JUMAAT, 15 MEI 2015 @ 9:58 AM
KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara dan
pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David mara ke suku akhir pada
Kejohanan Terbuka Skuasy British 2015 di Airco Arena di Hull, England, semalam.
Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu selangkah lagi untuk
merangkul kejuaraan kali keenam apabila berjaya menewaskan pemain tuan rumah,
Emma Beddoes 11-9, 9-11, 11-8 dan 11-5 dalam masa 53 minit.
"Prestasi Emma benar-benar
baik, terutama di hadapan penyokong sendiri yang mendorong beliau. Saya tahu ia
akan menjadi sukar dan ia benar-benar berlaku. Saya berjaya bermain dengan baik
pada penghujungnya dan mengawal permainan saya," kata Nicol sebagaimana
yang dipetik dalam laman web rasmi kejohanan,
http://allambritishopensquash.com. Nicol akan menghadapi tentangan seorang lagi
pemain Inggeris yang juga pilihan ke-13, Sarah-Jane Perry dalam perlawanan suku
akhir itu. "Esok, saya akan bertemu Sarah-Jane yang telah mencapai
kejayaan hebat. Saya akan memastikan saya mengawal perlawanan dan saya tidak
sabar untuk perlawanan itu," kata Nicol. - BERNAMA RATU skuasy negara dan
pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David. - Foto Yazit Razali
SUMBER :
http://www.bharian.com.my/node/54938
No comments:
Post a Comment