BERKUAT kuasa hari ini harga
semua jenis minyak naik 10 sen seliter. – Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Harga runcit
petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Jun 2015 naik 10 sen seliter berkuat
kuasa hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.
Beliau berkata, dengan
pengumuman itu harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter)
manakala diesel (RM2.05 seliter).
"Harga tersebut berkuat
kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Jun ini," kata beliau ketika dihubungi di sini
semalam.
Kali terakhir kenaikan harga
minyak ialah pada bulan Mac lalu apabila kerajaan mengumumkan harga runcit bagi
petrol RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak 25 sen seliter berdasarkan kaedah
pengapungan terkawal.
Kenaikan itu menjadikan harga
runcit yang ditetapkan bagi RON95 ketika itu RM1.95 seliter, RON97 (RM2.25
seliter) manakala diesel (RM1.95 seliter).
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0601&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3blFsLa9M
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment