Ad

Thursday 18 June 2015

Rombak Harimau Malaya


 
pemain Harimau Malaya gagal memberi tentangan ketika tewas 0-6 kepada Palestin di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin.

ROMBAK skuad Malaysia! Demikian pandangan ‘pedas’ jurulatih Palestin, Abdelnasser Barakat (gambar kecil) selepas skuad negara yang masih dalam kancah perang itu mengaibkan Malaysia 6-0 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin.

“Pasukan Malaysia perlu dirombak. Memang kami mahu menang tetapi kami terkejut kerana menang besar. Saya tidak sangka Malaysia mudah putus asa selepas ketinggalan 0-3 pada babak pertama perlawanan.

“Saya rasa mereka (Persatuan Bola Sepak Malaysia) perlu lakukan seperti Palestin iaitu menukar hampir keseluruhan pemain. Saya rasa ramai pemain muda berbakat di Malaysia dan mereka perlu melakukan seperti apa yang kami lakukan terhadap pasukan ini dengan merombak kebanyakan pemain,” katanya.

Palestin yang menghuni ranking ke-118 dunia kenduri gol di laman Malaysia yang berada di kedudukan ke-162 pada perlawanan kedua setelah skuad negara sekadar seri dengan Timor Leste 1-1, Sabtu lalu.

Aksi ketiga Malaysia ialah menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi pada 3 September depan.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0618&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3dMW21MV8 Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment