Ad

Friday, 29 May 2015

Dollah ‘pening’


Kelana Jaya: Pengendali Harimau Malaya Dollah Salleh mengakui masih ‘pening’ memilih pemain bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Timor Leste dan Palestin bulan depan.
Namun, ia sesuatu yang positif baginya apabila 31 pemain dipanggil untuk kem latihan pusat bagi menghadapi aksi persahabatan menentang Hong Kong, Sabtu depan termasuk pemain sayap Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Nazrin Nawi dengan namanya hanya diumumkan petang semalam.
“Jumlah seramai ini memang sukar, namun saya terpaksa. Mereka mempamerkan prestasi yang saya inginkan dan mengikut arahan. Sebab itu saya kekalkan pemain yang dipanggil pada fasa pertama.
“Saya perlu melakukan pemilihan semula walaupun sukar kerana kekangan masa. Namun, ia petanda positif untuk pasukan,” katanya pada sesi latihan petang semalam.
Seramai 23 pemain akan diumumkan selepas pertemuan dengan Hong Kong nanti.
“Kami perlu melakukan sesuatu pada perlawanan ini, ia bukan pemanas badan kerana turut membabitkan kedudukan ranking. Kami perlu bersedia sepenuhnya untuk perlawanan itu,” katanya.
Mengulas mengenai situasi dihadapi Pahang dalam saingan pusingan kedua Piala AFC, Dollah berharap ia dapat diselesaikan segera.
Tiga pemain Pahang, Khairul Azhan Khalid, Azamuddin Akil dan R Gopinathan turut berada dalam kem latihan pusat skuad negara.

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/54405#sthash.rzeZRsKL.dpuf

No comments:

Post a Comment