Oleh SAYED HESHAM IDRIShesham.idris@utusan.com.my
IPOH - Persatuan Bolasepak
Perak (Pafa) mengharapkan hukuman yang adil daripada Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM) ekoran kekecohan penyokong semasa perlawanan Liga Super
menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Sabtu lalu.
Presiden Pafa, Datuk Zainol Fadzi
Paharuddin (gambar) berkata, pelbagai aspek perlu diambil kira terutama punca
sebenar kekecohan tempoh hari disiasat sebelum FAM menentukan bentuk hukuman
yang bakal dikenakan.
Menurutnya, hukuman beraksi
tanpa penonton agak berat apatah lagi sepanjang beliau menerajui Pafa, Perak
tidak pernah dikenakan hukuman seperti itu.
"Saya tidak dapat mengulas
tentang hukuman beraksi tanpa penyokong di laman sendiri yang mungkin dikenakan
terhadap Pafa ekoran insiden kekecohan tempoh hari.
"Ini kerana setakat ini
kami belum lagi bersemuka dengan FAM. Kami masih di peringkat perbincangan
dengan pihak polis mengenai punca kekecohan pada Sabtu lalu.
"Hukuman hanya akan
diketahui setelah pertemuan kedua-dua pihak.
"Perak memang tidak pernah
dikenakan denda berat sehingga terpaksa beraksi di stadium kosong.
"Namun saya mengharapkan
hukuman yang adil kerana kami telah pun menyediakan kawalan keselamatan yang
terbaik untuk perlawanan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini
semalam.
Beliau mengulas laporan Utusan
Malaysia semalam bahawa Perak mungkin dikenakan hukuman beraksi di stadium
kosong ekoran kekecohan tempoh hari.
Setiausaha Agung FAM, Datuk
Hamidin Mohd. Amin berkata, hukuman itu merupakan antara tindakan yang boleh
dikenakan terhadap mana-mana persatuan bola sepak yang gagal menyediakan
kawalan keselamatan mengikut piawaian yang ditetapkan sehingga membolehkan
kekecohan seumpama itu tercetus.
Dendam dikatakan menjadi punca
penyokong Perak bertindak ganas terhadap penyokong pasukan pelawat sehingga menyebabkan
lapan orang ditahan oleh pihak polis.
Tambah Zainol, Pafa sentiasa
menitikberatkan aspek keselamatan untuk setiap perlawanan apatah lagi aksi
berprofil tinggi sewaktu menentang JDT tempoh hari.
Malah, menurut beliau, Pafa
mengadakan kawalan khas sempena perlawanan berkenaan di mana aspek keselamatan
dipertingkatkan ke tahap yang sepatutnya.
"Ini bukan pertama kali
Pafa menjadi tuan rumah untuk perlawanan bola sepak sehingga kami dikatakan
tidak membuat kawalan keselamatan yang sepatutnya," kata beliau.
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140418/su_03/Pafa-harap-FAM-adil#ixzz2zDdxdt47
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment