AHAD, 31 MEI 2015 @ 8:32 AM
LONDON:Penyandang juara, Arsenal mempertahankan
Piala FA apabila menewaskan Aston Villa 4-0 pada pertembungan final di Stadium
Wembley, awal pagi tadi. Barisan Arsene Wenger meledak untuk gol pembukaan
menerusi Theo Walcott pada minit ke-40. Kecemerlangan Arsenal diteruskan sebaik
babak kedua bermula untuk tiga lagi gol menerusi Alexis Sanchez (m-50), Per
Mertesacker (m-62) dan Olivier Giroud (m-90) untuk memastikan rekod kemenangan
Arsenal kali ke-12 merebut piala itu. -
AFP ARSENAL berjaya mempertahankan Piala
FA selepas menewaskan Aston Villa di Stadium Wembley. - Foto AFP
Sumber:
http://www.bharian.com.my/node/58241
No comments:
Post a Comment