KUALA LUMPUR - Impian Selangor
untuk melangkah ke pusingan kedua Piala AFC berkecai apabila mereka tewas 0-1
kepada Arema Indonesia dalam perlawanan kelima Kumpulan F di Stadium
Kanjuruhan, Malang semalam.
Kini Malaysia tidak akan
mempunyai wakil di pusingan kedua kejohanan setelah Kelantan, yang bermain
dalam Kumpulan G, lebih dulu tersingkir.
Lebih malang lagi, pasukan
kendalian Mehmet Durakovic terpaksa beraksi dengan 10 pemain bermula pada
minit ke-43 selepas Shahrom Kalam dilayangkan kad merah setelah menampan bola
menggunakan tangan, sekali gus menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan
tuan rumah.
Peluang keemasan itu mudah
disempurnakan Gustavo Lopez, sekali gus membantu skuad kendalian Suharno itu mengesahkan
slot ke pusingan kedua setelah menduduki tempat kedua kumpulan dengan mengumpul
10 mata, dua mata di belakang pendahulu, Hanoi T&T.
Selangor berada di belakang
Arema dengan lima mata manakala kelab dari Maldives, Maziya Sports and
Recreation tercorot dengan satu mata.
Durakovic menyifatkan Arema
sebagai sebuah pasukan yang hebat namun Selangor berjaya memberikan saingan dan
sewajarnya memperoleh keputusan yang lebih baik.
Katanya, sekiranya Arema tidak
dihadiahkan sepakan penalti itu, kemungkinan corak permainan akan berubah.
Kami gembira dapat beraksi di
hadapan ribuan penyokong di sini. Arema merupakan pasukan yang bagus tetapi
kami seharusnya mendapatkan keputusan seri sekurang-kurangnya 1-1, sudah pasti
saya akan gembira," katanya.
RUJUKAN
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140417/su_07/Selangor-tersingkir-daripada-Piala-AFC#ixzz2zDgYyXVN
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment