MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
11 Mei 2015
Ada lagi 90 minit
'MASIH ada 90 minit’ Demikian
tegas pengendali The Red Warriors, Mohd Azraai Khor Abdullah selepas pasukannya
kecundang 0-1 kepada Pahang pada saingan separuh akhir pertama Piala FA di
Stadium Darul Makmur, Kuantan, kelmarin.
Ketua jurulatih Kelantan itu
menganggap kekalahan tipis itu tidak meluntur semangat pasukannya malah dia
yakin anak buahnya mampu bangkit memadamkan defisit jaringan itu dalam aksi
timbal balas di Kota Bharu pada 16 Mei ini.
“Perjuangan belum berakhir.
Kami akan bermain mati-matian di hadapan penyokong sendiri di Kota Bharu.
Perjalanan ke pentas final masih lagi terbuka dan saya tak fikir kekalahan ini
menutup peluang kami.
“Memang kecewa apabila gagal
mendapatkan gol di tempat lawan dan hanya itu sahaja peluang yang kami ada
dalam tempoh 90 minit. Apa keadaan sekalipun, kami perlu kembali fokus dalam
baki perlawanan kedua itu nanti,” katanya semalam.
Katanya, dia akan memberikan
tumpuan sepenuhnya memastikan Kelantan mencipta kebangkitan luar biasa pada
aksi kedua itu sekali gus membawa skuad bimbingannya ke pentas final pada 23
Mei ini.
Mengulas lanjut, Mohd Azraai
menganggap pasukannya tidak bernasib baik untuk mengikat keputusan seri ke atas
skuad kendalian Zainal Abidin Hassan setelah mengimbangi permainan pada babak
kedua.
“Apa pun, saya tetap puas hati
aksi ditunjukkan pemain terutama babak kedua. Beberapa kelemahan masih ada
tetapi kami akan berusaha atasinya sebelum menunggu kedatangan Pahang,”
katanya.
Dalam perkembangan sama, Mohd
Azraai mengakui ketiadaan kapten, Mohd Badhri Radzi akibat kecederaan amat dirasai, namun pada masa sama menegaskan
pasukannya tidak bergantung pada seseorang pemain semata-mata.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE
11.5.2015
No comments:
Post a Comment