Ad

Wednesday 24 June 2015

Unit 1.4 : Masyarakat Industri di Jerman.


oleh-AHMAD BIN YAAKOB
 Menerangkan definisi dan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman Abad ke 18-19
1.a)Masyarakat industri di Jerman.
Definisi Masyarakat Industri
Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian.Masyarakat industri terlibat dengan pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
- Masyarakat industri dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.
- Kemunculan masyarakat industi di Jerman berlaku semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian tahap kedua(I860-an -1914).Revolusi Perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman.Ciri utama Revolusi Perindustrian tahap kapital kewangan mengatasi kapital industri.[1]
- Pada era ini muncul industri-industri baru seperti elektrik,kimia, petroleum dan logam ringan. Keluaran sampingan terdiri daripada kereta, radio, kapal terbang dan kain tiruan.[2]
Ciri-ciri Masyarakat Industri di Jerman.
a) Kegiatan ekonomi
i. Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi .
Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia barat Jerman.Pertambahan pengeluaran arang batu dua kali ganda antara 1860 -1870.Pengeluaran bijih besi meningkat daripada 1.5 juta tan pada 1871 kepada  8.5 juta tan pada 1900.Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti berkualiti tinggi dan peralatan besi. Pada tahun 1851, Syarikat Krupp telah mengadakan pameran di Istana Crstal,London.Dalam pemeran tersebut, Syarikat Krupp telah mempamerkan gerabak keretapi yang terkini dan meriam bagi memperlihatkan besi-besi keluaran negara Jerman yang terbaik. Hasilnya permintaan kereta apin dari Jerman meningkat dan membawa peningkatan pekerja dari 250 orangpada tahun 1850 kepada 16 000 orang pekerja pada tahun 1973.[3]
Kemajuan dalam industri kulit
1870 -1914, Jerman telah mengambil alih tempat England dalam industri kulit.
Berlaku perubahan kehidupan masyarakat kepada gaya hidup yang mewah
iii.Pembangunan industri tekstil
Tertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia.Bandar Berlin mengeluarkan mesin-mesin bagi meningkatkan lagi industri tekstil di Jerman.
iv.Ciptaan baharu mulai berkembang di Jerman
Syarikat Siemens dan Martin mula meningkatkan pengeluaran keluli pada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan.
Membawa kepada kemunculan kejuruteraan elektrik di Jerman.
Syarikat kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis kepada pembangunan perusahaan kimia dan elektrik.
b) Kemajuan dalam teknik penyelidikan
Jerman menghasilkan perbagai ciptaan baru yang membantu kelahiran industri berskala besar.
Syarikat kimia dan elektrik Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal penyelidikan yang lengkap dengan ahli-ahli kimia dan fizik terlatih daripada universiti.
Beberapa perbadanan Jerman telah mernber sumbangan besar mencipta teknik baru dengan menjalinkan teknik penyelidikan saintifik dengan amalan kerjabiasa di kilang.
Menjelang akhir abad 19, industri kimia dan elektrik Jerman telah memimpin dunia.[4]

c)Kemajuan kewangan
Kerajaan Jerman mengawal pasaran bebas
Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan di Jerman. Pada tahun 1840an, Bank of Prusia berfungsi sebagai 'joint stock' dalam pengeluaran kredit dan menyediakan Pelaburan kapital.
Bantuan modal mempercepatkan perkembangan industri di Jerman pada tahun 1870-an. Hal ini menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, keluli. kapas dan kain bulu serta kemajuan sistem pengangkutan darat dan laut.
d)Kejuteraan manusia.
Bidang perdagangan di Jerman dan sekolah-sekolah teknik menyediakan lelaki untuk kerja-kerja spesifik dan lebih efektif.Lahir satu kumpulan elit pengurusan yang penuh disiplin dengan semangat kerja berpasukan 'spirit de corps''.
e)Kemajuan sistem pengangkutan.
Pembinaan jalan keretapi dibina dengan pesat pada tahun 1870 hasil pembangunan industri besi dan keluli.Firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama keretapi di Jerman.Kerajaan juga menyediakan kadar perkhidmatan kereta api yang murah untuk menghantar besi Jerman ke negara-negara Eropah lain.[5]Kemajuan ini membolehkan Jerman mula mengeksport besi dan keluli ke lain-lain negaraEropah.Pada 1913, eksport besi dan keluli Jerman bernilai 100 juta pound sterling[6].
f.Perluasan perdagangan antarabangsa.
Perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan sumber bahan mentah.Perindustrian di Jerman telah berkembang kepada 243.8 peratus dari tahun 1887 -1912.Desakan perluasan jajahan menyebabkan Jerman mementerai perjanjian dalam Persidangan Koloni Berlin pada tahun 1884. Jerman meluaskan perdagangan dan kegiatan mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik dengan menguasai sebahagian New Guinea dan pembelian Kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884. Pada tahun 1897, Jerman telah meluaskan hubungan perdagangan dengan Chinabagi mendapatkan arang batu dan mewujudkan pangkalan tentera di pinggir laut China.[7]
Dasar kerajaan Jerman.
1879, Jerman menamatkan dasar perdagangan bebas dan mengamalkan dasar melindungi industri.Hal ini membantu dalam menambahkan hasil pengeluaran Jerman antara tahun 1872 -1910.Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insuran sosial pada 1883 bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan.[8]Fungsi undang-undang insuran tersebut ialah untuk menjaga kebajikan pekerja semasa ditimpa kemalangan sewaktu bertugas. Pelbagai usaha dilakukan oleh pemerintah Jerman untuk meningkatkan perkembangan perindustrian dan ekonomi Jerman.Bismarck telah memanipulasi pengeluaran akhbar untuk mengawal pemikiran rakyat.Membentang undang-undang anti-sosialis di Reighstag pada tahun 1878.Kerajaan juga boleh menyekat kebebasan berpolitik di daerah difikirkan terancam sertamenarik balik lesen penerbitan, percetakan dan pengedaran.[9]  



[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),hlm.78.  
[2]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,32.
[3] Maddi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),60.
[4]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,34.  
[5]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,34
[6] ibid
[7]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal ,1,61
[8]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,
[9]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal ,1,63.  

No comments:

Post a Comment