09 Jun 2015 1:12 AM
NURRIDZUAN ABU HASSAN (kanan)
menyempurnakan satu daripada dua gol yang diperoleh Malaysia ketika mengalahkan
Brunei 2-0 dalam saingan Kumpulan B, semalam.
SINGAPURA – Bagai aksi pemanas
badan, skuad Bawah 23 tahun negara seperti bermain sambil lewa ketika
menewaskan Brunei 2-0 di Stadium Bishan, semalam.
Dua jaringan daripada Muhammad
Nurridzuan Abu Hassan pada minit ke-71 dan Adam Nor Azlin, minit ke-77 sudah
cukup untuk mempertahankan maruah Malaysia.
Beberapa perubahan dilakukan
oleh Datuk Ong Kim Swee dalam kesebelasan utama dengan memasukkan Adan Nor
Azlin, S.Kumaahran, Mohd.Fandi Othman dan Mohd. Ariff Farhan Mohd. Isa tetapi
tidak banyak memberi impak pada corak permainan negara.
Selepas melepaskan banyak
peluang pada babak pertama, gol sulung skuad negara akhirnya ditemui melalui
sepakan bebas diambil Nurridzuan dari jarak 30 meter.
Enam minit kemudian, berpunca
daripada situasi kelam kabut di depan pintu gol, Adam bijak menyepak masuk ke
dalam gawang yang terhidang.
Syahrul sepatutnya menjadikan
angka perlawanan dengan keputusan 3-0 apabila pintu gol ternganga luas ekoran
penjaga gol, Mohd. Ahsanuddin Mohd.Dani yang terkeluar posisi.
Kim Swee mengakui, pasukannya
mencipta banyak peluang, namun disebabkan sudah kehilangan minat ekoran sudah
tersingkir, pemainnya seperti tidak menunjukkan kesungguhan.
“Kita berjaya mendapatkan tiga
mata namun banyak peluang dilepaskan dan memang ketara kita masih di bawah
Vietnam dan Thailand.
“Macam ada satu peluang yang
kita dapat jaringan tadi, takkan saya hendak masuk ke dalam padang dan beritahu
bagaimana hendak jaringkan gol,” katanya.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/menang-tapi-kurang-garang-1.100692#sthash.CHtGFjG4.dpuf
No comments:
Post a Comment