Ad

Sunday 31 May 2015

Tunggu jawapan AFC

Daripada Aziman Rosdi di Singapura
 aziman@hmetro.com.my
Jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) negara Datuk Ong Kim Swee mahu menunggu keputusan Jawatankuasa Disiplin Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berhubung hukuman bakal dikenakan terhadap Muhammad Nazmi Faiz Mansor sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk menghantar pemain kontroversi itu pulang awal.

Menurut pengendali itu, beliau tidak boleh menerima kelakuan Nazmi itu yang bukan saja menyusahkan pasukan malah dianggap memalukan.

“Mungkin esok (hari ini) atau lusa keputusan akan dibuat Jawatankuasa Disiplin mengenai hukuman ke atas Nazmi. Ia amat memalukan, walaupun (ludah) tidak kena pemain namun niat itu saja sudah tidak bagus.

“Saya akan tunggu keputusan hukuman penggantungan sebelum membuat sebarang tindakan termasuk mencadangkan kepada pihak pasukan agar dia turut didenda,” kata Kim Swee ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan di Stadium Bukit Gombak semalam.

Nazmi dilayangkan kad merah pada minit ke-31 oleh pengadil Singapura Foo Chuan Hui selepas pengadil keempat dari Kuwait Yousef Almarzouq mengesan pemain berusia 21 tahun itu meludah pemain pertahanan Timor Leste Filipe Oliveira pada perlawanan pertama Kumpulan B di Stadium Bishan.

Ketiadaannya menyebabkan skuad negara terpaksa mempertahankan jaringan D Saarvindran pada minit ke-11 sehingga tamat permainan untuk kemenangan tipis 1-0.

Ini bukan kali pertama Nazmi dibuang padang kerana pada aksi persahabatan menentang Qatar, dia dilayangkan kad merah kerana menumbuk pemain lawan.

Kim Swee mengakui Nazmi tonggak pasukannya namun menegaskan tidak mahu membuat rayuan terhadap hukuman yang diputuskan nanti.

“Apa yang dilakukannya tak perlu dirayu. Memang Nazmi penting dalam pasukan, anda boleh lihat sebelum keluar, dia bergandingan baik bersama Gary (Steven Robbat) di bahagian tengah.

“Saya sudah memberikan peringatan bukan saja kepada Nazmi malah pemain lain bahawa saya tidak mahu perkara seperti ini berulang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 7:31 AM
KIM Swee (tengah) kesal sikap Nazmi.

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/54781#sthash.Y5y9Eqjz.dpuf

Dollah janji beri ruang sama rata

 Oleh Mohd Firdaus Hashim=firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Biarpun jumlah pemain yang dipanggil bagi menjalani latihan pusat dianggap ramai dengan 31 pemain kini berada di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Kelana Jaya, pengendali pasukan Dollah Salleh berjanji akan memberi ruang seadilnya kepada pemain untuk menunjukkan kemampuan masing-masing.

Dengan aksi terdekat bertemu Hong Kong di Stadium Shah Alam, Sabtu ini, Dollah mahu aksi persahabatan antarabangsa itu diguna sebaik mungkin bagi mencuri perhatiannya sebelum senarai akhir 23 pemain diumum untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

“Selepas berakhirnya perlawanan berdepan Tottenham Hotspur, semangat pemain begitu baik dan tinggi, sebab itu saya membuat keputusan mengekalkan semua pemain bagi latihan pusat fasa kedua.

“Walaupun cuma 23 pemain akan dikekalkan selepas aksi dengan Hong Kong, saya melihat mereka bersaing secara sihat untuk merebut tempat dan ia sikap yang amat positif.

“Namun saya akan beri peluang semua pemain dan akan memilih yang benar-benar layak untuk disenaraikan kali ini,” katanya yang memburu kemenangan ketika berdepan Hong Kong bagi menaikkan semula ranking Malaysia yang berada pada kedudukan ke-166 dunia dikeluarkan FIFA.

Berdasarkan jadual kelayakan Piala Dunia itu, Malaysia bakal menentang Timor Leste pada 11 Jun ini, sebelum berdepan Palestin, lima hari kemudian dengan kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sementara itu, bagi kapten pasukan Perak Mohd Nasir Basharuddin yang mendapat pujian ‘melangit’ Dollah susulan aksi bertenaganya ketika bertemu Spurs tempoh hari, dia bertekad merebut tempat biarpun mengakui bukan mudah merampas posisi yang sudah sinonim dengan kapten Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Safiq Rahim.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 7:12 AM
 
Dollah (dua dari kanan) ketika sesi latihan di Wisma FAM.

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/54767#sthash.cEdyhZC4.dpuf

Harga minyak naik 10 sen seliter


BERKUAT kuasa hari ini harga semua jenis minyak naik 10 sen seliter. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Jun 2015 naik 10 sen seliter berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata, dengan pengumuman itu harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter) manakala diesel (RM2.05 seliter).

"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Jun ini," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Kali terakhir kenaikan harga minyak ialah pada bulan Mac lalu apabila kerajaan mengumumkan harga runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak 25 sen seliter berdasarkan kaedah pengapungan terkawal.

Kenaikan itu menjadikan harga runcit yang ditetapkan bagi RON95 ketika itu RM1.95 seliter, RON97 (RM2.25 seliter) manakala diesel (RM1.95 seliter).

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0601&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3blFsLa9M Hakcipta terpelihara

Piala FA kekal milik Arsenal

AHAD, 31 MEI 2015 @ 8:32 AM 
LONDON:Penyandang juara, Arsenal mempertahankan Piala FA apabila menewaskan Aston Villa 4-0 pada pertembungan final di Stadium Wembley, awal pagi tadi. Barisan Arsene Wenger meledak untuk gol pembukaan menerusi Theo Walcott pada minit ke-40. Kecemerlangan Arsenal diteruskan sebaik babak kedua bermula untuk tiga lagi gol menerusi Alexis Sanchez (m-50), Per Mertesacker (m-62) dan Olivier Giroud (m-90) untuk memastikan rekod kemenangan Arsenal kali ke-12 merebut piala itu. -
 AFP ARSENAL berjaya mempertahankan Piala FA selepas menewaskan Aston Villa di Stadium Wembley. - Foto AFP


Sumber: http://www.bharian.com.my/node/58241

sungai di Sarawak lubuk buaya

AHAD, 31 MEI 2015 @ 12:03 AM 45
Oleh Rudi Affendi Khalik
 
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/58186
AHAD, 31 MEI 2015 @ 12:03 AM 45 sungai di Sarawak lubuk buaya Oleh Rudi Affendi Khalik Pelanggan BH Plus mempunyai akses penuh kepada artikel ini serta semua kandungan dalam segmen Premium, Kompilasi dan Ujian Interaktif. Kandungan dalam portal BH Online masih percuma. Log masuk atau langgan segera. LANGGAN SEKARANGLog masuk untuk berita lanjut. TANDA amaran di letakkan di pintu masuk ke sekolah bagi mengingatkan pelajar supaya berhati-hati. - Foto Rudi Afendi Khalik

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/58186


Dollah ‘pening’


Kelana Jaya: Pengendali Harimau Malaya Dollah Salleh mengakui masih ‘pening’ memilih pemain bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Timor Leste dan Palestin bulan depan.

Namun, ia sesuatu yang positif baginya apabila 31 pemain dipanggil untuk kem latihan pusat bagi menghadapi aksi persahabatan menentang Hong Kong, Sabtu depan termasuk pemain sayap Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Nazrin Nawi dengan namanya hanya diumumkan petang semalam.

“Jumlah seramai ini memang sukar, namun saya terpaksa. Mereka mempamerkan prestasi yang saya inginkan dan mengikut arahan. Sebab itu saya kekalkan pemain yang dipanggil pada fasa pertama.

“Saya perlu melakukan pemilihan semula walaupun sukar kerana kekangan masa. Namun, ia petanda positif untuk pasukan,” katanya pada sesi latihan petang semalam.

Seramai 23 pemain akan diumumkan selepas pertemuan dengan Hong Kong nanti.

“Kami perlu melakukan sesuatu pada perlawanan ini, ia bukan pemanas badan kerana turut membabitkan kedudukan ranking. Kami perlu bersedia sepenuhnya untuk perlawanan itu,” katanya.

Mengulas mengenai situasi dihadapi Pahang dalam saingan pusingan kedua Piala AFC, Dollah berharap ia dapat diselesaikan segera.

Tiga pemain Pahang, Khairul Azhan Khalid, Azamuddin Akil dan R Gopinathan turut berada dalam kem latihan pusat skuad negara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2015 @ 5:15 AM
 
DOLLAH (kanan) ketika sesi latihan skuad negara di padang Kompleks PKNS, semalam.

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/54405#sthash.7W2y0Q5H.dpuf

Gajah makan beg tangan

Bandipur (India): Sepasang suami isteri yang berhenti untuk merakam gambar seekor gajah dikejutkan dengan pengalaman lebih menakutkan selepas seekor gajah betina memasukkan belalainya ke dalam kereta mereka dan memakan beg tangan milik pelancong wanita itu.

Gajah itu menelan beg berkenaan dan seluruh isi di dalamnya termasuk buah, kad kredit, wang tunai dan barang kemas.

Kejadian berlaku di Taman Negara Bandipur di pantai barat India, kelmarin.

Menurut jurugambar Austin Cherupuzha yang merakam kejadian itu, pasangan berkenaan berhenti untuk melihat gajah betina dan anaknya.

Bagaimanapun, gajah itu menghampiri kereta mereka selepas pasangan itu mula mengambil gambar, memaksa kedua-duanya keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri.

Menurut wanita itu, gajah berkenaan mungkin kelaparan dan berminat dengan buah yang berada di dalam begnya.

Pakar veterinar, Dr Arun A Sha berkata, gajah itu pasti berdepan dengan masalah kesihatan yang membawa kepada pendarahan dalaman selepas memakan beg itu.

Kejadian berlaku walaupun pelawat ke taman itu diberi amaran supaya tidak berhenti untuk merakam gambar. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2015 @ 5:11 AM
 
GAJAH berkenaan menelan beg tangan dan keseluruhan isi di dalamnya.

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/54651#sthash.2UW7T4HP.dpuf

Insiden meludah Nazmi jadi viral


WARTAWAN SINAR HARIAN
31 Mei 2015
 Insiden meludah Nazmi jadi viral
Insiden meludah Nazmi jadi viral
GAMBAR tindakan pemain Bawah 23 Malaysia, Nazmi Faiz Mansor yang meludah pemain Timor Leste dalam perlawanan skuad bawah 23 negara (B23) kini menjadi viral menerusi media sosial.

Tindakan Nazmi yang kemudiannya disebarkan menerusi platform tersebut dikatakan menjadi bahan kutukan rata-rata peminat di laman sosial.

Di media sosial, orang ramai memberi pandangan masing-masing terhadap insiden itu dan pandangan itu diluahkan di laman Facebook HarimauMalaya.

Kebanyakan daripada pengguna melahirkan kata-kata sokongan ke atas tindakan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Nazmi.

Ekoran dari tindakannya, Nazmi kini digantung dua perlawanan.


Menurut kebanyakan pengguna laman sosial, perbuatan itu mencemari permainan Timor Leste dengan Malaysia yang hanya menang tipis 1-0 ke atas pasukan tersebut.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 31 Mei 2015

Sukan Sea: Malaysia sasar 56 pingat


24 Mei 2015

sukan sea

KONTINJEN  Malaysia ke Sukan Sea di Singapura‎ Jun ini menetapkan sasaran memperoleh 56 peratus pingat sebarang warna daripada 35 acara yang disertai atlet negara.
  
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata melalui sasaran itu, ia memberi gambaran lebih menyeluruh mengenai pembangunan sukan negara khususnya dalam kalangan atlet pelapis yang menyertai temasya dwitahunan itu.

"Kita jadikan Sukan Sea ini sebagai sukan pembangunan sebab hampir 50 peratus atau 310 atlet kontinjen negara terdiri daripada atlet pelapis bawah 21 tahun.

"Atlet di bawah 21 tahun ini, kalau dapat pingat perak atau gangsa sudah merupakan pencapaian yang membanggakan. Takkan kita hendak terlampau obses terhadap pingat emas sampai kita lupa pingat lain sedangkan ini adalah temasya pembangunan dan pendedahan kepada atlet muda," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Sukan Sea di Singapura dari 5 hingga 16 Jun ini.

Khairy berkata, beliau juga tidak menghalang mana-mana persatuan sukan untuk menetapkan sasaran pingat emas mereka sendiri berdasarkan kepada prestasi atlet berkenaan, namun diharap ia tidak mengabaikan pencapaian atlet lain khususnya atlet remaja.

Dalam pada itu, beliau berkata agak sukar untuk menetapkan sasaran pingat emas untuk temasya Sukan Sea kerana jenis sukan dalam temasya itu sentiasa berubah-ubah mengikut negara penganjur berbanding Sukan Asia, Komanwel dan Olimpik yang tidak banyak berubah dalam jenis acara.

"Sukan Sea ini sukan berubah-ubah. Kita tidak ada satu sasaran yang konsisten. Seperti di Myanmar, kontinjen kita menang banyak emas menerusi acara karate tapi kali ini acara itu digugurkan. Begitu juga boling padang dan lumba basikal trek dan beberapa acara yang kita pernah menang emas, tapi digugurkan (di Singapura)," katanya.

Sementara itu, Khairy turut menjelaskan walaupun tidak ada sasaran pingat emas ditetapkan pada temasya kali ini, namun pemberian Skim Hadiah Kemenangan Atlet (Shakam) tetap akan diberikan kepada atlet yang meraih pingat emas.

Selain insentif kemenangan itu, beliau berkata pingat emas juga menjadi kayu ukur pertama kepada atlet yang berjaya untuk diserapkan ke Program Podium yang menawarkan pakej latihan lebih baik dari segi sara hidup, jurulatih serta sokongan pakar sains sukan yang komprehensif.
  
"Pingat emas bukan syarat tunggal ke Program Podium tapi ia antara syarat menuju ke situ. Program ini akan mengutamakan pemenang emas yang menunjukkan potensi untuk menang pingat emas Sukan Asia, Komanwel dan Olimpik," kata Khariry.

Dalam perkembangan lain, beliau memuji skuad Lions XII yang berjaya membawa pulang Piala FA, yang buat kali pertamanya keluar dari Malaysia, selepas menewaskan pasukan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Katanya kemenangan itu boleh menjadi petanda agar Malaysia memberi lebih fokus kepada pembangunan pemain muda yang  betul-betul setanding negara lain.   

"Mereka bermain tanpa pemain import dan pemainnya masih muda yang kebanyakan di bawah 24 tahun. Memang kita tidak boleh buat kesimpulan terhadap bola sepak kita, sebab ia berlawan dengan satu pasukan sahaja iaitu Kelantan.

"Tapi di sini kita dapat lihat Singapura mampu membangun bakat muda mereka," katanya. – Bernama

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE

Skuad Kim Swee menang dalam gundah


MUHAMMAD DAYNE AZMIN DAN ZAZALI JAMIAN  |  31 Mei 2015 12:16 AM
Pemain Malaysia, Mohd. Syafiq Ahmad (tengah) cuba merebut bola
Pemain Malaysia, Mohd. Syafiq Ahmad (tengah) cuba merebut bola dari kawalan pemain Timor Leste, Rosa Ribeiro Paulo Helber dalam perlawanan Kumpulan B, Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan, Singapura semalam. MINGGUAN/Abdul Razak Latif

SINGAPURA - Perlawanan yang sepatutnya mudah dihadapi skuad Bawah 23 negara hampir menjadi mimpi ngeri apabila bermain dengan sepuluh orang hampir 60 minit ketika menang 1-0 ke atas Timor Leste dalam saingan sulung Kumpulan B Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan semalam.
Garang sepanjang setengah jam permainan, anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee dikejutkan dengan pemberian kad merah kepada tonggak tengah Mohd. Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-32 yang didakwa menumbuk dan cuba meludah Fi­lipe Oliveira.
Walaupun pada awalnya pengadil Foo Chuan Hui dari Si­ngapura tidak memberikan sebarang hukuman kepada Nazmi, namun mengubah tindakannya setelah dimaklumkan oleh pegawai keempat perlawanan Yousef Al-Marzouq yang mengesan insiden itu.
Ketiadaan Nazmi jelas mengganggu mental rakan-rakannya yang sebelum itu memecah kebuntuan pada pada minit ke-11 menerusi percubaan jarak dekat D. Saarvindran.
Nazmi akan digantung dua perlawanan dan tidak akan beraksi dalam perlawanan penting, berdepan Vietnam dan Thailand selepas ini.
Jaringan tunggal negara tercipta hasil kerja keras Muhd. Nurridzuan Abu Hassan yang membawa bola dari sebelah kiri dan Mohd. Syafiq Ahmad berjaya mengumpan kepada Saarvindran yang melakukan sepakan leret menewaskan penjaga gol Ramos Maxanches.
Pada minit ke-15, Syafiq sepatutnya boleh menggandakan kelebihan skuad negara ekoran kecuaian pertahanan Timor Leste namun percubaan penye­rang Kedah itu ditepis biarpun hanya berdepan penjaga gol.
Ketandusan jaringan memaksa Kim Swee melakukan rombakan, memasukkan S. Kumaahran dan Nazirul Naim Che Hashim 10 minit selepas babak ke­dua bermula.
Bagaimanapun, situasi itu tidak merubah corak permainan skuad negara yang kelihatan hilang punca pada penghujung permainan.
Malah, skuad negara bernasib baik apabila penjaga gol Mohd. Farhan Abu Bakar menyelamatkan dua percubaan berbahaya melalui sepakan jarak jauh.
“Saya percaya kita boleh bermain dengan baik jika beraksi de­ngan 11 pemain.
“Jika insiden melibatkan Nazmi Faiz berlaku seperti didakwa, sudah tentu saya amat kecewa. Buat masa ini saya masih belum melihat rakaman insiden tersebut.
“Jika dia boleh dikenakan penggantungan tambahan, saya akan arahkan dia balik kerana tiada sesiapa pemain bintang di dalam pa­sukan ini.
“(Namun) bagi saya kemenangan ini amat penting kepada pasukan biarpun menang tipis,” kata Kim Swee.
Sementara itu, jurulatih Timor Leste, Fabio Da Silva tetap berpuas hati dengan komitmen barisan pemainnya meskipun tewas kepada Malaysia.
“Walaupun kalah tetapi saya puas hati dengan komitmen pemain saya.
“Saya juga amat kecewa dengan insiden meludah dalam perlawanan ini kerana dalam bola sepak pemain tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian,” katanya. – MINGGUAN

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/skuad-kim-swee-menang-dalam-gundah-1.97416#sthash.peRfsx7C.dpuf

Harimau Muda jangan lakukan tindakan bodoh - Khairy


31 Mei 2015 1:03 PM
PUTRAJAYA 31 Mei - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengingatkan pemain Harimau Muda tidak melakukan tindakan bodoh yang boleh menjejaskan prestasi mereka ketika beraksi dalam perlawanan.
Mengulas mengenai Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang dibuang padang kerana didakwa meludah pemain lawan ketika menentang Timor Leste pada aksi pertama Kumpulan B Sukan SEA 2015 di Singapura malam tadi, katanya insiden tersebut amat dikesali.
"Pemain-pemain kita mestilah tahu apabila mereka bertindak seperti semalam, bukan hanya dapat kad merah dan sebagai individu tidak dapat sambung permainan tetapi yang lebih penting mereka akan mengecewakan pasukan sendiri dan negara.
"Bermain tanpa seorang pemain itu satu kelemahan dalam pasukan dan walaupun Harimau Muda itu pemain muda namun usia muda tidak bermaksud bahawa awak bodoh," tegasnya.
Khairy ditemui pemberita selepas menyertai lebih 10,000 peserta dalam acara larian TM Malaysia Fun Run anjuran Telekom Malaysia Bhd sebagai tanda sokongan buat atlet kebangsaan yang akan beraksi pada Sukan SEA ke-28 di Singapura dari 5 hingga 16 Jun.
Dalam perlawanan di Stadium Bishan malam tadi, susulan kehilangan seorang pemain kerana dibuang padang, pasukan Malaysia mempamerkan aksi tempang dengan 10 pemain dan hanya menang tipis 1-0 ke atas Timor Leste. - BERNAMA

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-muda-jangan-lakukan-tindakan-bodoh-khairy-1.97532#sthash.gqpB50fo.dpuf

Saturday 30 May 2015

Malaysia sekadar menang tipis


 
SKUAD muda negara perlu meningkatkan lagi mutu permainan untuk melepasi cabaran Kumpulan B setelah sekadar menang 1-0 ke atas Timor Leste malam tadi.

SINGAPURA – Skuad bola sepak Sukan SEA negara menewaskan Timor Leste 1-0 pada perlawanan pertama temasya tersebut yang berlangsung di Stadium Bishan malam tadi.

Pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee berjaya mempamerkan penguasaan seawal permainan dimulakan dengan beberapa gerakan dan percubaan berbahaya.

Muhammad Nurizwan Abu Hassan seharusnya meletakkan Malaysia di depan seawal minit ketiga, namun rembatan kencangnya terkena pertahanan sebelum terkeluar.

Bagaimanapun, pemain sayap D. Saarvindran berjaya menebus kekecewaan tersebut pada minit ke-11 apabila rembatan kaki kirinya selepas menerima umpanan Muhammad Syafiq Ahmad berjaya menggegarkan jaring lawan untuk Malaysia mendahului dengan satu gol.

Ketika skuad negara ghairah untuk menambah jaringan, mereka dikejutkan dengan insiden layangan kad merah kepada pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-31.

Pengadil dari Singapura, Foo Chuan Hui mengarahkan pemain tersebut keluar padang selepas didakwa meludah pemain Timor Leste, Filipe Oliveira sebelum itu.


Syafiq (tengah) cuba melepasi pemain Timor Leste, Sabas Victor Jorge (kiri) pada saingan Kumpulan B bola sepak Sukan SEA 2015 di Singapura malam tadi.

Babak kedua permainan menyaksikan corak hambar dipamerkan kedua-dua pasukan dan skuad negara nyata terkesan dengan kehilangan seorang pemain apabila terpaksa memilih untuk bermain secara bertahan.

Bagaimanapun, beberapa serangan balas pantas pemain negara kerap mencemaskan kubu Timor Leste termasuk tandukan Mohammed Amer Saidin pada minit ke-73 selepas menerima bola hasil sepakan penjuru, namun hanya singgah di palang gol.

Timor Leste mendapat peluang terbaik melalui sepakan percuma dari jarak 25 meter tetapi sepakan ketua pasukan, Anggisu Barbosa berjaya ditepis penjaga gol, Mohd. Farhan Abu Bakar.

"Kami bermain baik tetapi susah untuk mendapatkan gol apabila bermain 10 orang. Saya tidak boleh menerima tindakan Nazmi yang secara jelas mengubah rentak pasukan.

"Saya kecewa dan tidak akan bertolak ansur mengenai perkara ini (kad merah Nazmi) tetapi saya gembira kami meraih tiga mata, keputusan perlawanan tidak penting.

"Seramai 10 pemain di atas padang menjalankan tugas dengan baik. Mereka benar-benar mahukan tiga mata ini biarpun terpaksa menampung kekurangan seorang pemain," ujar Kim Swee.

Jurulatih Timor Leste, Fabio Joachim Da Silva pula berkata; "Walaupun kalah tetapi saya gembira dengan persembahan para pemain kerana mereka melakukan setiap perancangan kami.

"Kami melepaskan gol mudah tetapi susah untuk menembusi benteng pertahanan yang dibarisi empat atau lima pemain Malaysia."

Selepas ini Malaysia akan menentang Vietnam di venue sama Selasa ini diikuti Thailand (4 Jun), Brunei (8 Jun) dan Laos (11 Jun).

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0531&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz3bgLk3Ra5 Hakcipta terpelihara

Sekadar satu jaringan

Sekadar satu jaringan
 
PEMAIN negara, Muhammad Nurizwan Abu Hassan (dua dari kanan) cuba melepasi empat pemain Timor Leste pada saingan Kumpulan B Sukan SEA Singapura di Stadium Bishan malam tadi.

KEM bola sepak negara perlu membuat lebih banyak `kerja rumah' setelah sekadar mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Timor Leste dalam saingan Kumpulan B di Stadium Bishan, Singapura malam tadi.

Mutu permainan skuad muda negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee perlu ditingkatkan bagi memberi saingan sengit ke atas juara bertahan Thailand serta Vietnam yang ghairah menjaringkan enam gol tanpa balas ke atas Laos dan Brunei pada aksi pertama kelmarin.

Gol tunggal skuad negara dihasilkan oleh D. Saarvindran pada minit ke-11 dan pemain Pahang itu turut melepaskan beberapa peluang untuk menambah jaringan.

Aksi skuad muda negara kemudian tempang apabila pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Foo Chuan Hoi pada minit ke-31 setelah didakwa meludah pemain lawan, Filipe Oliveira.

Pada aksi kedua Malaysia akan berdepan saingan Vietnam Selasa ini, diikuti cabaran sukar menentang

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0531&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3bfvzvMwG Hakcipta terpelihara

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA 1-0 TIMOR LESTE


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia    Timor Leste
m-11 D.Saavindran
PEMAIN MALAYSIA
01 MOHD FARHAN ABU BAKAR
06 D SAAVINDRAN
07 MUHAMMAD NAZMI FAIZ MANSOR
09 SYAFIQ AHMAD
12 GARY STEVEN ROBBAT
16 MD NURIDDZUAN ABU HASSAN
17 FANDI OTHMAN
25 ADAM NOR AZLIN
26 MD AMER SAIDIN
28 MD AZRUL HISYAM
29 MATTHEW DAVIES
PEMAIN GANTIAN
20 S.KUMAHRAN
21NAZIRUL NAIM

08 SAIFUL RIDUAN SELAMAT

Dollah dalam dilema umum senarai 23 pemain KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya

JUMAAT, 29 MEI 2015 @ 9:05 PM
Dollah Salleh. - Foto Osman Adnan PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh mengakui dalam keadaan dilema untuk mengumumkan senarai akhir 23 pemain bagi menghadapi saingan Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018. Beliau berkata kesemua pemain disenaraikan sebelum ini, mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur FC di Stadium Shah Alam pada Rabu lalu yang menyaksikan Pilihan Malaysia kalah 1-2. Terbaharu, Dollah memanggil pemain ke-31 iaitu pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd Nazrin Nawi yang melapor diri kepadanya untuk sesi latihan skuad berkenaan di Padang PKNS, Kelana Jaya, hari ini.

 "Saya berhasrat menggugurkan beberapa pemain selepas aksi menentang Spurs tempoh hari, tetapi saya agak sukar hendak buat keputusan kerana masing-masing menepati apa yang saya mahukan. "Saya terpaksa buat pemilihan semula. Kita ada 31 pemain, masa yang ada pun agak suntuk tapi saya harap dapat menyenaraikan 23 pemain terbaik nanti," kata Dollah kepada pemberita selepas sesi latihan skuad berkenaan. Dalam pada itu, Dollah menyifatkan perlawanan persahabatan antarabangsa A menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam, 6 Jun ini, penting dalam usaha menaikkan semula ranking Malaysia yang berada pada kedudukan ke-166 dunia dalam ranking terbaharu FIFA.

Selain itu, katanya perlawanan menentang pasukan Asia Timur itu adalah medan terbaik bagi memilih 23 pemain akhir ke pusingan kelayakan itu yang turut dijadikan Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019. Malaysia dijadual menentang Timor Leste pada 11 Jun ini, sebelum berdepan Palestin, lima hari kemudian dengan kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sementara itu, penyerang Selangor Afiq Azmi bertekad merebut tempat dalam senarai akhir 23 pemain walaupun sedar saingan sengit untuk mengisi posisi berkenaan daripada beberapa pemain berpengalaman seperti pemain Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha dan pemain JDT Mohd Safee Mohd Sali.

Afiq, 26, sebelum ini digugurkan pada aksi menentang Spurs kerana Dollah dikatakan mahu memberi peluang kepada penyerang import Terengganu, Paulo Rangel dari Brazil untuk perlawanan persahabatan berkenaan. "Kalau diberi peluang (beraksi), saya akan berusaha memberikan persembahan terbaik pada Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018. Saingan agak sengit, namun saya bersedia untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan," kata pemain tinggi lampai kelahiran Kangar, Perlis itu. - BERNAMA


SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/57980

TERKINI MASA KEDUA MALAYSIA 1-0 TIMOR LESTE


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia    Timor Leste
m-11 D.Saavindran
PEMAIN MALAYSIA
01 MOHD FARHAN ABU BAKAR
06 D SAAVINDRAN
07 MUHAMMAD NAZMI FAIZ MANSOR
09 SYAFIQ AHMAD
12 GARY STEVEN ROBBAT
16 MD NURIDDZUAN ABU HASSAN
17 FANDI OTHMAN
25 ADAM NOR AZLIN
26 MD AMER SAIDIN
28 MD AZRUL HISYAM
29 MATTHEW DAVIES
PEMAIN GANTIAN
20 S.KUMAHRAN
21NAZIRUL NAIM

08 SAIFUL RIDUAN SELAMAT

MALAYSIA 1-0 TIMOR LESTE


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia    Timor Leste
m-11 D.Saavindran
PEMAIN MALAYSIA
01 MOHD FARHAN ABU BAKAR
06 D SAAVINDRAN
07 MUHAMMAD NAZMI FAIZ MANSOR
09 SYAFIQ AHMAD
12 GARY STEVEN ROBBAT
16 MD NURIDDZUAN ABU HASSAN
17 FANDI OTHMAN
25 ADAM NOR AZLIN
26 MD AMER SAIDIN
28 MD AZRUL HISYAM

29 MATTHEW DAVIES

MALAYSIA 0-0 TIMOR LESTE

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia    Timor Leste
PEMAIN MALAYSIA
01 MOHD FARHAN ABU BAKAR
06 D SAAVINDRAN
07 MUHAMMAD NAZMI FAIZ MANSOR
09 SYAFIQ AHMAD
12 GARY STEVEN ROBBAT
16 MD NURIDDZUAN ABU HASSAN
17 FANDI OTHMAN
25 ADAM NOR AZLIN
26 MD AMER SAIDIN
28 MD AZRUL HISYAM
29 MATTHEW DAVIES


JADUAL BOLASEPAK SUKAN SEA KUMPULAN B


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

MALAYSIA  LAWAN TIMOR LESTE

JAM 8.00 MALAM

SIARAN LANGSUNG ASTRO ARENA 802


KEPUTUSAN BOLASEPAK SUKAN SEA KUMPULAN B


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

VIETNAM  6-0 BRUNEI


THAILAND 6-0  LAOS

Friday 29 May 2015

Buka mata!

Oleh Mohd Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Di sebalik kekalahan tipis 1-2 skuad Pilihan Malaysia kepada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Tottenham Hotspur, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar melontarkan 1,001 persoalan yang harus dijawab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai faedah dan kelebihan diraih pasukan kebangsaan selepas berakhirnya aksi itu Rabu lalu.
Dilabel sebagai aksi ‘sarkas’, sambutan dingin dan ala kadar daripada peminat jelas memberi isyarat langkah FAM mengatur perlawanan persahabatan itu dengan sanggup mengorbankan kerancakan Liga Malaysia (Liga-M), benar-benar ditolak penyokong tempatan.
“Saya rasa FAM sudah boleh jawab apakah kelebihan yang kita peroleh dengan aksi persahabatan itu? Lagipun aksi itu sudah berlangsung, memang sesuai untuk FAM jawab dari segi pengalaman, pendedahan dan juga kutipan tiket, sama ada perlawanan itu berbaloi.
“Kita boleh andaikan sebelum perlawanan itu ia dapat berikan pendedahan kepada pemain, jadi adakah apa yang dihasratkan itu tercapai,” katanya ketika ditemui pada Kempen Yang Hebat Dahagakan Cabaran 100PLUS bersama legenda bola sepak dunia Pele dan Oscar di Pusat Konvensyen KLCC, di sini, semalam.
Jelasnya, FAM seharusnya lebih peka dan serius dalam mencari aksi persahabatan yang boleh membawa banyak kebaikan kepada skuad negara berbanding hanya menguntungkan sesetengah pihak saja.
“FAM perlu melakukan kerja rumah serta analisis secara menyeluruh sebelum menganjurkannya. Kita tidak mahu perjalanan liga diganggu bagi tujuan aksi seperti itu yang tidak membawa kebaikan langsung. Saya rasa mereka perlu lebih serius di masa depan sebelum anjurkan aksi seumpama itu,” katanya.
Dalam perlawanan yang disaksikan lebih 28,000 penonton itu skuad kendalian Dollah Salleh yang kini sibuk melakukan persiapan bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019, turun menentang Spurs dengan diperkuatkan lima pemain import Paulo Rangel, Guilherme De Paula, Ashfaq Ali, Robert Cornwaithe dan Thiago Junior Aquino.
Namun dua gol penyerang antarabangsa England, Harry Kane sudah cukup memberikan kemenangan buat anak buah Mauricio Pochettino walaupun pasukan tuan rumah membalas menerusi gol pertahanan Perak dari Brazil Junior.
Ketika ditanya mengenai aksi pertama skuad Harimau Muda bertemu Timor Leste dalam saingan Sukan SEA Singapura hari ini, Khairy mahu pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu meraih tiga mata penuh.
“Esok mesti menang. Timor Leste bukan musuh tradisi kita dalam bola sepak. Walaupun saya tidak memandang ringan keupayaan mereka, kita sepatutnya tidak ada masalah dengan perlawanan itu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2015 @ 5:20 AM

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/54432#sthash.je4aEBSo.dpuf

Dollah ‘pening’


Kelana Jaya: Pengendali Harimau Malaya Dollah Salleh mengakui masih ‘pening’ memilih pemain bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Timor Leste dan Palestin bulan depan.
Namun, ia sesuatu yang positif baginya apabila 31 pemain dipanggil untuk kem latihan pusat bagi menghadapi aksi persahabatan menentang Hong Kong, Sabtu depan termasuk pemain sayap Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Nazrin Nawi dengan namanya hanya diumumkan petang semalam.
“Jumlah seramai ini memang sukar, namun saya terpaksa. Mereka mempamerkan prestasi yang saya inginkan dan mengikut arahan. Sebab itu saya kekalkan pemain yang dipanggil pada fasa pertama.
“Saya perlu melakukan pemilihan semula walaupun sukar kerana kekangan masa. Namun, ia petanda positif untuk pasukan,” katanya pada sesi latihan petang semalam.
Seramai 23 pemain akan diumumkan selepas pertemuan dengan Hong Kong nanti.
“Kami perlu melakukan sesuatu pada perlawanan ini, ia bukan pemanas badan kerana turut membabitkan kedudukan ranking. Kami perlu bersedia sepenuhnya untuk perlawanan itu,” katanya.
Mengulas mengenai situasi dihadapi Pahang dalam saingan pusingan kedua Piala AFC, Dollah berharap ia dapat diselesaikan segera.
Tiga pemain Pahang, Khairul Azhan Khalid, Azamuddin Akil dan R Gopinathan turut berada dalam kem latihan pusat skuad negara.

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/54405#sthash.rzeZRsKL.dpuf

Felda dituduh ah long menang saman


FELDA difitnah Mazlan dengan digambarkan sebagai ah long bagi merosakkan reputasi dan merendahkan imejnya dalam kalangan peneroka. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman serta Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku bertajuk Felda...Dulu Tolong Sekarang Along diperintah membayar ganti rugi dan kos yang kesemuanya berjumlah RM500,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) setelah didapati memfitnah konglomerat perladangan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam, memutuskan, kandungan buku itu adalah memfitnah sebelum memerintahkan Mazlan serta Angkatan Edaran membayar ganti rugi am dan teruk sebanyak RM350,000 kepada Felda selain RM150,000 sebagai kos guaman.

Dalam saman yang difailkan pada 20 Julai 2009, Felda selaku plaintif menamakan Mazlan, Anak dan Angkatan Edaran Enterprise sebagai defendan pertama hingga ketiga selepas menerbitkan buku tersebut pada tahun 2008 yang dijual pada harga RM10.

Namun begitu, tindakan saman terhadap Anak telah ditarik balik oleh Felda pada 9 Mei lalu 2013.

Felda memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku itu apabila mendakwa, tajuk buku tersebut membawa maksud Felda adalah ah long atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0530&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3bZtfBfjG Hakcipta terpelihara