30 Jun 2015
minyak
KUALA LUMPUR - Harga runcit
petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015
berkuat kuasa tengah malam ini.
"Namun harga diesel kekal
pada RM2.05 seliter," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha
Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata harga baharu
RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Harga tersebut berkuat
kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Julai ini," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment