London: Eden Hazard menyumbat
gol tunggal ketika Chelsea menundukkan Crystal Palace 1-0 di Stamford Bridge
malam tadi bagi merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama sejak 2010.
Bintang Belgium itu menanduk
masuk bola muntah selepas penjaga gol Julian Speroni menampan sepakan penalti
lemahnya pada minit ke-45 bagi merakam gol ke-19 musim ini dan membantu pasukan
kendalian Jose Mourinho memastikan kejuaraan sekalipun masih berbaki tiga
perlawanan.
Chelsea melonjak 16 mata di
depan juara bertahan Manchester City, yang berkunjung ke Tottenham Hotspur
lewat malam tadi dan Arsenal, yang bertandang ke Hull City awal pagi esok,
bermakna mereka tidak boleh diatasi lagi.
Kejayaan itu, kejuaraan kelima
kelab itu secara keseluruhan, menyusuli kemenangan Chelsea ke atas Tottenham
Hotspur pada final Piala Liga Inggeris dua bulan lalu.
Ia memberikan Mourinho
kejuaraan liga pertama bagi tempoh keduanya mengendalikan kelab itu selain
kelapan sepanjang karier pengurusannya.
Kapten Chelsea, John Terry
menyatakan pasukannya berjaya menamatkan keperitan selama lima tahun berikutan
kejayaan malam tadi.
“Ini yang kami nanti-nantikan.
Sudah lima tahun sejak kami kali terakhir memenanginya,” katanya.
“Kejuaraan pertama (2005) amat
istimewa dan apabila anda tidak menang empat atau lima tahun, ia melukakan.
Saya amat seronok hari ini.
“Ia satu perasaan yang sukar
digambarkan,” jelas Terry yang mengemudi empat daripada lima kejuaraan Chelsea.
Artikel ini disiarkan pada :
Isnin, 4 Mei 2015 @ 9:20 A
PEMAIN Chelsea ceria rai
kejayaan menewaskan Palace.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/48304#sthash.5Xo7aOXp.dpuf
No comments:
Post a Comment