Bandipur (India): Sepasang
suami isteri yang berhenti untuk merakam gambar seekor gajah dikejutkan dengan
pengalaman lebih menakutkan selepas seekor gajah betina memasukkan belalainya
ke dalam kereta mereka dan memakan beg tangan milik pelancong wanita itu.
Gajah itu menelan beg berkenaan
dan seluruh isi di dalamnya termasuk buah, kad kredit, wang tunai dan barang
kemas.
Kejadian berlaku di Taman
Negara Bandipur di pantai barat India, kelmarin.
Menurut jurugambar Austin
Cherupuzha yang merakam kejadian itu, pasangan berkenaan berhenti untuk melihat
gajah betina dan anaknya.
Bagaimanapun, gajah itu
menghampiri kereta mereka selepas pasangan itu mula mengambil gambar, memaksa
kedua-duanya keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri.
Menurut wanita itu, gajah
berkenaan mungkin kelaparan dan berminat dengan buah yang berada di dalam
begnya.
Pakar veterinar, Dr Arun A Sha
berkata, gajah itu pasti berdepan dengan masalah kesihatan yang membawa kepada
pendarahan dalaman selepas memakan beg itu.
Kejadian berlaku walaupun
pelawat ke taman itu diberi amaran supaya tidak berhenti untuk merakam gambar.
- Agensi
Artikel ini disiarkan pada :
Ahad, 31 Mei 2015 @ 5:11 AM
GAJAH berkenaan menelan beg
tangan dan keseluruhan isi di dalamnya.
- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/54651#sthash.2UW7T4HP.dpuf
No comments:
Post a Comment