Ad

Monday 18 May 2015

Kombinasi pemain dapat tingkat kualiti Harimau Malaya

ISNIN, 18 MEI 2015 @ 3:36 PM
 Kombinasi pemain dapat tingkat kualiti Harimau Malaya
- Cornthwaite CORNTHWAITE (tengah) bersama rakan sepasukan ketika seisi latihan bagi persiapan perlawanan Liga Super 2015 di Padang SUK selepas diberi berehat selama seminggu. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat KUALA LUMPUR:
Kombinasi pemain import dan tempatan dalam skuad pilihan Malaysia akan meningkatkan kualiti pasukan itu apabila menentang Tottenham Hotspur dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, 27 Mei ini. Pemain Selangor, Robert Cornthwaite, salah seorang daripada lima pemain import dalam skuad negara itu, berkata Malaysia mempunyai pemain berbakat dan pemain import boleh menambahkan lagi kualiti permainan. Selain Cornthwaite, empat lagi pemain import dalam senarai Dollah Salleh ialah Guiherme De Paula (Selangor), Ali Ashfaq (PDRM), Paulo Rangel (Terengganu) dan Nam Kung Woong daripada pasukan Liga Super Perak. Cornthwaite, pemain pertahanan dari England dengan ketinggian 1.95 meter itu, berkata dia bangga bersama-sama dengan pemain tempatan dalam mengikut latihan bagi menghadapi pertemuan dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

 "Saya amat terhutang budi untuk mendapat peluang ini. "Saya tidak pernah bermain dalam Liga EPL...mungkin ini peluang sekali dalam seumur hidup untuk saya," katanya kepada pemberita selepas menjalani ujian kecergasan bersama-sama dengan skuad negara di Institut Sukan Negara (ISN), di sini hari ini. Cornthwaite turut menolak kritikan sesetengah pihak bahawa pertemuan dengan Spurs adalah semata-mata 'satu perlawanan sarkas' dengan kehadiran pemain import dalam skuad pilihan Malaysia.

"Mungkin ada pandangan negatif mengenai penggunaan khidmat lima tenaga import dalam pasukan tetapi saya akan bukti kepada Malaysia apa yang boleh saya lakukan. "Perlawanan ini bukan mudah tetapi kami akan memberi kesungguhan 100 peratus untuk memperoleh keputusan yang baik," kata pemain berusia 29 tahun itu. Sementara itu penyerang pasukan Selangor, Muhammad Afiq Azmi berazam mahu memberikan aksi terbaik dalam latihan serta perlawanan untuk sekali lagi terpilih menyertai skuad negara pada pusingan kelayakan Piala Asia 2019. "Saya harap dapat meyakinkan jurulatih (Dollah) untuk menyertai skuad kebangsaan dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2019. "Persaingan memang hebat dalam kalangan pemain Malaysia yang lain. Saya akan cuba untuk mendapat tempat dalam skuad kebangsaan," kata Muhammad Afiq. - BERNAMA

SUMBER: http://www.bharian.com.my/node/55614

No comments:

Post a Comment