Cabaran Juara-Juara: Peluang
Malaysia 50-50
30 April 2014PERCATURAN kasar berdasarkan
pencapaian tercorot dalam Kumpulan B, keupayaan Malaysia tidak begitu terserlah
pada saingan suku akhir menentang New Zealand pada Kejohanan Hoki Cabaran
Juara-Juara1 di Kuantan, esok.
Bagaimanapun, kapten pasukan
negara Azlan Misron menanam azam tinggi untuk mengkikis sindrom 'lambat panas'
yang menghantui skuad negara apabila bertemu pasukan ranking keenam dunia itu.
"Peluang kemenangan adalah
50-50," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Walaupun mengakui kekentalan
benteng pertahanan New Zealand dan ketajaman melakukan pukulan sudut penalti,
namun beliau optimis dengan kemampuan skuad negara untuk melakarkan kejutan.
Azlan menyifatkan corak
permainan New Zealand adalah hampir sama dengan pasukan nombor satu dunia,
Australia.
Sementara itu, penyerang negara
Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Jalil berkongsi pendapat dengan Azlan bahawa
peluang Malaysia adalah seimbang.
Beliau turut mengakui bahawa
skuad negara 'lambat panas' apabila hanya meraih kemenangan pertama pada
perlawanan akhir peringkat kumpulan selepas mengalah Kanada 4-3 semalam.
"Tidak dapat dinafikan
sindrom 'lambat panas' mungkin kerana kehadiran pemain muda yang yang baru
meningkat naik," katanya.
Dalam peringkat kumpulan, skuad
negara bimbingan Muhammad Dharmaraj Abdullah, kalah kepada Perancis 3-2 dan
Korea Selatan 3-1 sebelum menang tipis 4-3 ke atas Kanada.
Malaysia sedang membuat
persiapan menghadapai Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda, dari 31 Mei
hingga 15 Jun ini. – Bernama RUJUKAN-SINAR HARIAN 30.4.14
No comments:
Post a Comment