London: Seekor kucing berusia
25 tahun dipercayai membuat perjalanan mengkagumkan sejauh ribuan kilometer
dari Australia ke Ireland Utara dan pertubuhan kebajikan haiwan sedang berusaha
mengesan pemiliknya.
Kucing itu ditemui Pusat Perlindungan
Kucing di Daerah Armagh, Ireland Utara, minggu lalu, dan dibawa ke klinik
haiwan. Doktor mendapati ia dipasang cip mikro dari Australia.
Data dalam cip berkenaan
menunjukkan kucing berkenaan pernah didaftar sebagai kucing liar di London pada
2004 dan dilahirkan pada 1989, menjadikan ia berusia 25 tahun sedangkan purata
hayat maksimum kucing ialah 15 tahun.
Nama kucing itu dalam cip
berkenaan ialah Tigger tetapi pekerja di pusat itu memanggilnya Ozzie.
“Ozzie mempunyai cip mikro
menunjukkan ia datang dari Australia tetapi pemiliknya tidak memberi maklumat
lanjut,” kata kenyataan pusat itu di laman sesawangnya.
“Kami amat berharap dapat
mengetahui sejarah penuh kucing ini dan dapat menemukannya dengan pemilik,”
kata penyelaras pusat itu Gillian McMullen. - The Telegraph
Artikel ini disiarkan pada :
Jumaat, 19 Jun 2015 @ 4:18 PM
OZZIE yang nama sebenarnya
Tigger berasal dari Australia, kini berada di Daerah Armagh, Ireland Utara. -
Foto The Telegraph
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/58803#sthash.FuCLNlJK.dpuf
No comments:
Post a Comment