Ad

Wednesday 30 April 2014

Suren cari penawar duka

WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Mei 2014
Suren cari penawar duka
Suren cari penawar duka Surendran (kiri) rebah selepas diasak pemain JDT, Nurul Azwan Roya pada pertemuan separuh akhir Piala FA di Bukit Jalil, musim lal
PEMAIN tengah Pahang, R Surendran tekad melupakan kekecewaan apabila Tok Gajah tersingkir di peringkat separuh akhir Piala FA di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT), musim lalu.

Surendran berkata, kegagalan mara ke perlawanan akhir masih dirasai bagaimanapun beliau mahu melupakan episod duka itu dan berazam menebus kehampaan itu  menjelang aksi menentang JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Isnin ini.

Menurut Surendran, pertembungan separuh akhir kali ini lebih mirip kepada misi membalas dendam.

"Saya mahu padam memori musim lepas. Kali ini, saingan pasti berbeza dan saya berkeyakinan tinggi Pahang mampu meraih sesuatu.

"Dengan kombinasi dan pengalaman yang ada pada pasukan, saya yakin kami boleh cari bekalan selesa," katanya.

Pada masa sama, pemain kelahiran Triang, Bera, itu mahu memastikan beliau tidak dilanda badai kecederaan lagi.

Pada awal saingan Liga Malaysia (Liga-M), Surendran terpaksa diketepikan daripada kem Pahang selepas mengalami kecederaan di lutut kanan pada perlawanan persahabatan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Saya tengah berusaha memperbaiki kelemahan dan memantapkan lagi permainan selepas berehat kerana cedera.

"Paling penting sekarang, saya perlu bekerja keras supaya disenaraikan dalam kesebelasan utama nanti," katanya.

Dalam aksi Liga Super menentang Sime Darby FC, 19 April lalu, pemain berusia 26 tahun itu meledak gol sulung perlawanan.

Kelibatnya yang banyak membantu pasukan mendapat pujian pengendali pasukan, Zainal Abidin Hassan.

RUJUKAN-SINAR HARIAN 1.5.14

Cabaran Juara-Juara: Peluang Malaysia 50-50

Cabaran Juara-Juara: Peluang Malaysia 50-50
30 April 2014PERCATURAN kasar berdasarkan pencapaian tercorot dalam Kumpulan B, keupayaan Malaysia tidak begitu terserlah pada saingan suku akhir menentang New Zealand pada Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara1 di Kuantan, esok.

Bagaimanapun, kapten pasukan negara Azlan Misron menanam azam tinggi untuk mengkikis sindrom 'lambat panas' yang menghantui skuad negara apabila bertemu pasukan ranking keenam dunia itu.
      
"Peluang kemenangan adalah 50-50," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Walaupun mengakui kekentalan benteng pertahanan New Zealand dan ketajaman melakukan pukulan sudut penalti, namun beliau optimis dengan kemampuan skuad negara untuk melakarkan kejutan.
      
Azlan menyifatkan corak permainan New Zealand adalah hampir sama dengan pasukan nombor satu dunia, Australia.

Sementara itu, penyerang negara Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Jalil berkongsi pendapat dengan Azlan bahawa peluang Malaysia adalah seimbang.
      
Beliau turut mengakui bahawa skuad negara 'lambat panas' apabila hanya meraih kemenangan pertama pada perlawanan akhir peringkat kumpulan selepas mengalah Kanada 4-3 semalam.

"Tidak dapat dinafikan sindrom 'lambat panas' mungkin kerana kehadiran pemain muda yang yang baru meningkat naik," katanya.
      
Dalam peringkat kumpulan, skuad negara bimbingan Muhammad Dharmaraj Abdullah, kalah kepada Perancis 3-2 dan Korea Selatan 3-1 sebelum menang tipis 4-3 ke atas Kanada.
      

Malaysia sedang membuat persiapan menghadapai Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda, dari 31 Mei hingga 15 Jun ini. – Bernama RUJUKAN-SINAR HARIAN 30.4.14

Cabaran Juara-Juara: Cuaca panas beri kelebihan

30 April 2014 
PENGENDALI skuad hoki negara Muhammad Dharma Raj Abdullah tidak menolak bahawa cuaca panas memberi sedikit kelebihan kepada anak buahnya dalam menghadapi New Zealand pada saingan suku akhir kejohahan Cabaran Juara-Juara 1 esok.

Menurutnya, pemain New Zealand selalunya tidak biasa bermain dalam cuaca panas.

"Namun kelebihanan beraksi dalam cuaca panas tidak meletakkan pasukan negara dalam keadaan selesa kerana New Zealand merupakan sebuah pasukan yang kuat dan dibarisi pemain bertaraf antarabangsa," katanya.

Beliau berkata pemain Malaysia juga tidak gemar beraksi dalam cuaca panas, namun mereka perlu mengambil kesempatan dari keadaan cuaca sebegitu.

"Pada masa yang sama, saya hormati kenyataan jurulatih New Zealand, Batch Conlin bahawa mereka lebih selesa beraksi dalam cuaca panas. Namun bagi saya mereka hanya cuba bermain psikologi dengan Malaysia dengan harapan dapat mematahkan semangat pemain kita," katanya.

Berdasarkan rekod perlawanan dari format yang sama sebelum ini, New Zealand pernah kalah kepada Jerman dan England.

"Walaupun Malaysia tidak sehebat Jerman atau England, kita masih mempunyai peluang untuk mengalahkan New Zealand jika nasib menyebelahi pasukan hoki negara," kata Muhammad Dharma.

Beliau berkata perancangan dari segi strategi amat penting pada pusingan kalah mati dalam menentukan nasib pasukan hoki negara sama ada mampu layak ke final atau tidak.

Sementara itu kapten pasukan Azlan Misron memberi peringatan kepada rakan-rakannya agar sentiasa fokus ketika menentang New Zealand.

"Saya juga suka ingatkan rakan-rakan dan diri sendiri agar mengikut perancangan yang telah ditetapkan jurulatih dan komited dalam menjalankan tugas di posisi masing-masing kerana peluang kita untuk menang esok adalah 50-50," katanya.


Kejayaan terbaik Malaysia di kejohanan dwitahunan ini ialah menduduki tempat keempat pada edisi di Quilmes, Argentina pada 2012. – Bernama SINAR HARIAN 1.5.14

Malaysia tewaskan Kanada 4-3

29 April 2014


SKUAD hoki negara meraih kemenangan pertama selepas mengalahkan Kanada 4-3 pada perlawanan penutup peringkat kumpulan, Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 di Stadium Hoki  Indera Mahkota di sini, malam ini.
   Separuh masa : Kanada   2  Malaysia   2

Penjaring:

Kanada       : Scott Tupper (min-4 dan 54'), Gabriel Ho-Garcia (30'),

Malaysia     : Ahmad Tajudin Abdul Jalil (5'dan 55'), Muhammad Shahril Saabah (19'dan 40')

- BernamaBernama SINAR HARIAN 1.5.14

Malaysia tewas di tangan Perancis

27 April 2014
MALAYSIA menerima tamparan hebat pada kempen Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 apabila kalah 3-2 kepada Perancis pada perlawanan Kumpulan B di Stadium  Hoki Indera Mahkota di Kuantan malam tadi.

Perancis, yang menduduki ranking ke-17 dunia, bermula garang apabila Olivier Sanchez membuka jaringan menerusi gol padang pada minit ke-34 untuk mendahului 1-0 pada babak pertama.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Malaysia menggandakan usaha sebaik sahaja bermula babak kedua sebelum menyamakan kedudukan menerusi Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil pada minit ke-44.

Enam minit kemudian, Malaysia merampas kedudukan pendahulu menerusi jaringan padang oleh Faizal Saari pada minit ke-50.

Kegembiraan Malaysia bagaimanapun tidak kekal lama apabila Perancis menyamakan kedudukan 2-2 menerusi pukulan sudut penalti yang dilakukan oleh Victor Charlet pada minit ke-53.

Selang tiga minit kemudian, Hugo Genestet muncul wira apabila mengesahkan kemenangan Perancis dengan jaringan penalti strok pada minit ke-64.

Jurulatih negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata, nasib tidak menyebelahi pasukannya yang menduduki ranking ke-13 dunia.

"Kita telah cuba dengan sedaya upaya memperbaiki kelemahan yang ada namun disebabkan terlalu bermain dengan berhati-hati dan ditambah keadaan pemain gugup ekoran perlawanan pertama saya tidak menyalahkan mereka.

"Apa yang lebih penting selepas ini kita akan perlu memberi tumpuan kepada perlawanan menentang Korea Selatan esok (hari ini)," katanya.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, naib juara dua kali, Korea Selatan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 3-3 dengan Kanada.

Dalam saingan Kumpulan A, New Zealand mengalahkan Ireland 2-1 dan Jepun pula berjaya mengatasi Poland 3-2.

Pada perlawanan kedua saingan peringkat kumpulan hari ini, Malaysia menentang Korea Selatan, Kanada bertemu menentang Perancis.


Aksi kumpulan A pula menyaksikan Jepun menentang New Zealand dan Ireland bertemu Poland. – Bernama SINAR HARIAN 1.5.14

JDT dapat khidmat pemain Amerika Latin

MOHD FIRDAUS YON
23 April 2014
JDT dapat khidmat pemain Amerika Latin
JDT dapat khidmat pemain Amerika Latin Marcos Antonio bakal ganti posisi Baihakki di benteng pertahanan JDT.

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) dikhabarkan bakal menggunakan khidmat pemain kelahiran Brazil, Marcos Antonio Elias Santos bagi mengisi posisi pertahanan tengah yang ditinggalkan Baihakki Khaizan.

Pemain berusia 30 tahun itu dijangka dimasukkan pada jendela perpindahan bulan ini, bagi menggalas tanggungjawab mengekang asakan penyerang import pihak.

Marcos yang pernah menyarung jersi kelab berpangkalan di Jerman, FC Nuremberg selain berkhidmat dengan Rapid Bucuresti, Belenenses dan Auxerre dipilih atas kemampuan dimiliki serta pengalamannya bermain di peringkat antarabangsa.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa Ketua Jurulatih JDT terdahulu, Cesar Ferrando Jimenez pernah mencadangkan pasukan memerlukan pemain yang memiliki fizikal lebih besar dan kuat.

Marcos yang memiliki ketinggian 1.87 meter juga pernah dipinjam ke kelab ternama di Greece iaitu PAOK FC, U.D.Leiria dan Academica de Coimbra (Portugal).

Selain Marcos, JDT turut dikhabarkan membawa masuk penyerang berusia 24 tahun kelahiran Argentina iaitu Jorge Pereyra Diaz.

Pemain yang bermain untuk kelab Atletico Lanus itu dikatakan memiliki bakat yang hebat, skil tinggi serta kemampuan menggelecek yang menakjubkan.


Bagaimanapun, PBNJ masih belum mengumumkan kedua-dua pemain ini secara rasmi kepada media buat masa ini.

5 pemain JDT perkuat Asean All-Stars

WARTAWAN SINAR HARIAN
30 April 2014
 5 pemain JDT perkuat Asean All-Stars
5 pemain JDT perkuat Asean All-Stars Safee Sali (tengah) antara pemain JDT yang disenaraikan dalam pasukan Asean All-Stars
MOHD Amri Yahyah, Mahalli Jasuli, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim dan Safee Sali antara pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang disenaraikan dalam pasukan Asean All-Stars.

Kelima-lima pemain Harimau Selatan itu bakal beraksi bersama pasukan pilihan Asean menentang skuad kebangsaan Indonesia bagi menghadapi perlawanan amal di Stadium Bung Karno, Jakarta pada 11 Mei ini.

Ketika mengumumkannya, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pemilihan mereka diputuskan badan induk kebangsaan itu berdasarkan persembahan semasa dalam saingan Liga Malaysia.

FAM turut memilih bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal dan Tan Cheng Hoe masing-masing sebagai ketua dan penolong jurulatih untuk pasukan itu, yang bakal dianggotai oleh beberapa pemain daripada liga di rantau Asean.


“Ini merupakan penghormatan kepada Malaysia dan AFF dalam mengadakan lebih banyak perlawanan amal (pada masa akan datang),” katanya

Dhaarma janji bangkit

KUANTAN - Ketua jurulatih skuad hoki negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah tidak menafikan prestasi hambar yang dipamerkan anak buahnya ketika berdepan dengan Korea Selatan dan Perancis dalam dua perlawanan awal kempen Cabaran Juara-Juara 1 di Stadium Hoki, Indera Mahkota di sini kelmarin dan semalam disebabkan tiada keserasian antara pemain.

Bagaimanapun, menurut Muhammad Dhaarma, pihaknya telah mengambil pelbagai pendekatan termasuk dari segi psikologi bagi memastikan penampilan aksi yang lebih mantap oleh skuad negara, bermula perlawanan malam ini.

"Semuanya berlaku disebabkan beberapa perubahan dari segi taktikal permainan. Esperimen tersebut terpaksa dilakukan dalam aksi peringkat kumpulan untuk menentukan kesebelasan terbaik sebagai persediaan menghadapi pusingan kalah mati Khamis ini.

"Ramai berpendapat berdasarkan permainan semalam, (ketika menentang Korea Selatan) pasukan kelihatan tidak bersemangat. Pemain senior dan junior dikatakan tiada persefahaman serta ada pemain yang tidak gembira, namun semua itu tidak benar," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau turut memberitahu, pasukan negara telah membuat kesilapan ketika menentang Perancis iaitu melepaskan gol dengan mudah, manakala pada perlawanan menentang Korea Selatan, enam pukulan sudut penalti gagal disempurnakan dengan baik.

"Korea Selatan memperolehi tiga pukulan sudut penalti dan mereka menjaringkan dua daripadanya. Bukan kita tidak cuba menjaringkan gol, kita telah mencipta banyak peluang cuma mungkin nasib masih tidak menyebelahi pada masa ini.

Pasukan negara tewas 2-3 kepada Perancis dalam perlawanan pertama Sabtu lalu sebelum tewas lagi 1-3 menentang Korea Selatan kelmarin untuk menduduki tangga tercorot Kumpulan B.

Tambah Dharma, pihaknya kini dalam situasi sukar untuk bertemu pasukan pilihan, iaitu New Zealand dalam pusingan seterusnya sekiranya mengekalkan kedudukan tercorot sebaik tamat perlawanan peringkat kumpulan.

"Kami akan cuba lakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan menentang Kanada esok (malam ini), namun ia mungkin tidak memberikan sebarang makna sekiranya Perancis menang atau seri menentang Korea Selatan dalam perlawanan sebelumnya," jelasnya.

New Zealand hampir pasti akan mengekalkan kedudukan teratas dalam kumpulan A dengan dua kemenangan dalam dua perlawanan dan pasukan di tangga teratas Kumpulan A akan bertemu pasukan tangga tercorot Kumpulan B Khamis ini. - UTUSAN ONLINE
RUJUKAN-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140428/su_10/Dhaarma-janji-bangkit#ixzz30Pprjg5R © Utusan Melayu (M) Bhd

Rashid cadangkan Soon Huat, BAM tentukan


KUALA LUMPUR - Ramai yang mencadangkan Misbun Ramdan Misbun disenaraikan sebagai pemain perseorangan keempat ke Piala Thomas, termasuk pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei namun jurulatih perseorangan, Rashid Sidek menegaskan keputusan muktamad hanya akan ditentukan oleh pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menurut Rashid, sekarang ini Goh Soon Huat telah membuktikan kehebatannya dan mencatat kemenangan ke atas Misbun Ramdan dalam ujian pemilihan ke kejohanan tersebut yang berlangsung di New Delhi, India pada 18 hingga 25 Mei ini.

“Jika dia (Soon Huat) tidak dapat masuk (pasukan Piala Thomas) tidak guna kita adakan ujian pemilihan. Apa tujuan pemilihan...sudah tentu untuk pilih pemain terbaik berada dalam pasukan negara," katanya ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Kelmarin, Chong Wei menyatakan dia lebih gemar Misbun Ramdan disenaraikan sebagai pemain keempat walaupun anak kepada bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek tewas 21-19, 21-15 dalam perlawanan ujian yang diadakan di Stadium Juara kelmarin.

Ujar Rashid, Soon Huat telah menang dan dia akan mencadangkan nama pemain berusia 24 tahun itu kepada pihak pengurusan BAM untuk melengkapkan senarai empat pemain perseora­ngan ke Piala Thomas selepas Chong Wei, Chong Wei Feng dan Liew Daren.

“Saya rasa tidak adil kepada Soon Huat jika kita tidak mencadangkan namanya, dia telah mencuba sedaya upaya, membuat persiapan bersungguh-sungguh.

“Jadi kita kena fikirkan dari sudut itu, namun keputusan muktamad akan dibuat oleh pihak pengurusan dalam Mesyuarat Majlis Sabtu ini. Selepas itu kita akan tahu senarai nama yang akan ke Piala Thomas," kata Rashid yang pernah membantu negara menjulang trofi tersebut pada 1992 di Stadium Negara.
RUJUKAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140501/su_01/Rashid-cadangkan-Soon-Huat-BAM-tentukan#ixzz30PoJwIUB © Utusan Melayu (M) Bhd

Pemandu bas pilih syabu kejar jumlah perjalanan

 
ANGGOTA AADK membuat ujian air kencing terhadap dua pemandu bas ekspres sambil diperhatikan oleh Saiful Azzri (tiga dari kiri) dan Aziz Musa (kanan sekali) ketika mengadakan operasi khas bas di stesen bas Terminal One, Seremban, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/Abd. Razak Aid
SEREMBAN 30 April - Dadah sintetik jenis syabu dikenal pasti menjadi pilihan segelintir pemandu bas kerana beranggapan pengambilannya mampu memberi keupayaan kepada mereka untuk bekerja dalam tempoh panjang.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Saiful Azzri Hamzah berkata, trend itu amat ketara melalui hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap pemandu bas setiap kali operasi dilakukan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Dahulu sebelum wujudnya dadah sintetik ini, ramai pemandu bas didapati menggunakan ganja, namun kini trend itu telah beralih ke syabu.

“Penggunaan syabu amat popular kerana kesan ganja hanya bertahan dalam tempoh singkat, sedangkan mereka (pemandu bas) mengatakan kesan syabu membolehkan mereka bertahan dalam tempoh berjam-jam,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri operasi khas bas di stesen bas Terminal One di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua Cawangan Pengesanan dan Pengawasan AADK negeri, Aziz Musa.

Jelasnya, dadah sintetik menjadi pilihan kerana dipercayai pemandu terbabit ingin mengejar jumlah perjalanan, sekali gus menambah pendapatan mereka.

Katanya, gejala itu amat membimbangkan kerana mendorong kepada risiko berlakunya kemalangan terutama melibatkan kenderaan bas yang kian meningkat sejak kebelakangan ini.

“Kita amat memandang serius perkara ini kerana pengambilan sebarang dadah terlarang terutamanya melibatkan pemandu bas ini seperti memperjudikan nyawa penumpang.

“Mana-mana pemandu yang ditahan dan didapati mengambil dadah, pihak kami tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen pemanduan mereka,'' tegasnya.

Mengulas lanjut berhubung operasi khas berkenaan, Saiful Azzri memberitahu, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 35 saman di atas pelbagai kesalahan terhadap syarikat dan pemandu bas dalam operasi yang dijalankan sejak 21 April hingga hari ini.

“Kesemua saman itu dikeluarkan melalui 114 buah bas yang diperiksa dalam tempoh berkenaan melalui operasi khas di stesen bas dan penyamaran anggota di dalam bas.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk aspek teknikal seperti cermin, tayar, lampu dan brek selain kegagalan pemandu mematuhi pematuhan jalan raya seperti merokok, menggunakan telefon bimbit serta memandu di lorong laju,'' katanya.

Sementara itu, Aziz memberitahu, daripada 299 pemandu yang diperiksa, tiga orang didapati positif syabu melalui ujian air kencing yang dijalankan.

“Ketiga-tiga pemandu yang berusia 30 hingga 45 ini telah ditahan dan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan,'' ujarnya.
RUJUKAN-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140501/je_06/Pemandu-bas-pilih-syabu-kejar-jumlah-perjalanan#ixzz30Pm5fdl2 © Utusan Melayu (M) Bhd

Puluhan rakyat Malaysia ke Syria


 

Puluhan rakyat Malaysia ke Syria
SEORANG bekas pemuzik kumpulan rock terkenal (duduk kiri) bergambar bersama dua pejuang tentera pemberontak dipercayai di Syria.
KUALA LUMPUR 30 April - Puluhan rakyat Malaysia dikatakan pergi ke Syria sejak dua tahun lalu atas nama perjuangan ‘jihad’ bagi membantu umat Islam di negara bergolak itu termasuk seorang ‘ustaz’ militan yang ditangkap pihak berkuasa Ahad lalu.

Yang turut menyertai ‘ustaz’ berkenaan ialah seorang bekas pemuzik sebuah kumpulan rock terkenal tanah air pada tahun 90-an.

Malah lebih mengejutkan ada antara rakyat Malaysia yang ke sana dipercayai terbunuh dalam pertempuran yang boleh dikaitkan sebagai pepera­ngan saudara di negara tersebut.

Sumber keselamatan mendedahkan, segelintir rakyat Malaysia dikesan pergi ke Syria setelah terpengaruh de­ngan dakyah pihak tertentu kononnya mereka boleh mati syahid di negara berkenaan.

Kata beliau, kerajaan sama sekali tidak membenarkan rakyat Malaysia mencampuri urusan negara lain dan berikutan itu, rakyat negara ini yang ke sana dan jika terbukti bersalah, boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut sumber itu, siasatan polis percaya mereka yang terlibat mempunyai kaitan dengan 10 individu dipercayai ahli kumpulan militan yang ditahan polis dalam operasi khas di Kedah dan Selangor, pada 27 April lalu dan semalam.

“Kita percaya kesemua mereka itu menyasarkan untuk berjihad ke Syria setelah terpengaruh dengan dakwaan yang mengatakan Presiden negara berkenaan iaitu Bashar al-Assad menindas para ulama.

“Bagaimanapun kumpulan itu tidak sedar, pemberontakan tersebut adalah tajaan pihak Barat untuk menjatuhkan Bashar kerana menyokong Iran dan menentang Israel," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut sumber tersebut, siasatan turut mendapati rakyat negara ini yang ke Syria dilatih secara ala tentera termasuk dipercayai menggunakan senjata api sebelum berlepas ke negara berkenaan.

Kata beliau, kumpulan berkenaan kemudian dipercayai akan menaiki penerbangan sama ada ke Turki, Jordan dan Lebanon sebelum ke Syria kerana Malaysia tidak mempunyai penerbangan terus ke negara tersebut.

“Di Syria, kumpulan ini akan berhubung dengan puak penentang kerajaan sebelum menyertai mana-mana pertempuran yang sehingga kini meragut puluhan ribu nyawa dan jutaan menjadi pelarian," katanya.

Sumber itu seterusnya berkata, pihak berkuasa kini sedang memburu saki-baki ahli kumpulan terbabit yang merancang untuk ‘berjihad’ di Syria bagi menyekat kegiatan mereka.

Pada 27 April lalu, polis menahan sembilan individu dipercayai ahli sebuah kumpulan militan dalam beberapa serbuan di Selangor dan Kedah.

Polis kemudian menahan seorang wanita pada keesokannya yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut.

Utusan Malaysia hari ini turut mendedahkan satu laman sosial video Youtube berhubung kegiatan seorang ‘ustaz’ yang pergi ke Syria untuk ‘berjihad’.
RUJUKAN-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140501/je_01/Puluhan-rakyat-Malaysia-ke-Syria#ixzz30PiiOgJu © Utusan Melayu (M) Bhd

Red Warriors kena potong mata

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
sukan@utusan.com.my
PETALING JAYA - Jawatan­kuasa Pertandingan Tem­patan (JKPT) Persatuan Bo­la Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan memberikan kemenangan 3-0 ke­pada Terengganu ke atas Kelantan dan membatalkan keputusan seri 1-1 pada pertemuan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang berlangsung 29 Mac lalu.

Timbalan Pengerusi JKPT, Datuk Osman Salleh berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati Kelantan melakukan kesalahan dengan menurunkan Mohd. Fitrie Omar yang ketika itu sedang digantung permainan.

Berdasarkan keputusan yang dibuat itu katanya, Kelantan kehila­ngan satu mata manakala Terengganu meraih dua lagi mata tambahan menerusi perlawanan itu dan berkuat kuasa serta merta.

“Keputusan itu dibuat selepas kami menilai fakta yang ada dan kami mendapati terdapat satu kesalahan berlaku iaitu dari segi status pemain yang diturunkan. Dalam perlawanan itu Terengganu diberikan kemena­ngan 3-0 dan Kelantan turut diberikan amaran.

“Saya ingin tegaskan di sini, setiap pasukan perlu melihat dengan teliti status seseorang pemain sebelum diturunkan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku," katanya dalam sidang akhbar di Wisma FAM di sini semalam.

Sementara itu Pengerusi JKPT, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, perlawanan separuh akhir pertama Piala FA akan berlangsung pada 5 Mei ini melibatkan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos manakala 6 Mei ini akan menyaksikan pertemuan di antara Kelantan dan Felda United di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Katanya, separuh akhir kedua melibatkan Felda United menentang Kelantan akan diadakan di Stadium Shah Alam pada 30 Mei manakala pertemuan di antara Pahang dan JDT akan berlangsung di Stadium Darul Makmur pada keesokan harinya.

“Final Piala FA 2014 akan berlangsung pada 7 Jun ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu pihaknya menolak permohonan Felda United untuk meminda tarikh perlawanan menentang Negeri Sembilan dan menetapkan perlawanan antara kedua-dua pasukan itu akan tetap diteruskan pada 9 Mei ini mengikut jadual yang ditetapkan.

Afandi juga memberitahu pihaknya bersetuju membenarkan mana-mana perlawanan suku akhir melibatkan saingan Piala Presiden untuk beraksi pada sebelah malam berbanding waktu petang seperti sebelum ini sekiranya terdapat permohonan daripada pasukan tuan rumah.

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan teliti terhadap lokasi permainan bagi memastikan ia mengikut piawaian yang ditetapkan FAM sebelum dibenarkan beraksi.

“Sekiranya ada pasukan yang berminat, mereka boleh kemukakan permohonan untuk diberikan pertimbangan seperti mana yang dilakukan pasukan Kedah yang meminta untuk mengubah jadual perlawanan mereka dari 4.45 petang kepada 8.45 malam di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok," katanya.
RUJUKAN-
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140430/su_06/Red-Warriors-kena-potong-mata#ixzz30O7QpC00

© Utusan Melayu (M) Bhd

MH370: Objek baharu ditemui

Oleh MOHD HASRIQ AMIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my
PERTH 29 April - Sebuah syarikat penerokaan maritim Australia mendakwa menemui objek di dasar laut yang dipercayai mungkin sebahagian serpihan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi pencarian di Lautan Hindi.

Rangkaian televisyen Australia, Channel 7 melaporkan, syarikat GeoResonance yang beribu pejabat di Adelaide, melakukan pencarian pesawat berkenaan sejak 10 Mac lalu dan mengesan objek yang berkemungkinan serpihan pesawat MAS terbabit di Teluk Benggala, semalam.

Wakil syarikat itu, Pavel Kursa berkata, pihaknya menggunakan imej satelit dan pesawat untuk meninjau kawasan seluas lebih dua juta kilometer persegi yang dipercayai lokasi pesawat yang membawa 239 penumpang terbabit hilang.

“Objek yang ditemukan di dasar laut Teluk Benggala mirip bahan yang digunakan dalam pembuatan kapal terbang.

“Kami mengenal pasti elemen kimia dan bahan yang terdapat pada pesawat Boeing 777 termasuk aluminium, titanium, tembaga, besi aloi dan bahan-bahan lain," katanya.

Seorang lagi wakil syarikat, David Pope berkata, GeoResonance menggunakan teknologi khas untuk mengesan peledak nuklear dan kapal selam bagi mencari serpihan MH370.

Bagaimanapun, Pope berkata, pihaknya cuba menghubungi pegawai yang terlibat dalam operasi pencarian itu, tetapi gagal menerima sebarang maklum balas.

“Pasukan pencarian GeoResonance teruja apabila menemukan objek yang dipercayai serpihan sebuah pesawat komersial.

“Tetapi kami tidak mahu membuat andaian objek itu milik pesawat MH370 dan kami berharap penemuan ini dapat memberi petunjuk yang baik," katanya. - AGENSI


RUJUKAN-
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140430/dn_02/MH370-Objek-baharu-ditemui#ixzz30O5t10yo

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday 29 April 2014

Hishammuddin nafi Jepun mahu tarik diri cari MH370

KUALA LUMPUR 29 April - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan dakwaan Jepun akan menarik diri daripada misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi.

Malah menurut beliau, Jepun berminat untuk menghantar pakar-pakarnya bagi menyertai panel siasatan antarabangsa berhubung insiden kehilangan MH370 yang ditubuhkan Malaysia.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan rakan sejawatannya dari Jepun, Itsunori Onodera di Wisma Pertahanan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
RUJUKAN-
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140429/dn_24/Hishammuddin-nafi-Jepun-mahu-tarik-diri-cari-MH370#ixzz30GyiGMzJ

© Utusan Melayu (M) Bhd

Perjanjian komersial RM6.4 bilion

 Oleh JOHARDY IBRAHIM
ekonomi@utusan.com.my
 
BARACK Obama sambil diperhatikan oleh Najib Tun Razak berucap pada majlis pemeteraian perjanjian komersial antara syarikat Malaysia dan AS bernilai RM6.4 bilion di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 28 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hari ini menyaksikan pemeteraian tiga perjanjian komersial antara syarikat negara ini dengan AS bernilai AS$2 bilion (RM6.4 bilion) dalam sektor penerbangan, bioteknologi dan insurans di Malaysia.

Obama dalam ucapan ringkasnya mengalu-alukan kerjasama antara pihak swasta Malaysia dan AS yang pastinya bakal mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan peluang ekonomi kepada kedua-dua negara.

"Semalam, kita bersetuju bagi perkongsian komprehensif baharu antara Malaysia dan AS, dan berusaha untuk mengembangkan ekonomi kita.

"AS sudah menjadi pelabur asing terbesar di Malaysia dan Malaysia adalah pelabur yang paling pesat berkembang di Amerika Syarikat," katanya.

Presiden AS itu berkata, mengenai masa depan, kedua-dua negara boleh mengharapkan pertumbuhan dan kemakmuran yang lebih baik lagi.

"Ini memerlukan komitmen dan peningkatan usaha, lebih bersaing, melabur lebih lagi, bukan sahaja di negara lain tetapi di seluruh rantau ini.

"Kita perlu melakukan lebih lagi untuk menggalakkan lebih banyak perdagangan dan ini termasuk mengurangkan beberapa halangan sedia ada bagi perdagangan dan pelaburan, menyokong perkongsian, eksport dan pekerjaan," katanya.

Syarikat-syarikat terbabit ialah GE Aviation dengan Kumpulan AirAsia untuk pembelian enjin 80E1 untuk 25 pesawat baharu Airbus A330-300 milik AirAsia X bernilai lebih AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion).

Syarikat kedua ialah Kumpulan Sime Darby untuk mengambil alih 30 peratus kepentingan bernilai AS$30 juta (RM96 juta) dalam firma bioteknologi Verdezyne yang berpangkalan di San Diego, California.

Yang ketiga ialah perkongsian antara Ambank dan Metlife, yang telah melabur hampir AS$249 juta (RM812 juta) untuk membeli kepntingan dalam AmLife dan AmTakaful, sekali gus pelaburan pertama firma AS dalam pasaran takaful Malaysia.
RUJUKAN-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140429/dn_01/Perjanjian-komersial-RM64-bilion#ixzz30GulhngY © Utusan Melayu (M) Bhd

PERASMIAN PUSAT SAINS SMK JENGKA 2 OLEH TPM DATOK NAJIB TUN RAZAK 21.6. 2008

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, Bandar Tun Razak Jengka, Pahang mencacat sejarah baru apabila membuka Pusat Pembelajaran Sains bagi sekolah harian berasrama Felda. Pusat Sains SMK Jengka 2 ini telah dirasmikan oleh Datok Najib Tun Razak yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

KETIBAAN HELIKOPTER PUTEH YANG MEMBAWA DATOK NAJIB TUN RAZAK

    KENANGAN BERLATAR BELAKANG HELIKOPTER YANG MEMBAWA TPM 2008
MAJLIS PELANCARAN PUSAT SAINS FELDA SMK JENGKA 2
JAMUAN MAKAN SELEPAS PERASMIAN PUSAT SAINS









Sunday 27 April 2014

Saya kecewa - Safee

Saya kecewa - Safee
 KUALA LUMPUR - Penyerang Harimau Malaya, Safee Sali mungkin menjadi orang yang paling kecewa dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Filipina di Cebu semalam.

Dia seharusnya sebagai seorang wira, tetapi sepakan penalti yang diambil beberapa minit sebelum perlawanan berakhir diselamatkan oleh Patrick Deyto.

"Saya kecewa kerana gagal menyempurnakan sepakan penalti namun inilah yang terjadi di dalam bola sepak.

"Tiada sesiapa arahkan saya untuk mengambil sepakan itu dan saya sendiri buat keputusan tersebut kerana yakin mampu menja­ringkan gol.

"Sudah tiga perlawanan bersama Harimau Malaya dan saya masih tiada rezeki jaringkan gol,"katanya yang ditemui selepas perlawanan.

Kegagalan Safee itu bagaimanapun dipertahankan oleh jurulatih, Datuk Ong Kim Swee yang menyifatkan nasib tidak memihak kepada penyerang Johor Darul Ta'zim itu yang telah mencuba sehabis baik.

"Jangan sesekali mempertikaikan kemampuan Safee yang menjadi pemain penting semasa menjuarai Kejohanan AFF 2010.

"Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan Safee kerana dia nampak ada keyakinan berbanding pemain lain.

"Cuma dalam hal ini saya nampak penjaga gol Filipina juga bernasib baik dan bermain begitu cemerlang," katanya.
RUJUKAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140428/su_09/Saya-kecewa---Safee#ixzz308Nyb6E6 © Utusan Melayu (M) Bhd

Seri lagi, Safee gagal jaring penalti

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
 
 Safee Sali
KUALA LUMPUR - Diberikan sepakan penalti pada minit terakhir permainan, Safee Sali bagaimanapun meranapkan impian peminat Harimau Malaya apabila dia gagal menewaskan penjaga gol Filipina, Patrick Deyto untuk kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 dalam perlawanan persahabatan di Cebu malam tadi.

Keputusan ini melebarkan rekod seri kedua-dua pasukan kepada empat sepanjang pertemuan mereka di peringkat antarabangsa dalam tempoh dua tahun.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya rekod tanpa kalah jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee sejak menggantikan Datuk K. Rajagobal bersama Harimau Malaya masih kekal selepas tiga perlawanan.

Harimau Malaya kelihatan terkapai-kapai beraksi di atas padang yang jelas tidak sesuai untuk perlawanan antarabangsa dan sering kali terperangkap dengan pergerakan pemain Filipina.

Pendekatan Kim Swee memilih corak permainan bertahan dengan meletakkan Mohd. Norfarhan Muhammad sebagai penyerang tunggal menyebabkan mereka hanya berharap kepada serangan balas bagi mendapatkan jaringan.

Mujur aksi kemas di bahagian pertahanan yang diterajui Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak dan Fadhli Shas memastikan Filipina yang menguasai lebih 60 peratus permainan tidak mampu mendapatkan sebarang jaringan dan mengulangi keputusan yang sama di Stadium Selayang, 1 Mac lalu.

Kim Swee terpaksa memasukkan Baddrol Bakhtiar di bahagian tengah selepas Safiq Rahim disahkan tidak mampu bermain apabila gagal pulih daripada kecederaan tapak kaki dengan Junior Eldstal turut diletakkan di dalam kese­belasan utama bagi mengimbangi kelebihan fizikal yang dimiliki pemain Filipina.

Babak pertama memperlihatkan kelonggaran yang cukup ke­tara terutama di bahagian tengah dengan asakan menggila dilancarkan oleh tuan rumah terutama menerusi James Younghusband dan Simone Rota selain banyak melancarkan hantaran lintang ke dalam kotak penalti.

Harimau Malaya yang banyak mengharap serangan balas membuat percubaan terbaik menerusi Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-11 yang sekadar menyepak lemah dan bola terus ke dakapan Patrick.

Kecekapan Patrick yang bijak mengagak gerakan solo Junior Eldstal yang sebelum itu menewaskan dua pertahanan Filipina menyelamatkan pintu gol tuan rumah daripada dibolosi pada minit ke-61.

Namun, dua minit kemudian Patrick nyaris menghadiahkan jari­ngan kepada skuad negara apabila tidak dapat menampan bola hantaran belakang rakan sepasukan, Martin Steuble namun bola tidak menepati ke arah pintu gol.

Kehadiran Nathaniel Burkey yang masuk selaku pemain gantian jelas memberikan banyak masalah kepada pertahanan negara yang mendapat banyak peluang ke­emasan memecahkan kebuntuan jaringan.

Pada minit ke 75, percubaan Nathaniel sekadar sipi walaupun berada di hadapan pintu gol dan tiga minit kemudian bola sepakannya singgah di palang gol hasil rembatan dari luar kotak penalti.

Skrip perlawanan hampir sahaja berubah pada minit ke-90 apabila bola mengenai tangan Steuble dan pengadil perlawanan dari Indonesia, Thoriq Munir menghadiahkan sepakan penalti kepada Harimau Malaya.

Safee, yang baru sahaja masuk menggantikan Amri dua minit sebelum itu dan belum menyentuh bola, merembat ke kanan pintu gol tetapi dikecewakan oleh Patrick sekali gus memberi kelegaan kepada 5,000 penonton tuan rumah yang hadir.
RUJUKAN-
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140428/su_01/Seri-lagi-Safee-gagal-jaring-penalti#ixzz308JiVv4Z

© Utusan Melayu (M) Bhd