Ad

Sunday 3 May 2015

TUAN PENDETA-ACAI

OLEH – AHMAD BIN YAAKOB.
      Tuan Pendeta merupakan kartun bersiri bercorak purbawara yang dicipta oleh kartunis ACAI dalan Ruangan 5Minit Kosmo. Menurut Yusuff Nawi atau ACAI kartun bersiri setiap Sabtu dalam Kosmo 2 mula dicipta pada tahun 2005.[1] Kini siri Tuan Pendeta telah masuk sedekad lamanya.Pada zaman kesultanan Melayu Melaka Tuan Pendeta bermaksud golongan cerdik pandai dalam ilmu persuratan. Mereka ialah golongan yang mempunyai kepakaran dalam bidang keseniaan, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja. Golongan ini sangat sedikit bilangannya. Mereka menjadi pakar rujuk kepada raja dan kalangan istana, di samping menjadi penulis dan perawi Diraja. Menurut Kamus Dewan pula pendeta bermaksud orang yang banyak ilmu atau orang pandai-pandai.[2]

      Watak Tuan Pendeta digambarkan oleh ACAI sebagai seorang pendeta yang sentiasa memakai songkok sebagai lambang budaya Melayu. Tema utama yang diutarakan oleh ACAI dalam karyanya ialah Tuan Pendeta ialah kebijaksanaan seorang pendeta untuk menyelesaikan semua masalah penduduk kampung yang dikemukakan kepadanya. Contoh isu-isu semasa seperti ponteng puasa di bulan Ramadan, isu perkahwinan, isu kahwin dua, masalah kanak-kanak takut berkhatan, masalah banjir, masalah penyakit berjangkit.    




[1]Temu ramah dengan ACAI pada  24 April 2015.
[2] Kamus Dewan, 1006.

No comments:

Post a Comment