciri-ciri masyarakat industri England dan Jerman (Abad ke 18-19 )
1.a.Masayarakat industri di
England
Definisi
Masyarakat Industri merujuk
kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian.Masyarakat
Industri terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan
menggunakan mesin.Dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran
secara besar-besaran.[1]
Ciri-ciri Masyarakat Industri
a) Kegiatan ekonomi
b) Mobiliti sosial
c) Pengkhususan kerja
d) Kemunculan kelas
e) Masyarakat Literasi
Ciri-ciri Masyarakat Industri
a) Kegiatan ekonomi
Pada peringkat awal, masyarakat
industri di England bekerja di kilang-kilang tekstil.Kegiatan ekonomi
masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran barangan secara besar-besaran.Masyarakat
bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan punca
pendapatan bagi menyara hidup.[2]
Masyarakat industri mempunyai kemahiran dalam pengendalian mesin yang digunakan
secara meluas dalam pengeluaran barangan. Mereka menghasilkan barangan secara
besar-besaran untuk pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa. Apabila
mesin digunakan secara meluas dalam perindustrian, pekerja beralih ke sektor
industri perkhidmatan.[3]
b) Mobiliti sosial
Salah satu fenomena yang ketara
dalam masyarakat industri ialah berlaku mobiliti sosial.Perkembangan pesat
dalam bidang perindustrian menyebabkan tataf hidup golongan pekerja meningkat.Peningkatan
dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi.[4] Hal
ini menyebabkan masyarakat dapat menikmati kehidupan yang mewah dan makmur. Ini
telah meletakkan asas bagi kemunculan golongan kelas menengah dalam masyarakat.[5]
c) Pengkhususan kerja
Penggunaan mesin secara meluas
dalam bidang perindustrian telah menyebabkan berlakupengkhususan kerja Pekerja-pekerja
hanya perlu melakukan sebahagian daripada kerja untuk menghasilkan sesuatu
barangan.Pembahagian kerja dan pengeluaran secara besar-besaran telah
mengurangkan kos operasi serta meningkatkan pengeluaran.[6] Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima
pendapatan yang tinggi dan perkembangan ini melahirkan golongan kelas menengah
dalam masyarakat.[7]
d) Kemunculan kelas
Masyarakat industri tergolong
kepada dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja.Kelas kapitalis
terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong.Pada
peringkat awal proses perindustrian membawa kepada kesengsaraan kepada rakyat
biasa yang bekerja sebagai buruh kilang. Selepas berlaku peningkatan dalam pengeluaran
muncul golongan profesional.Perkembangan ini menyebabkan taraf kehidupan
pekerja meningkat.[8]Golongan
pekerja amat bergantung kepada golongan kapitalisMenjelang tahun 1851, ramai
penduduk berhijrah ke bandar-bandar perusahaan seperti Manchester, Leeds dan Liverpool.
Perkembangan ini melahirkan proses pembandaran terutamanya di bandar-bandar
perindustrian.[9]
e) Masyarakat Literasi
Masyarakat industri merupakan
masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berpendidikan. Masyarakat industri
terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dalam kehidupan mereka.Mereka turut
memperjuangkan hak asasi dan kebajikan golongan pekerja yang bekerja di sektor perkilangan.Sebagai
contoh, David Ricardo memperjuangkan hak golongan pekerja di parlimen England.[10]
[1]“Masyarakat Industri”, dalam
Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)32 .
[2]“Masyarakat Industri”, dalam
Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)29 .
[3]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar
2013),hlm.63.
[4]“Masyarakat Industri”, dalam
Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)29 .
[5] Ibid,64
[7]“Masyarakat Industri”, dalam
Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)29 .
No comments:
Post a Comment