30 April 2014
PENGENDALI skuad hoki negara
Muhammad Dharma Raj Abdullah tidak menolak bahawa cuaca panas memberi sedikit
kelebihan kepada anak buahnya dalam menghadapi New Zealand pada saingan suku
akhir kejohahan Cabaran Juara-Juara 1 esok.
Menurutnya, pemain New Zealand
selalunya tidak biasa bermain dalam cuaca panas.
"Namun kelebihanan beraksi
dalam cuaca panas tidak meletakkan pasukan negara dalam keadaan selesa kerana
New Zealand merupakan sebuah pasukan yang kuat dan dibarisi pemain bertaraf
antarabangsa," katanya.
Beliau berkata pemain Malaysia
juga tidak gemar beraksi dalam cuaca panas, namun mereka perlu mengambil
kesempatan dari keadaan cuaca sebegitu.
"Pada masa yang sama, saya
hormati kenyataan jurulatih New Zealand, Batch Conlin bahawa mereka lebih selesa
beraksi dalam cuaca panas. Namun bagi saya mereka hanya cuba bermain psikologi
dengan Malaysia dengan harapan dapat mematahkan semangat pemain kita,"
katanya.
Berdasarkan rekod perlawanan
dari format yang sama sebelum ini, New Zealand pernah kalah kepada Jerman dan
England.
"Walaupun Malaysia tidak
sehebat Jerman atau England, kita masih mempunyai peluang untuk mengalahkan New
Zealand jika nasib menyebelahi pasukan hoki negara," kata Muhammad Dharma.
Beliau berkata perancangan dari
segi strategi amat penting pada pusingan kalah mati dalam menentukan nasib
pasukan hoki negara sama ada mampu layak ke final atau tidak.
Sementara itu kapten pasukan
Azlan Misron memberi peringatan kepada rakan-rakannya agar sentiasa fokus
ketika menentang New Zealand.
"Saya juga suka ingatkan
rakan-rakan dan diri sendiri agar mengikut perancangan yang telah ditetapkan
jurulatih dan komited dalam menjalankan tugas di posisi masing-masing kerana
peluang kita untuk menang esok adalah 50-50," katanya.
Kejayaan terbaik Malaysia di
kejohanan dwitahunan ini ialah menduduki tempat keempat pada edisi di Quilmes,
Argentina pada 2012. – Bernama SINAR HARIAN 1.5.14
No comments:
Post a Comment