OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Pengenalan : abad ke-18M, Mesir
sebahagian wilayah empayar Uthmaniyah. Sepanjang abad ke-17 dan ke-18M, Mesir
mengalami beberapa konflik politik akibat perebutan kuasa antara pemerintah tempatan.
Penaklukan Perancis
Pada akhir abad ke-18, Perancis
telah menawan Mesir.Peristiwa ini berlaku pada tahun 1798. Ekspedisi
ketenteraan ini diketuai oleh Napoleon Bonaparte berikutan tercetusnya Revolusi
Perancis.
Walau bagaimanapun, penguasaan
Perancis ke atas Mesir tidak lama, iaitu hanya sekitar tiga tahun sahaja.Perancis
kemudiannya dapat diusir keluar dari Mesir oleh tentera Uthmaniyah dengan bantuan
Britain pada tahun 1801.Pendudukan Perancis di Mesir membuka senario baharu
kerana ia merupakan kuasa Barat pertama yang menceroboh Mesir.[1]
Walaupun penguasaan Perancis hanya sekitar
tiga tahun sahaja,namun kesan jangka panjangnya telah berjaya mengubah demografi
politik Mesir. Penaklukan Perancis ke atas Mesir 1798 - 1801M meninggalkan
kesan mendalam dalam bidang ekonomi,politik, sosial dan pemikiran rakyat Mesir.
Penaklukan ini merupakan peristiwa penting yang mengubah landskap sosiopolitik
Mesir. Konsep modenisme dan sekularisme meresap dalam pemikiran rakyat.
Ia juga telah membawa kepada kejayaan penjajahan
Britain ke atas Mesir pada tahun 1882. Sebelum ini, Britain pernah cuba
menjajah Mesir pada tahun 1807, namun usaha tersebut tidak berjaya.Selama tiga
tahun Perancis di Mesir, beberapa perubahan telah dilakukan. Antaranya adalah
seperti berikut:
(a) membuka kilang senjata.
(b) mengadakan perkhidmatan
percetakan.
(c) menggalakkan pengkajian sains,
termasuk menghantar para pelajar Mesir untuk belajar di Barat.
Sejaktahun 1879, Britain dan Perancis
semakin giat mencampuri hal ehwal Mesir, terutama yang berkaitan dengan soal
kewangan.Isu hutang yang dihadapi oleh Mesir dijadikan alasan untuk campur
tangan. Namun, sebenarnya perhatian kuasa Eropah adalah tertumpu pada Terusan
Suez.
Zaman pemerintahan Muhammad Ali Pasha di Mesir.
Gerakan memisahkan Mesir dari
Turki Uthmaniyyah. Meletus dua siri peperangan Mesir - Turki pada 1832-1833M
dan 1839-1840M. Mesir mencapai kemenangan hasil bantuan Perancis.
Penaklukan British ke atas Mesir pada 1882 - 1918M.
Sebelumnya, berlaku perjanjian
memorandum Mesir dengan British pada 1840M melalui Konvensi Alexandria.Perjanjian
ini menyebabkan Mesir secara perlahan-lahan terpaksa menerima kehadiran
British. Konsesi pembinaan Terusan Suez yang diberikan kepada Perancis pada
1857 menambahkan curiga British terhadap Perancis dan Mesir.Kemerosotan ekonomi
mendorong Mesir menjual saham
Terusan Suez kepada British.
Sejak itu, British mulai mencampuri politik dan ekonomi serta hal ehwal Mesir.British
terus melaksanakan misi ketenteraan di Mesir hingga berjaya menguasai Kaherah
pada 1882. Bermula penjajahan British di Mesir.
Penjajahan Britain
Penjajahan Britain merujuk
kepada kekalahan tentera Mesir ditangan British pada bulan September 1882.
Bermula pada tahun 1914-1918, Britaian mempunyai pengaruh yang kuat di
Mesir.Pentadbiran Britain di Mesir pada peringkat awal dipelopori oleh Lord
Cromer yang dilantik sebagai Consul General antara tahun 1883-1907. Dasar pecah
dan perintah yang dilaksanakan oleh British membawa jurang yang besar kepada
masyarakat Mesir.
Mereka yang mendapat pendidikan Barat
terpisah dari segi sikap dan pemikiran yang berteraskan kebudayaan tempatan
yang didukung oleh ulamak dan juga rakyat biasa.
Pentadbiran ekonomi yang teruk,
sikap tamak pemerintah yang menaikkan cukai sesuka hati, dasar
menjadikan tanah milik negara
dan kerahan tenaga menyebabkan rakyat Mesir menderita. Golongan ulama memimpin
gerakan rakyat menentang kezaliman kerajaan.
Perjuangan kebebasan Mesir
Penaklukan perancis ke atas Mesir
mencetuskan beberapa pemberontakan rakyat yang mewujudkan situasi politik yang
tidak stabil. Antaranya, pemberontakan pimpinan Syeikh Muhammad sadat ekoran
Majlis Syura al-Azhar membuat
keputusan melancarkan jihad.
Gerakan penentangan
Faktor agama merupakan faktor
utama kebangkitan menentang Perancis. Muncul Gerakan Islah oleh tokoh-tokoh
pemikir Islam seperti Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Gerakan
Islah ini berhadapan dengan arus sekularisasi Barat. Muncul gerakan dakwah diMesir
seperti al-Ikhwan al-Muslimun yang lebih tersusun
Gerakan
Kolonel Urabi Pasha l88l - 1882M :
gerakan menuntut kemerdekaan
Mesir. Dikenali sebagai pemberontakan Urabi. Gerakan ini menjadi tonggak kepada
semangat nasionalisme Mesir. Awal perjuangan, gerakan ini adalah sebuah gerakan
anti orang asing (perancis, British danTurki). Namun, akhimya gerakan ini
menuntut perubahan
dalam pentadbiran dan pemerintahan.
British menyerang Urabi Pasha kerana ia mengancam kedudukan British di Mesir
dan berjaya mengalahkan Arabi pasha.Urabi Pasha telah dibuang ke Sri Langka.
Syeikh Muhamad Abduh turut diusir keluar dari Mesir.
Gerakan Islah
Gerakan pemulihan Islam yang dipelopri oleh
Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. ciriciri
utama gerakan ini termasuk
gagasan al-Jamiah al-Islamiah (Pan Islamisme) dan perjuangan kemerdekaan.Kesemua
idea dan program islah dilaksanakan melaluipelbagai kaedah termasuk melalui
proses pengajaran, pidato dan media massa (majalah dan akhbar) serta karya-karya ilmiah.
Gerakan Islah juga dilakukan melalui jawatan-jawatan yang disandang.
Kempen-kempen yang dijalankan oleh tokoh-tokoh ini membangkitkan semangat
perasaan anti-penjajah.
Revolusi 1919M –
Tamatnya Perang Dunia Pertama memperlihatkan
semangat nasionalisme rakyat Mesir terus berkobar. Muncul Parti Wafd 1919
pimpinan Saad Zaghlul Pasha yang berjuang menuntut kemerdekaan
penuh.Penangkapan Saad Zaghlul membangkitkan revolusi besar menentang British
di seluruh Mesir.
Kemerdekaan Mesir
Akhirnya British terpaksa mengeluarkan
Deklarasi Unilateral 1922 yang memberi kemerdekaan separa penuh Mesir. Britain
mengistiharkan kemerdekaan Mesir pada 22.2.1922. Kerajaan baru yang ditubuhkan
bersifat raja berperlembagaan. Pilihanraya pertama diadakan dan Saad Zaghlul
dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1927. Tetapi pentadbiranya hanya
berlangsung dalam tempoh yang singkat. Antara tahun 1922-1936 pola yang sama
berlaku, iaitu raja membubar parlimen dan pilihan raya diadakan yang selalunya
membawa kemenagan kepada Parti Wafd. !927 Saad Zaghlul meninggal dunia dan
Parti Wafd mula lemah. Golongan nasionalis
tetap menentang deklarasi ini kerana menuntut kemerdekaan penuh. 1932 Mesir
beroleh kemerdekaan penuh. Pada tahun 1952 golongan nasionalis mengguling Raja Faouk yang zalim, korup dan bersekongkol
dengan Britain. Revolusi ini dipimpin oleh Jeneral Muhamad Naguib. Kekuasaan
British berjaya diruntuhkan sepenuhnya pada 1952M. Mesir menjadi sebuah
republik pada tahun 1953.
Gerakan Islah Ikhwanul Muslimin –
Sebahagian senario politik Mesir
hasil daripada reaksi rakyat tempatan terhadap penjajahan Barat serta kejatuhan
khilafah Uthmaniyyah di Turki. Dipelopori dan ditubuhkan oleh Hassan al-Banna
pada 1928.
Matlamat awal untuk
menggulingkan penguasaan British di Mesir dan menyelamatkan rakyat daripada
pengaruh pemikiran Barat. Menerbitkan majalah al-Manar untuk menyampaikan idea
perjuangan. Peringkat awal menumpukan kepada isu-isu keagamaan, pendidikan dan
khidmat kepada masyarakat. Peringkat seterusnya perjuangan politik dengan
menganjurkan protes kepada kerajaan Mesir bagi menentang kezaliman dan
idea-idea sekular kerajaan yang boleh melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan
nilai moral tradisional.
Perjuangan Ikhwanul Muslimin
amat tersusun dan konsisten meskipun ramai ahlinya dipenjara dan dibunuh. Pada
1946 - 1948M, gerakan Ikhwanul Muslimin mengisytiharkan perang terhadap
British. Gerakan ini diharamkan oleh kerajaan Mesir atas tuduhan merancang
pemberontakan menjatuhkan
Kerajaan British.
[1]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 187..
No comments:
Post a Comment