WARTAWAN SINAR HARIAN
31 Mei 2015
Insiden meludah Nazmi jadi
viral
GAMBAR tindakan pemain Bawah 23
Malaysia, Nazmi Faiz Mansor yang meludah pemain Timor Leste dalam perlawanan
skuad bawah 23 negara (B23) kini menjadi viral menerusi media sosial.
Tindakan Nazmi yang kemudiannya
disebarkan menerusi platform tersebut dikatakan menjadi bahan kutukan rata-rata
peminat di laman sosial.
Di media sosial, orang ramai
memberi pandangan masing-masing terhadap insiden itu dan pandangan itu
diluahkan di laman Facebook HarimauMalaya.
Kebanyakan daripada pengguna
melahirkan kata-kata sokongan ke atas tindakan pengadil yang melayangkan kad
merah kepada Nazmi.
Ekoran dari tindakannya, Nazmi
kini digantung dua perlawanan.
Menurut kebanyakan pengguna
laman sosial, perbuatan itu mencemari permainan Timor Leste dengan Malaysia
yang hanya menang tipis 1-0 ke atas pasukan tersebut.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 31 Mei 2015
No comments:
Post a Comment