Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN ,
ZAZALI JAMIAN dan SHAHRINNAHAR
LATIB
sukan@utusan.com.my
PENYERANG Selangor, Paulo
Rangel (kiri) menewaskan dua pertahanan Perak sebelum melepaskan rembatan untuk
gol kemenangan pasukannya dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam,
malam tadi.
KUALA LUMPUR - Penguasaan Tok
Gajah makin sukar digugat apabila membenam T-Team 2-0 untuk mengukuhkan
cengkaman pendahulu Liga Super di Stadium Darul Makmur, semalam.
Kemenangan membolehkan Pahang
mengumpul 25 mata selepas 12 perlawanan dan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam
tujuh perlawanan berturut-turut.
Beraksi di depan penyokong
sendiri, Pahang mempamer aksi cemerlang apabila mendapat jaringan seawal minit
kedua menerusi penyerang import, Matias Conti.
Jaringan itu menyuntik
semangat Tok Gajah untuk menambah gol dan pada babak kedua, tandukan pemain
kebangsaan, Azammuddin Mohd. Akil pada minit ke-57 menjadikan kedudukan 2-0.
Di Stadium Shah Alam, Selangor
menghadiahkan kekalahan kesembilan buat Perak selepas menang 1-0 dalam
perlawanan yang dicemari insiden dua kad merah.
Jaringan kesembilan Paulo
Rangel pada minit kelapan sudah mencukupi buat Red Giants meraih kemenangan di
laman sendiri untuk terus menghambat Pahang dengan satu mata di belakang.
Rangel yang menerima hantaran
dalam kotak penalti merembat cantik ke penjuru pintu gol Perak tanpa mampu
diselamatkan Razi Effendi Suhit.
Namun, momentum Selangor
sedikit terencat apabila pemain import Brazil, Evaldo Silva Dos Santos yang
kali pertama diturunkan mendapat kad merah pada penghujung permainan sebelum
pelawat turut kehilangan pemain apabila Muhd. Raffi Nagorgami diarah keluar
padang pada minit ke-66.
Di Stadium Majlis Perbandaran
Selayang, ATM gagal memperbaiki kedudukan liga apabila tewas 0-2 kepada
Kelantan.
Dua gol Kelantan dijaringkan
Badhri Radzi pada minit ke-44 dan Francis Forkey Doe minit ke-83. Kelantan kini
di tangga keempat dengan 20 mata, manakala skuad bimbingan B. Sathianathan
kekal di kedudukan kedua tercorot.
Di Stadium Jalan Besar,
Singapura Sime Darby melakar kejutan dengan menumpaskan Lions XII 1-0.
Sime Darby menjadi pasukan
kedua dari Malaysia berjaya membawa pulang tiga mata di Jalan Besar selepas
Kelantan melakukannya pada 2012.
Gol tunggal Sime Darby
dijaringkan oleh Syukur Saidin pada minit ke-45.
RUJUKAN
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140413/su_01/Tok-Gajah-makin-sukar-digugat#ixzz2yiYBjazg
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment