TEMA 3
3.2 Reaksi masyarakat tempatan
Sejak abad
ke-16, negara-negara Eropah giat melaksanakan perluasan kuasa mereka.
Penjelajahan dan penerokaan kuasa Eropah seperti Portugal, Sepanyol, Belanda,
Perancis dan Britain mengakibatkan kawasan-kawasan di Benua Afrika, Asia dan
Amerika menjadi jajahan takluk negara-negaraBarat. Menjelang abad ke-19, orang-orang
Eropah mengalihkan perhatian mereka kepada empayar Turki Uthmaniyah. Mereka
ingin menguasai wilayah-wilayah Eropah yang ada di bawah penguasaan kerajaan
Turki Uthmaniyah.Empayar ini diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 128 l.
Kerajaan Turki Uthmaniyah yang dipimpin oleh 37 orang khalifah selama lebih 600
tahun mula merosot pada abad ke-20. Kemerosotan empayar ini adalah kerana dasar
perluasan kuasa negara-negara Barat yang didorong oleh beberapa faktor.
Antara faktor
perluasan kuasa Barat ialah persaingan antara negara-negara Eropah.
Negaranegara seperti Britain, Perancis, Jerman, Austria-Hungary dan Rusia
berlumba-lumba untuk merebut wilayah-wilayah empayar Turki Uthmaniyah.Keluasan
tanah jajahan membangunkan kekuatan negara-negara Barat. Semakin luas tanah
jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diberikan. Perancis telah menceroboh dan
menakluki Algeria dan Tunisia. Pemimpin Kerajaan Turki Uthmaniyah tidak dapat
mempertahankan kawasan ini kerana masalah dalaman. Rusia juga berperang dengan
Kerajaan Turki Uthmaniyah untuk mendapatkan wilayah-wilayah di kawasan Balkan.
Britain pula menguasai Mesir dan Teluk Arab. Britain juga mengadakan perjanjian
dengan penguasa wilayah Kuwait dan Amerika untuk menentang pemimpin Keraj aan
Turki Uthmaniyah.
Revolusi
Perindustrian telah mendorong perluasan kuasa Barat di Turki Uthmaniyah. Sektor
perindustrian berkembang pesat pada abad ke-18. Penciptaan enjin berkuasa wap,
perlombongan arang batu dan kemajuan dalam sistem pengangkutan merancakkan lagi
Revolusi Perindustrian. Kekayaan sumber dari tanah jajahan memenuhi keperluan
kilang-kilang. Perdagangan antarabangsa juga berkembang pesat akibat sistem
kewangan yang dinamik. Pinjaman kredit kepada golongan usahawan dan pemodal
mendorong perluasan kuasa. Pemodal-pemodal Eropah banyak melabur di Afrika
Utara dengan terlibat dalam sektor pertanian, perlombongan dan penyediaan jalan
raya dan jalan kereta api. Perluasan kuasa Barat di wilayah-wilayah boleh
membawa keuntungan yang besar untuk penjajah Barat.
Selain itu, pembinaan Terusan Suez juga
mendorong perluasan kuasa Barat. Kuasa-kuasa Barat telah menguasai terusan ini
kerana terusan ini merupakan jalan perdagangan laut yang paling penting pada
masa itu. Tidak dapat dinafikan bahawa perdagangan antarabangsa berkembang
pesat kerana laluan. perdagangan dipendekkan dan dapat menjimatkan kos. British
berjaya menguasai terusan ini dengan membeli 45 peratus jumlah saham syarikat
awam yang membina terusan ini. British membeli saham ini daripada Khedif Ismail,
iaitu Gabenor Mesir yang hampir muflis. Dengan memiliki Terusan Suez, British
dapat meluaskan kuasanya di Mesir.
Keperluan
terhadap sumber bahan mentah, iaitu petroleum juga menyebabkan perluasan
kuasa.Kawasan Turki Uthmaniyah kaya dengan petroleum. Sumber ekonomi ini
mendorong kuasa-kuasa Barat menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan konsesi
melombong petroleum. Britain, Perancis dan Jerman menggunakan muslihat dan tipu
helah untuk mencapai impian mereka. Sultan Abdul Hamid II kehilangan takhta
baginda kerana isu cari gali minyak petroleum. Pada awal abad ke-20, petroleum
ditemui di Iran, Iraq, Arab Saudi,Kuwait dan Bahrain. Penemuan ini menimbulkan
persaingan dan konflik attara kuasa-kuasa Barat. Jerman danAmerika Syarikat
juga mula melibatkan diri dalam perluasan kuasa di Turki Uthmaniyah.
Kuasa Barat
mengagumi para tokoh yang menerima baik konsep hidup moden dan menganggap
Kerajaan Turki Uthmaniyah yang menolak konsep modenisme sebagai manusia yang
kolot dan mundur. Kuasa-kuasa Barat ini menguatkan lagi konsep modenisme
melalui sistem pendidikan dan komunikasi. Negara-negara Barat ini juga memburukkan
Islam sebagai agama yang ketinggalan zaman . Mereka juga ingin meruntuhkan
empayar Turki Uthmaniyah yang dipimpin oleh orang Islam kerana menolak konsep
modenisme.
Kesimpulannya, Empayar Turki Uthmaniyah runtuh selepas Perang Dunia
Pertama. Empayar ini berpecah-belah kerana negara-negara Eropah yang meraih
kemenangan membahagi-bahagikan empayar ini. Sistem pemerintah khalifah
dihapuskan dan Kerajaan Turki menjadi sebuah republik.
No comments:
Post a Comment