Ad

Monday, 25 May 2015

Rozaimi, Ferris digugurkan

 Oleh TENGKU ASYRAF TENGKU SALLEHUDDIN
JURULATIH skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim mengakui keputusan untuk menyenaraikan senarai akhir 20 pemain yang akan membawa cabaran pada Sukan SEA 2015 di Singapura bulan depan merupakan keputusan yang paling sukar sepanjang kariernya.

Ketika mengumumkan senarai akhir itu, Kim Swee menyingkirkan tujuh pemain termasuk dua pemain berpengalaman iaitu Ferris Danial Mat Nasir dan Rozaimi Abdul Rahman.

Bagi jurulatih berusia 45 tahun itu, penyingkiran itu dilakukan atas beberapa faktor termasuk aspek kecergasan di samping kesuntukan masa dalam menyediakan pasukan yang akan me­mulakan kempen menentang Timor Leste pada 30 Mei ini.

“Setelah mengambil kira ba­nyak aspek dan bukan sahaja ke atas Rozaimi dan Ferris tetapi untuk pemain lain juga, prestasi semasa memainkan peranan dan kesuntukan masa memaksa saya mengenepikan kedua-dua pemain ini.

“Ini bukan bermakna mereka tidak boleh beraksi tetapi kami kesuntukan masa terutamanya untuk memantapkan tahap kecergasan mereka. Itu yang menjadi faktor utama mereka disingkirkan.

“Ia bukan satu keputusan yang mudah. Sudah tentu saya tidak boleh memberi kepuasan kepada semua pemain. Ini adalah kehidupan sebagai pemain bola sepak. Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, prestasi semasa semua pemain adalah keutamaan saya untuk memilih senarai akhir,” kata Kim Swee kepada pemberita pada sidang akhbar di Hotel Saujana, Subang malam tadi.

Pada kempen kali ini, Mohammad Fandi Othman telah diberi kepercayaan oleh Kim Swee untuk menggalas tugas selaku kap­ten.

Tambah Kim Swee, beliau tidak menganggap skuad kendaliannya sebagai pilihan pada temasya kali ini kerana semua pasukan yang bertanding memiliki kelebihan tersendiri.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0526&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3bCsURgmu Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment